Gelombang Rakyat

BiGlory - Pidato Ketuanan Rakyat Oleh Pejuangnya Anwar Ibrahim...! Malaysiakini

ANWAR IBRAHIMImage by KamalSell via Flickr










08
Mar
09

Siaran Langsung Pidato Kebangsaan “Ketuanan Rakyat”

Siaran Langsung Pidato Kebangsaan “Ketuanan Rakyat”

Butiran program:
Hari: Ahad 8hb Mac 2009
Masa: Jam 4.30 petang
Tempat: Wisma MBSA, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
http://www.justin.tv/tvantara

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Malaysiakini:

  • One year later, lessons for Pakatan
    Ong Kian Ming | Mar 8, 09 10:34am
  • March 8 anniversary If the opposition parties are not careful, the politics of patronage that has weakened the BN over the years might afflict it, sooner rather than later.MORE
  • Institutional safeguards needed
    Still no shadow Pakatan cabinet


Saya pun tidak faham Ketuanan Rakyat ini.

Jadi, sama-sama kita saksikan...


Reblog this post [with Zemanta]

biGlory - Memahami Kebijaksanaan Tok Iskandar Untuk Pemimpin Dan Parti PKR..! Malaysiakini

Pakatan Rakyat Sept 15 Rally - Anwar on stageImage by suanie via Flickr

Harapan Malaysia ialah harapan di bawa pemimpin Anwar Ibrahim dan kepemimpinannya yang World Class.









Cucu Tok Bebayang Acheh Dan Cucunya Zizi



Salam perjuangan sahabatku Tok Iskandar.

Terima kasih kerana sudi titip ayat di sini. Semoga memanfaatkan kami semua di sini.




Zizi Cucu Tok Bebayang Acheh


Wa pun syiok gak bache komen Tok Iskandar.

Klear jah pandangan Tok Iskandar.

Wa paham.

Cantek.

Tapi, Tok Wa sndiri, bile iya cakyiap, Wa pon susah nak paham.

Kekadang Wa anggok jah.

Hehehehe...

Terima Kasih Tok Iskandar.

Kongsi Lah informasi ngan kami lagi ya...



Zubli Zainordin

P
emaju Masyarakat
biGlory - Blogger Rakyat

Prima Maya - Bloggers Network Selangor @ Malaysia




Menurut Tok Iskandar, khususnya komen di Blog biGlory - Blogger Rakyat, petikan pertama dahulu:
tok iskandar berpandangan... Bulan Februari hampir berlalu dan episod menyedihkan seperti pengkhianatan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dan rampasan kuasa di Perak bolehlah dijadikan iktibar kepada penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat.Anggaplah bulan Februari sebagai bulan pembersihan dan bulan Mac pula sebagai bulan menyerang.Asyik-asyik kena serang je,eloklah kita pilih strategi menyerang dan ramai yang bersetuju menyerang adalah pertahanan yang terbaik.
Selepas PRU 12, sememangnya menjelang setahun, Rakyat Malaysia dapat menilai prestasi pemimpin, parti, dan merenung ikatan persepakatan pakatan dan gabungan.

Sebagaimana pendapat Tok Iskandar, bulan Februari 2009, hampir berlalu. Jika bila kita kelak melihat bulan ini dalam sejarah, kita pun sudah matang dan bijaksana.

Sedih yang disembunyikan dalam sanubari, pun bagaimana walau, tetap sedih yang meledakkan kesedihan ramai yang lain, kerana masih yakin Anwar Ibrahim sebagai pemimpin dan kepemimpinannya. Masih yakin Parti KeADILan Rakyat, parti terbaik di Malaysia. Khususnya perjuangannya, pendiriannya, dan potensi perubahan bawaannya.

Ada hikmah apa yang telah berlaku.

Bak kata Tok Iskandar PKR telah melalui pembersihan.

Musang berbulu ayam di kalangan ADUN PRK sudah tiada. Periksa lagi, manalah tahu ada pulak Musang bukan ayam pun bukan dan tidak berbulu pun, masih bersemangat PKR tiada, dalam dirinya masih keUMNOan.

Seterusnya masa untuk memurnikan PKR.

Zero tolerens untuk semua ADUN dalam PKR yang telah mengkhianati undi dan kepercayaan yang telah diberikan oleh Rakyat Malaysia di kawasan DUN masing-masing khususnya, dan Rakyat Malaysia amnya.

Molek PKR bina dari sekarang, masa depan yang memanfaatkan - memajukan Rakyat Malaysia, dan memakmorkan Negara Malaysia, melalui pemimpin dan kepemimpinan terpuji.

Saya setuju dengan Tok Iskandar, sesama ambil iktibar dari apa yang telah berlaku, di bulan Februari 2009.

Saya sudah mula menyaksikan tiupan semangat Tok Iskandar di kalangan Bloggers yang menyokong Pakatan Rakyat.

Berikutnya, usul Tok Iskandar ialah, PKR dan Pakatan Rakyat mula...

Serang!

Namun, bukan cara panglima ibarat auw auuuw auw, yangg serang pemimpin nan duduk di kerusi roda baru-baru ini.

Biar Lah sejarah merakamkan keauwan mereka, yang disokong pemimpin otak kat lutut yang lainnya.

Malah, dengan fakta, dengan hujjah, melalui strategi yang betul, dan berhemah pula, di samping penuh kependekaran seumpama Tok Iskandar, Tok Bebayang Acheh, dan ramai lagi Ulamak Pendekar yang semulia dan sejiwa mereka...

Ayuh...

Serang!!!

Di Malaysiakini:



Reblog this post [with Zemanta]

biGlory - Pertama Kali Saya Hadir Anwar Berucap Live Ketika Disampaikannya Amanat Harapan Rakyat..!








Skrin di luar Kayangan Ballroom ketika Anwar Ibrahim menyampaikan Amanat Harapan Rakyat.




Parti Keadilan RakyatImage via Wikipedia

Zubli Zainordin

P
emaju Masyarakat
biGlory - Blogger Rakyat

P
rima Maya
- Bloggers Network Selangor @ Malaysia

No big deal, bagi yang tidak berminat. Biasalah, bagi yang sering mendengar.

Pada saya, pengalaman manis Pertama Kali Saya Hadir Anwar Ibrahim Berucap Live Ketika Disampaikannya Amanat Harapan Rakyat..!

Terima kasih kepada Mohd Asrol Affandi yang mengaturkan kehadiran saya. Serta green light dari pemimpin yang bertanggungjawab selaku penganjur.

Ini satu pengiktirafan kepada BLOSSOM - Bloggers Network Selangor Malaysia, dan biGlory - Blogger Rakyat, bukan sebagai hadirin biasa, namun sebulatan duduk berdiri di sisi lain-lain wakil media.

Saya sampai tepat pukul 2:30 petang. Mendaftar dan diberi ini:

Pass Media.

Ketika itu Kayangan Ballroom penuh dan padat diisi audiens...





















Di luar Kayangan Ballroom, turut disediakan kerusi.








Saya terus masuk dan duduk di kalangan Wakil Media.

Kemudian, nampak ada 2 Senior sewaktu di ITM dulu.

Maju setapak lagi ke hadapan.





Yunus Said



















Khalid Jaafar








Ini macam kenal. Maju ke depan lagi...

Kemudian, Anwar Ibrahim sampai, saya berdiri di barisan menyambut, sambil dia lalu di hadapan dan ambil tempat duduk.


























Kemudian namanya diumumkan, Anwar Ibrahim pun menuju pentas. Saya tunggu di tangga, bersalaman dengannya.

Lama salamnya sebab dimanfaatkannya salaman saya itu untuk naik tangga ke pentas.

Anwar Ibrahim berucap menyampaikan Amanat Harapan Rakyat, yang berjaya suntik harapan kepada hadiran dan seterusnya Rakyat Malaysia, yang bakal mendapatkan informasi ini walaupun tiada kesempatan hadir.

biGlory - Anwar Berjaya Sampai Amanat Suntik Harapan Rakyat Cakup Semua..! Malaysiakini

Parti Keadilan RakyatImage via Wikipedia

Zubli Zainordin

P
emaju Masyarakat
biGlory - Blogger Rakyat

P
rima Maya
- Bloggers Network Selangor @ Malaysia


Satu amanat Anwar Ibrahim yang telah berjaya disampaikan.

Amanat berupa suntikan harapan yang amat diperlukan. Ya, diperlukan setelah beberapa peristiwa berlaku selepas P 36 Kuala Terengganu, khususnya mengenai Parti KeADILan Rakyat.

Amanat Anwar Ibrahim ialah suntikan harapan.

Harapannya.
Harapan pemimpin, kesepaduan kepemimpinan, dan parti PRK - Parti KeADILan Rakyat. Harapan Pakatan Rakyat.
Harapan Rakyat Malaysia.



















Sumber Foto: biGlory Blogger Rakyat
Bloggers Network Selangor Malaysia

Anwar Ibrahim tenang sepanjang hadir di sini. Penyampaian amanatnya jelas namun penuh semangat. Terutama kerana ini audiens yang cukup mesra dan dekat dengannya. Satu parti semacam satu keluarga.

Satu individu ke satu individu. Satu kelompok ke satu kelompok, satu angkatan ke satu angkatan. Disentuh dalam amanatnya disampaikan dengan rapi. Akhirnya, semua yang hadir dapat merasakan kebangkitan baru. Satu macam pemulihan dari serangan tubi bertubi pihak lawan. Serta juga cabaran pihak kawan.

Isu semasa yang berkaitan Pakatan Rakyat dan khususnya Parti KeADILan Rakyat dibentang dan dikupaskan terperinci.

Dari sejarah silam diungkapnya. Terutama kebijaksanaan dalam Sejarah Melayu. Sejarah Kesultanan dan Raja Melayu. Nama hebat disebut - Hang Tuah nan setia, Hang Jebat nan membela. Tun Perak yang setia dan bijaksana, yang membawa sembah derhaka, namun menyerikan sinar di ketika itu. Si Kitol yang hina, dan Mendeliar yang tangguk di air keruh.

Ini sejarahnya. Ini juga yang berlaku di Perak. Ini juga bermula di PutraJaya.

Selain itu, Anwar Ibrahim juga menyentuh bab perlembagaan, parlimen, parti, pakatan, pilihanraya, perjuangan dan pendirian.

Setelah menghampiri setahun, PRU 12, maka inilah masa dan ketika untuk kembali memantapkan perjuangan asal, setelah menghadapi cabaran yang mahu menggelincirkan.

Anwar Ibrahim terus melakarkan masa depan. Persiapan yang harus diusahakan secara menyeluruh oleh setiap pemimpin, ahli, penyokong, dan khususnya hadirin.

Dalam penyampaian yang bersahaja, namun bersemangat, Anwar Ibrahim ternyata mempunyai bahan berjenaka yang laris. Setiap kali disebutnya Mohd Najib Abdul Razak, tidak dapat tidak, audiens mengkekeh-kekeh ketawa.

Ketawa yang bertali arus.

Barangkali juga ini ketawa di kalangan sebahagian Rakyat Malaysia. Ketikamana Mohd Najib Abdul Razak telah berjaya meletakkan dirinya sebagai bahan lawak utama, dan bukan selayaknya Perdana Menteri Malaysia pengganti Abdullah Ahmad Badawi. Ya, Abdullah Ahmad Badawi yang pada saya sudah tidak berguna lagi.

Saya hadir tepat jam 2:30 petang, dan pulang awal, pada 4:30 petang.

