Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Ahli 50 Dewan Ulamak PAS Kelantan Kongsi Amali Bantu Kemenangan

Menarik sungguh bantuan yang datang untuk mempastikan kemenangan PAS di P 36 Kuala Terengganu.

Kita ketahui bahawa PAS sememangnya hebat di Kelantan. Selain daripada Nik Aziz Nik Mat sebagai teraju utama, terdapat 50 Ahli Dewan Ulamak PAS yang turut memberi sumbangan kejayaan PAS di Kelantan.

Apa dan bagaimana mereka lakukan demi mempastikan kemenangan PAS di Kelantan. Sudikah mereka berkongsi maklumat dengan para pemimpin PAS di Kuala Terengganu?

Tidak!

50 Ahli Dewan Ulamak PAS ini bukan sahaja sudi berkongsi maklumat, malah mereka sanggup beramali di Kuala Terengganu. Mereka akan dijangkakan berkampung di sini. Khususnya berpusat di Kampung Kolam, di Bandar Kuala Terengganu, dan kemudian mengembangkan 3 sayap untuk bertemu setiap pengundi di P 36 Kuala Terengganu.

Apa yang menarik ialah mereka bakal memanfaatkan masjid dan surau. Khabarnya masjid dan surau di sini, dimakmorkan para pemimpin dan penyokong PAS tempatan.

Diperhatikan ini satu daripada kehebatan dan kekuatan PAS, yang tidak dimiliki sepenuhnya oleh Barisan Nasional.

0 comments: