P 36 Kuala Terengganu - Mahfuz Omar Sanggah Wan Ahmad Farid Perihal Calon PAS
Sememangnya ada sedikit keseronokan Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Pertama dialah calon terpilih untuk P 36 Kuala Terengganu dan telahpun diumumkan awal.
Pun begitu, perlu dirisaukannya ialah senarai nama mereka yang tidak terpilih, bagaimana gerak kerja mereka dan para penyokong mereka seterusnya?
Pengumuman awal itu tidak memihak kepadanya, sebaliknya memberi kelebihan kepada PAS.
Sama-sama kita lihat reaksi Wan Ahmad Farid Wan Salleh, pada selepas 1 Januari 2009 kelak, bila calon PAS diumumkan secara besar-besaran.
Hairankah ramai yang tertunggu-tunggu?
Namun, Wan Ahmad Farid Wan Salleh telahpun menyatakan, perihal calon PAS ini, dan Mahfuz Omar menyanggah.
Mahfuz Omar gerbanginformasi.wordpress.com |
Bak sanggahan Mahfuz Omar, ini bukan masalah dalaman. Ini ialah mempastikan calon terbaik di kalangan yang baik untuk memanfaatkan Rakyat Malaysia di P 36 Kuala Terengganu.
Pengumuman calon PAS ini awal tahun depan bukan terlambat, sebagaimana disanggah Mahfuz Omar.
Sebaliknya, ini kebijaksanaan PAS dalam menjerat pengumuman awal yang telah dilakukan oleh Mohd Najib Abdul Razak secara tarikh Sabtu lalu itu tidak signifikan, paling tidak kepada para pengundi di P 36 Kuala Terengganu.
Adakah Wan Ahmad Farid Wan Salleh, point yang lebih baik dari kritikan tersebut?