Saya tahu, banyak lagi bahan informasi dan visual akan muncul selepas ini, memenuhi media, saluran OnLine, You Tube, dan seumpamanya.

Sama-sama kita tunggu untuk mendapatkan amanat sepenuhnya...

Rujukan asal:

Tarikh: 28 Febuari 2009

Masa: 2.30pm

Tempat: Kayangan Ballroom, Quality Hotel,
Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam


Biro Penerangan
Parti Keadilan Rakyat

--
Untuk maklumat lanjut, sila layari KeADILan trilingual website: Malay: www.keadilanrakyat.org, www.suarakeadilan.com, English: http://en.keadilanrakyat.org/ , & Chinese: http://zh.keadilanrakyat.org/; Advisor Anwar Ibrahim's blog: www.anwaribrahimblog.com ; Info Chief, Tian Chua's blog: http://www.tianchua.net; if you find them worth reading, do help us promote them to your friends.

-- Biro Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Laman Web: http://angkatanmuda.org Emel: penerangan@angkatanmuda.org Laman Web Ketua AMK: http://shamsuliskandar.com


Sementara itu di Malaysiakini:

  • Polis guna meriam air surai penyokong Uthayakumar
    Abdul Rahim Sabri | Feb 28, 09 12:05pm
  • dikemaskini 12.30 tengahari Polis melepaskan tembakan meriam air untuk menyuraikan kira-kira 300 orang yang berhimpun di luar ibu pejabat polis Brickfields untuk membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar.LAGI
  • Buat laporan polis
    Sudah bersurai


Reblog this post [with Zemanta]

BLOW - Bye-bye UMNO Ta Ta Ti Ti Tu Tu BN - Nasarudin Hashim Betapa Merdekanya




Nasarudin Hashim
bnparit.wordpress.com

Nasaruddin Hashim
www.geocities.com

Nasaruddin Hashim
www.geocities.com



-- Betapa Pemimpin Bota, kampung Tok Nenek saya, geliga otaknya, berani di hatinya, dan memerdekakan dirinya sendiri dari kehaprakan UMNO, lantaran membuka peluang Rakyat Malaysia di Bota, dimajukan oleh para pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat yang hebat di Perak Darul Ridzuan.

Tabik spring!!!

25
Jan

Adun Bota: Dato Nasarudin Hashim Menyertai PKR

Berikut adalah kenyataan Dato Nasarudin Hashim berhubung kemasukan beliau ke dalam PKR:

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

PETALING JAYA, 25HB JANUARI 2009

Assalamualaikum,

Setelah membuat pertimbangan terutamanya apabila melihat perkembangan suasana politik khasnya arah tuju sokongan rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008, serta keadaan-keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Keputusan ini diambil setelah lama meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat seluruhnya khususnya buat para penyokong dan pengundi saya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bota:-

  1. Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.
  2. Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
  3. Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.
  4. Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.

DATO NASARUDIN BIN HASHIM

ADUN BOTA NEGERI PERAK

Continue reading ‘Adun Bota: Dato Nasarudin Hashim Menyertai PKR’

Mr Os, silakan...

P 36 Kuala Terengganu - Insaf Lah Ahli Parlimen BN - Jom Keluar Dan Sertai Rakyat Malaysia..!

Dari PRU 12 ke P 44 Permatang Pauh dan Terkini P 36 Kuala Terengganu...

Seterusnya Sarawak dan PRU 13 kelak...

Barisan Nasional bukan lagi gabungan terbaik untuk para pemimpin murni berjuang untuk Rakyat Malaysia.

UMNO sudah jauh ketinggalan dalam skala parti yang terbaik. Malah UMNO kini parti yang paling teruk dan paling buruk.

Jika ada para pemimpin yang masih berhati mulia, keluar Lah dari UMNO, keluar Lah dari Barisan Nasional...

Sertai Lah Rakyat Malaysia.

