Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Memahami Tinjauan Hamirdin

Sememangnya berbeza di antara orang yang hadir ceramah dengan orang yang dapat cerita dari orang yang hadir ceramah.

Bagi Blogger yang tidak berada di P 36 Kuala Terengganu, molek jika membaca pos dari Bloggawan seperti Hamirdin, yang membuat tinjauan di sana, disebutnya Ground Truthing.

PROFESSOR DR. HJ. HAMIRDIN BIN ITHNIN

PROFESSOR DR. HJ. HAMIRDIN BIN ITHNIN

Tinjauan 1

http://hamirdin.blogspot.com/2008/12/pro-036-kt-ground-truth-update.html

Tinjauan 2


http://hamirdin.blogspot.com/2008/12/prk-036-ktground-truth-update-2.html

Tinjauan 3

http://hamirdin.blogspot.com/2008/12/prk-036-kt-update-3.html

Apa yang dapat saya pelajari, persiapan pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu sedang siap rancak.

Di antara kerancakannya ialah jalan yang dinaik taraf dengan diturap. Ada makna di sebalik penurapan jalan begini.

Walaupun ada masjid cantik untuk ditonton, para nelayan masih sibuk dengan aktiviti harian mereka, sambil peniaga sedang rancak kerana belian dari para pengunjung meningkatkan hasil jualan.

Sudah ada usaha menawan undi di kawasan Rakyat Malaysia di Kuala Terengganu yang bakal menyambut Tahun Baru.

Perihal bertahang, pergi bulang, dan balik air. Saya tidak faham menyeluruh. Namun dijangkakan kawasan tertentu kekal bakal mengundi Barisan Nasional. Kawasan lain bakal mengundi PAS, dan bakinya entah.

Ada juga kawasan didapati sudah dimasuki pasukan UMNO dan barangkali maklumbalasnya ialah mereka tidak sukai calon Barisan Nasional Wan Ahmad Farid Wan Salleh, kerana faktor tertentu calon ini. Manakala mereka mengharapkan calon PAS Pakatan Rakyat ialah orang Ganung Kite.

Semua maklumat di atas berharga. Untuk baca sepenuhnya, sila klik di sini:

http://hamirdin.blogspot.com/


InsyaAllah, fokus P 36 Kuala Terengganu, bersambung...

0 comments: