Tranungkite OnLine Terbit Pos Kiriman Dari Satu Blog Total - P 36 Beza BN & PAS
P.36 - Berbeza Dengan PAS Kenapa BN Tak Syok Pilihanraya Kecil Kali Ini?
Dilulus terbit pada Tuesday, December 23 @ 08:41:37 MYT oleh TokPenghulu
Oleh zublizainordin
"Jika Barisan Nasional sebuah kerajaan yang prihatin Rakyat Malaysia, mahu sahaja dipujuk semua orang supaya tidak perlu pilihanraya kecil di sini kali ini. Ganti sahajalah dengan Wan Ahmad Farid Wan Salleh, atau lain-lain pemimpin yang lebih banyak berjasa kepada Rakyat Malaysia di Kuala Terengganu.
Namun, kerajaan Barisan Nasional semakin menjadi-jadi teruk dan buruknya. Sedangkan nak tunggu PRU 13 lama lagi. Tidak dapat tukar kerajaan dalam masa terdekat, dapat sekali lagi ini, beri kesedaran kepada para pemimpin Barisan Nasional pun jadilah.
Pada saya, Barisan Nasional tak syok adanya pilihanraya P 36 Kuala Terengganu ini.
Kenapa pulak?
Sebab kawasan parlimen ini sudah bagus dikuasai Barisan Nasional.
Perhatikan - dari cengkaman 100 peratus, kini sudah jadi 50-50 peluang terkongsi di antara Barisan Nasional dengan PAS-Pakatan Rakyat.
Jenuh nak kekalkan kemenangan di sini kali ini.
Silap gaya, PAS-Pakatan Rakyat menang, dan ini:
* Satu lagi kekalahan perit, kepada Abdullah Ahmad Badawi yang masih belum bersara lagi, sepatutnya bersara lama dah dulu - 9 Mac 2008, baru banyak keputusan boleh jadi elok untuk Rakyat dan Negara Malaysia,
* Satu kekalahan perit kepada Mohd Najib Abdul Razak kerana sebagai strategis utama pilihanraya dia kelihatan bertimpa-timpa kalah. Jadi macam mana nak jadi Presiden UMNO dan jadi pengganti sebagai Perdana Menteri Malaysia? Mampukah dia terajui kemenangan di PRU 13..?
* Satu kekalahan peribadi kepada Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang berkorban 2 jawatannya kerana terkena dicalonkan di sini,
* Satu kekalahan perit Ahmad Said, ini pertama kali dia berhadapan situasi pilihanraya kecil sejak berjawatan Menteri Besar. Selepas ini, para penyokong Idris Jusoh akan merenungnya lain macam.
* Satu kekalahan perit kepada UMNO yang merudum semangat parti ini terutama setelah kalah paling teruk di P 44 Permatang Pauh, lukanya belum sembuh, ini nak luka banyak lagi. Mampukah parti yang rosak ini bangkit supaya dihormati di Malaysia?
* Satu kekalahan perit kepada Barisan Nasional yang memang tidak relevan lagi.
Bagi PAS saya belum tahu apa respons dan reaksi mereka. Namun pilihanraya ini banyak keuntungan politik kepada parti yang semakin harum ini di Malaysia.
Namun, kepada sebahagian Rakyat Malaysia, pilihanraya ini suatu peluang besar
untuk berusaha supaya Barisan Nasional kalah teruk. Untuk menyedarkan para pemimpinnya. Hentikanlah buat perkara tidak elok dan mulalah buat kebaikan yang banyak kepada Rakyat Malaysia, sebagaimana yang telah diamanahkan-Nya.
Jika selepas ini ada perubahan, maka Barisan Nasional mungkin boleh dikekalkan sebagai sebahagian penting politik di Malaysia.
Jika tiada perubahan juga, entahlah. Sebab diperhatikan bahawa tiada sebab Barisan Nasional diberi kemenangan di P 36 Kuala Terengganu dan PRU 13.
Lebih-lebih lagi, kerana Mohd Najib Abdul Razak tiada idea baru melainkan akan meneruskan tradisi Abdullah Ahmad Badawi yang tidak berguna lagi.
Manakala Ahmad Farid Wan Salleh belum jelas peranannya di Parlimen Terengganu dan dia juga pun akan meneruskan usaha kepemimpinan terdahulu.
Tidak mengapa teruskanlah budaya lama yang akibatnya mengsengsarakan Rakyat Malaysia dan memundurkan Malaysia.
Dengan izin-Nya, pemimpin tidak baik gugur, pemimpin baru akan naik untuk bersama Rakyat Malaysia berkongsi nikmat dengan adil dan saksama.
Jika bukan sekarang mulanya, bakal dipasti PRU 13 kelak, InsyaAllah.
"