Tanpa Abdullah Ahmad Badawi, tanpa Mohd Najib Abdul Razak, tanpa barisan kabinet jemaah menteri, tanpa UMNO, tanpa Barisan Nasional, kita boleh bersatu dalam memajukan Rakyat Malaysia dan memakmorkan Negara Malaysia.

Malaysiakini melaporkan...

BN kini tinggal 137 kerusi Parlimen
Jan 17, 09 10:00pm

Barisan Nasional (BN) kehilangan satu lagi kerusi Parlimen apabila calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh gagal mempertahankan kerusi Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil yang diadakan hari ini.

Sebelum ini, BN kehilangan dua kerusi Parlimen apabila Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil tindakan keluar dari gabungan tersebut.

Dengan itu, BN kini mempunyai 137 kerusi di Parlimen. Ekoran kemenangan hari ini, PAS pula kini mempunyai 23 kerusi Parlimen.

Dalam pilihanraya kecil hari ini, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2,631 undi.

Beliau mendapat 32,883 undi manakala Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.

Seramai 79.3 peratus pemilih keluar mengundi hari ini.

Pengundian di 144 saluran di 36 pusat pengundian bermula pada jam 8 pagi dan ditutup tepat jam 5 petang.

Pengumuman rasmi keputusan pilihanraya tersebut diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya, Wan Mustapha Wan Hassan pada jam 9.29 malam.

Dengan itu, pembangkang pula kini mempunyai 82 kerusi Parlimen dan tiga calon bebas - Datuk Ibrahim Ali dan dua ahli Parlimen SAPP.

Selepas pilihanraya umum lalu, BN memenangi 140 kerusi Parlimen, PKR (31 termasuk kerusi PSM), DAP (28) dan PAS (22).

Kerajaan baru boleh dibentuk. Pemimpin terbaik boleh diangkat memimpin Rakyat dan Negara Malaysia.

Selidik di sanubari, bersekongkol di kalangan pemimpin buruk dan teruk, dalam parti yang tidak tepat, dan gabungan yang celaru, atau sertai Rakyat Malaysia.

Fikirkan, renungkan, dan keluar barisan sekarang...

Selamat Hari Jadi Wan Azizah - Di Blog Wartawan Rasmi Laman Reformasi

Wan Azizah Wan Ismail Dihargai Jasanya

Wan Azizah Wan Ismail
thestar.com.my
Pemimpin Wanita Yang Mencapai Kedudukan
Pertama Dalam Beberapa Puncak Kecemerlangan
Wan Azizah Wan Ismail
digitalzack.blogspot.com
Pengorbanannya Mula Membawa Kemenangan
Wan Azizah Dan Anwar
asinthedaysofnoah.blogspot.com
Ibu Pemimpin Wanita Teladan
Ibu Pemimpin Wanita Teladan
www.nancarrow-webdesk.com
Sambut Hari Jadi
Wan Azizah Wan Ismail
anwaribrahimblog.com
Terkini Dilapor Meraikannya
Oleh Wartawan Rasmi Laman Reformasi

Sambungan di sini

Selasa, Disember 9, 2008

SELAMAT HARI LAHIR WAN AZIZAH

Teruskan Perjuangan Untuk Perubahan.
Satu lagu untuknya, silakan...

Semangat Nurul Izzah PKR Terus Mara PR Harapan Baru

Bersemangat memerhatikan pemimpin muda ini.

Nurul Izzah Anwar
lakaranhatii.blogspot.com

Di kemunculannya Astro Awani menyentuh yang berkaitan parti dan kongres yang baru berlalu.

siaran-langsung-congress08.jpg
Benarlah kata Nurul Izzah Anwar, Parti KeADILan Rakyat terus mara. Rakyat Malaysia menaruh harapan terhadap Pakatan Rakyat.



