Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Apa Maksudnya Wan Ahmad Farid Elit..?

Jika benar Wan Ahmad Farid Wan Salleh itu Elit, ertinya dialah di antara pemimpin terbaik. Lantaran paling tepat dan sesuai untuk kawasan Parlimen P 36 Kuala Terengganu.

Elit dalam ertikata:

dalam bilangan kecil yang terpilih dari kalangan ramai yang terbaik

di antara kemurnian yang didudukkan mulia peringkat atasan

diberikan keistimewaan dan keutamaan serta layanan luar biasa



Jadi kenapa ada yang menafikan keelitan Wan Ahmad Farid Wan Salleh?

Bahawa tidak betul pandangan bahawa Wan Ahmad Farid Wan Salleh itu elit.

Wan Ahmad Farid Wan Salleh bukan begitu.



Namun, pandangan dan pendapat pengundi di P 36 Kuala Terengganu, sama ada dari kalangan para pemimpin dan ahli UMNO, serta selain UMNO, adakah boleh ditolak ketepi begitu sahaja, tanpa diakui ada sedikit pun kebenarannya?

Jika pandangan sebegitu maka moleklah Wan Ahmad Farid Wan Salleh tidak diberi peluang untuk menang, lantaran Barisan Nasional kalah di P 36 Kuala Terengganu.

Dari fahaman orang kampung dan orang tempatan, jika Wan Ahmad Farid Wan Salleh itu dikatakan dan benar dia Elit, ertinya:

dalam keramaian, dia tidak merasa molek bergaul dengan semua kalangan, kebanyakan orang, dan hanya selesa dalam bilangan kecil yang setara.

sentiasa memandang diri mulia, dan memandang selainnya sebagai hina, lantaran kerana menjadi luar biasa, maka tidak mampu atau tidak mahu mewakili masyarakat setempat yang rata-rata adalah orang biasa.

mahu dilayan istimewa dan tidak mahu melayan orang lain serupa, lantaran hanya peduli kepada pandangan yang sama kumpulan kecil, dan tidak prihatin kepada keluh kesah masyarakat banyak.

Bermula sekarang molek diperhatikan gaya hidup Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dan bagaimana dia membawa diri sepanjang berkempen di P 36 Kuala Terengganu.

InsyaAllah, bersambung perihal elit atau tidak calon Barisan Nasional Wan Ahmad Farid Wan Salleh, seterusnya.

0 comments: