Gelombang Rakyat

Semangat Nurul Izzah PKR Terus Mara PR Harapan Baru

Bersemangat memerhatikan pemimpin muda ini.

Nurul Izzah Anwar
lakaranhatii.blogspot.com

Di kemunculannya Astro Awani menyentuh yang berkaitan parti dan kongres yang baru berlalu.

siaran-langsung-congress08.jpg
Benarlah kata Nurul Izzah Anwar, Parti KeADILan Rakyat terus mara. Rakyat Malaysia menaruh harapan terhadap Pakatan Rakyat.



Ketika mana UMNO dan parti komponen Barisan Nasional kelihatan masih tersekat dalam aktiviti lapok yang tidak membawa kepada usaha memajukan Rakyat Malaysia.

Dulu seperti mereka tahu segalanya. Tidak mahu mendengar pandangan pemimpin dan ahli di dalam UMNO dan Barisan Nasional. Individu di luar, usah ceritalah. Mungkin mereka tidak pandangpun.

Kini mereka dikatakan mahu mendengar pandangan dari dalam dan luar UMNO. Entahlah, mereka mungkin sudah kehilangan arah. Tidak tahu ke mana hendak dibawa UMNO ini. Setakat ini, ramai bersuara, namun mereka mungkin terlalu mulia untuk mengumpul maklumat di alam siber contohnya. Jikapun diberi cadangan bernas, apakah mahu mereka menerimanya dan memperbaiki parti mereka.

Tidak mengapalah. UMNO sudah tidak penting lagi kepada Rakyat Malaysia. Mungkin penting kepada pemimpin yang masih di dalamnya, khususnya yang mengejar jawatan tertentu.

Kini, apa yang perlu ialah bagaimana Pakatan Rakyat mengkoordinasi wilayah yang telah dimenanginya di peringkat kerajaan negeri.

Kejayaan sudah ada, namun masih banyak ruang yang masih boleh diterokai untuk memanfaatkan Rakyat Malaysia sepenuhnya.

Teruskan perjuangan..!

1 comments:

Anonymous said...

Dear Zubli,

UMNO ni parti yang dah terdesak. Oleh itu ia sanggup lakukan apa saja untuk survivalnya. Tapi takut cakap tak serupa bikin. Janji yang hanya untuk mengaburi mata orang saja sebab dia ingat rakyat masih tolol. Tapi sebenarnya, mereka yang tolol dan syok sendiri. Itulah UMNO dan para pemimpinnya. Sikap dan lakonan mereka sepesen ja dulu, kini dan selamanya.
Salam