Ketika mana UMNO dan parti komponen Barisan Nasional kelihatan masih tersekat dalam aktiviti lapok yang tidak membawa kepada usaha memajukan Rakyat Malaysia.

Dulu seperti mereka tahu segalanya. Tidak mahu mendengar pandangan pemimpin dan ahli di dalam UMNO dan Barisan Nasional. Individu di luar, usah ceritalah. Mungkin mereka tidak pandangpun.

Kini mereka dikatakan mahu mendengar pandangan dari dalam dan luar UMNO. Entahlah, mereka mungkin sudah kehilangan arah. Tidak tahu ke mana hendak dibawa UMNO ini. Setakat ini, ramai bersuara, namun mereka mungkin terlalu mulia untuk mengumpul maklumat di alam siber contohnya. Jikapun diberi cadangan bernas, apakah mahu mereka menerimanya dan memperbaiki parti mereka.

Tidak mengapalah. UMNO sudah tidak penting lagi kepada Rakyat Malaysia. Mungkin penting kepada pemimpin yang masih di dalamnya, khususnya yang mengejar jawatan tertentu.

Kini, apa yang perlu ialah bagaimana Pakatan Rakyat mengkoordinasi wilayah yang telah dimenanginya di peringkat kerajaan negeri.

Kejayaan sudah ada, namun masih banyak ruang yang masih boleh diterokai untuk memanfaatkan Rakyat Malaysia sepenuhnya.

Teruskan perjuangan..!

Bila Nurul Izzah Bersuara Pemimpin Pemuda UMNO Nampak Kerdil Mindanya

Nurul Izzah Anwar
picasaweb.google.com


Rabu 3 Disember 2008 | 4 Dzulhijjah 1429 Hijrah
Satu sistem pendidikan:Nurul Izzah bidas Mukhriz
Harakahdaily
Wed | Dec 03, 08 | 8:59:30 am MYT

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Hrkh) - Parti Keadilan Rakyat (keADILan) membantah keras kenyataan Ahli Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz Mahathir berkenaan "pelaksanaan satu sistem pendidikan" yang dilihat cuba mengapi-apikan sentimen perkauman bagi membantu kempennya untuk merebut jawatan Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti tersebut.







Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar Ibrahim berkata adalah wajar memperkasa sistem pengajian sekolah kebangsaan di samping mempertahan dan meninggikan sistem sekolah Rendah Jenis Kebangsaan memandangkan Malaysia sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum.


Sambungan di sini:

http://www.harakahdaily.net/

Nurul Izzah Anwar
gadis-jilbab.com

Apakah Resolusi & Pelaksanaan Kongres PKR..?

Perubahan


Selagi Anwar Bersemangat Selagi itu Rakyat Malaysia Untung..!

Anwar Ibrahim
www.topnews.in
Kembali aktif di arena politik, Anwar Ibrahim sebenarnya mengejutkan saya sendiri. Imej yang di mindanya ialah Nelson Mandela. Namun, pelbagai individu tetap mengusahakan pembebasannya menjadi kenyataan. Senyap dia seketika dan kerap di luar negara, sehinggalah kemunculannya di PRU 12.
Lambaian Ku kan Kembali
blog.winterwong.com
Di sinilah bermulanya serlahan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin untuk Rakyat Malaysia. Kecil atau besar serlahan ini dapat dilihat melalui sebahagian keputusan Pakatan Rakyat di PRU 12.

Kemudian, kecemerlangannya di Pilihanraya Kecil P 44 Permatang Pauh. Suatu kemenangan Rakyat Malaysia.
The main opposition leader, ...
www.economist.com
Dari Penjara ke Permatang Pauh dan ke Parlimen. Selangkah lagi ke Putrajaya.

Selangkah itulah yang masih belum lagi menjadi nyata. Anwar Ibrahim masih lagi berhadapan ke Mahkamah. Sementara itu, selangkah ke Putrajaya itu masih belum mendapat sokongan dalaman yang padu.
  • Ada ahli PKR percaya Anwar bohong
    Jimadie Shah Othman | Nov 28, 08 10:10am
  • anwar sodomy 2 trial 071108Terdapat ahli PKR yang percaya penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berbohong tentang projek pembentukan kerajaan baru persekutuan 16 September lalu.LAGI
  • Tetap harap 16 Sept jadi kenyataan
    Ahli parlimen BN diugut polis SB
Pun kehangatan di kalangan blogger mula pudar.

Timbulnya ialah kerana tarikh 16 September itu tidak difahami sepenuhnya, dan keselesaan para pemimpin Pakatan Rakyat sendiri akan caranya mestilah betul.

InsyaAllah, usaha ini belum diakui gagal lagi. Ruang kejayaan masih terbuka. Lebih-lebih lagi Barisan Nasional sama ada di bawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi kah atau Mohd Najib Abdul Razak kah atau sesiapapun kah, ditambah pula pemimpin berkepentingan dalam komponen Barisan Nasional, maka masih belum dapat membangunkan sebuah negara Malaysia yang mana Rakyatnya sebahagian daripada kerajaan. Kerajaan Rakyat.

Jika manfaat boleh dikongsi bersama, maka Pakatan Rakyat lah kerajaan yang diingini Rakyat Malaysia.

Sila rujuk ucapan dasar Wan Azizah Wan Ismail di Kongres PKR baru-baru ini. Suatu ucapan menyeluruh gambaran Malaysia untuk Rakyat, harapan baru yang kita idamkan bersama.

  • PKR janji kembalikan kekebalan raja
    Jimadie Shah Othman & Abdul Rahim Sabri | Nov 29, 08 11:11am
  • dikemaskini "Malah kita bersedia mengembalikan kekebalan Raja-raja berteraskan semangat Raja Berperlembagaan. Inilah erti sebenar harapan baru yang kita bawa," kata presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.LAGI
  • Kritik peralihan kuasa PM kepada Najib
    Zaid Ibrahim, Yong Teck Lee hadir
Pembentukan kerajaan baru dan kemunculan Perdana Menteri Malaysia yang sebenarnya, hendaklah bukan dibebankan sebagai perjuangan Anwar Ibrahim seorang.

Ambil agenda ini sebagai aganda kita bersama. Lebih-lebih lagi para pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat. Ambil isyarat dari Nik Aziz Nik Mat.

Setakat ini tiada gunanya lagi memberi peluang kepada Barisan Nasional membentuk kerajaan di Malaysia. Perubahan, tiada akan berlaku. Para pemimpinnya lebih cakap daripada melakukannya.

Setakat ini, para pemimpin Pakatan Rakyat pun bercakap sahaja juga. Namun kita sudah mula nampak cakap mereka mula menerbitkan nikmat, terutama di Kelantan, Kedah, dan Pulau Pinang.

Bayangkan seandainya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat yang baru. Paling tidakpun, hari ini kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk, harga minyak petrol dan diesel turun. Kredibiliti kepemimpinan dalam Pakatan Rakyat mampu disegani para peniaga untuk menurunkan harga lain-lain bahan, barang, dan perkhidmatan.

Paling besar, ekonomi kita akan mantap semula dan bukan berada di alam fantasi Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Najib Abdul Razak, Nor Mohamed Yakcop, dan para pemimpin yang sewaktu dengan mereka.

Anwar Ibrahim mahu dan mampu mengusahakan sesuatu, khususnya menggembeling bijak pandai dan ahli ekonomi untuk merumuskan kejayaan hal ekonomi negara ini. Sesuatu yang gagal dan tidak langsung diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Harapan saya ialah biarlah Anwar Ibrahim terus bersemangat terutama yang disebutkan sebagai menuju Putrajaya. Selagi semangatnya membara, selagi itulah harapan kita akan suatu nikmat besar sebagai Rakyat Malaysia, InsyaAllah tercapai juga mulanya.