Gelombang Rakyat

Semangat Nurul Izzah PKR Terus Mara PR Harapan Baru

Bersemangat memerhatikan pemimpin muda ini.

Nurul Izzah Anwar
lakaranhatii.blogspot.com

Di kemunculannya Astro Awani menyentuh yang berkaitan parti dan kongres yang baru berlalu.

siaran-langsung-congress08.jpg
Benarlah kata Nurul Izzah Anwar, Parti KeADILan Rakyat terus mara. Rakyat Malaysia menaruh harapan terhadap Pakatan Rakyat.



Ketika mana UMNO dan parti komponen Barisan Nasional kelihatan masih tersekat dalam aktiviti lapok yang tidak membawa kepada usaha memajukan Rakyat Malaysia.

Dulu seperti mereka tahu segalanya. Tidak mahu mendengar pandangan pemimpin dan ahli di dalam UMNO dan Barisan Nasional. Individu di luar, usah ceritalah. Mungkin mereka tidak pandangpun.

Kini mereka dikatakan mahu mendengar pandangan dari dalam dan luar UMNO. Entahlah, mereka mungkin sudah kehilangan arah. Tidak tahu ke mana hendak dibawa UMNO ini. Setakat ini, ramai bersuara, namun mereka mungkin terlalu mulia untuk mengumpul maklumat di alam siber contohnya. Jikapun diberi cadangan bernas, apakah mahu mereka menerimanya dan memperbaiki parti mereka.

Tidak mengapalah. UMNO sudah tidak penting lagi kepada Rakyat Malaysia. Mungkin penting kepada pemimpin yang masih di dalamnya, khususnya yang mengejar jawatan tertentu.

Kini, apa yang perlu ialah bagaimana Pakatan Rakyat mengkoordinasi wilayah yang telah dimenanginya di peringkat kerajaan negeri.

Kejayaan sudah ada, namun masih banyak ruang yang masih boleh diterokai untuk memanfaatkan Rakyat Malaysia sepenuhnya.

Teruskan perjuangan..!

Apakah Resolusi & Pelaksanaan Kongres PKR..?

Perubahan


Melihat Gambar Di The Nut Graph PKR Tak Perlu Lagi Kata Ini Parti Rakyat Berbilang Kaum

Saya membaca pos di no2umno:

KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 30, 2008

Galleri imej menarik sekitar Kongres

yang membawa kepada:

Seronok melihat gambar Kongres PRK di The Nut Graph

Terasa parti lain masih lagi cakap-cakap parti pelbagai kaum, manakala selainnya masih berpaut kepada pengangan usang parti berdasarkan satu kaum, namun Parti KeADILan Rakyat sudah jauh memberi teladan, sebagai model parti idaman Rakyat Malaysia.

Ketika ini, Syed Husin Ali, molek meraikan suatu kejayaan manis dan kemenangan peribadi yang dikongsi sebagai kemenangan Rakyat Malaysia.



InsyaAllah, impian menjadi nyata!

Selagi Anwar Bersemangat Selagi itu Rakyat Malaysia Untung..!

Anwar Ibrahim
www.topnews.in
Kembali aktif di arena politik, Anwar Ibrahim sebenarnya mengejutkan saya sendiri. Imej yang di mindanya ialah Nelson Mandela. Namun, pelbagai individu tetap mengusahakan pembebasannya menjadi kenyataan. Senyap dia seketika dan kerap di luar negara, sehinggalah kemunculannya di PRU 12.
Lambaian Ku kan Kembali
blog.winterwong.com
Di sinilah bermulanya serlahan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin untuk Rakyat Malaysia. Kecil atau besar serlahan ini dapat dilihat melalui sebahagian keputusan Pakatan Rakyat di PRU 12.

Kemudian, kecemerlangannya di Pilihanraya Kecil P 44 Permatang Pauh. Suatu kemenangan Rakyat Malaysia.
The main opposition leader, ...
www.economist.com
Dari Penjara ke Permatang Pauh dan ke Parlimen. Selangkah lagi ke Putrajaya.

Selangkah itulah yang masih belum lagi menjadi nyata. Anwar Ibrahim masih lagi berhadapan ke Mahkamah. Sementara itu, selangkah ke Putrajaya itu masih belum mendapat sokongan dalaman yang padu.
  • Ada ahli PKR percaya Anwar bohong
    Jimadie Shah Othman | Nov 28, 08 10:10am
  • anwar sodomy 2 trial 071108Terdapat ahli PKR yang percaya penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berbohong tentang projek pembentukan kerajaan baru persekutuan 16 September lalu.LAGI
  • Tetap harap 16 Sept jadi kenyataan
    Ahli parlimen BN diugut polis SB
Pun kehangatan di kalangan blogger mula pudar.

Timbulnya ialah kerana tarikh 16 September itu tidak difahami sepenuhnya, dan keselesaan para pemimpin Pakatan Rakyat sendiri akan caranya mestilah betul.

InsyaAllah, usaha ini belum diakui gagal lagi. Ruang kejayaan masih terbuka. Lebih-lebih lagi Barisan Nasional sama ada di bawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi kah atau Mohd Najib Abdul Razak kah atau sesiapapun kah, ditambah pula pemimpin berkepentingan dalam komponen Barisan Nasional, maka masih belum dapat membangunkan sebuah negara Malaysia yang mana Rakyatnya sebahagian daripada kerajaan. Kerajaan Rakyat.

Jika manfaat boleh dikongsi bersama, maka Pakatan Rakyat lah kerajaan yang diingini Rakyat Malaysia.

Sila rujuk ucapan dasar Wan Azizah Wan Ismail di Kongres PKR baru-baru ini. Suatu ucapan menyeluruh gambaran Malaysia untuk Rakyat, harapan baru yang kita idamkan bersama.

  • PKR janji kembalikan kekebalan raja
    Jimadie Shah Othman & Abdul Rahim Sabri | Nov 29, 08 11:11am
  • dikemaskini "Malah kita bersedia mengembalikan kekebalan Raja-raja berteraskan semangat Raja Berperlembagaan. Inilah erti sebenar harapan baru yang kita bawa," kata presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.LAGI
  • Kritik peralihan kuasa PM kepada Najib
    Zaid Ibrahim, Yong Teck Lee hadir
Pembentukan kerajaan baru dan kemunculan Perdana Menteri Malaysia yang sebenarnya, hendaklah bukan dibebankan sebagai perjuangan Anwar Ibrahim seorang.

Ambil agenda ini sebagai aganda kita bersama. Lebih-lebih lagi para pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat. Ambil isyarat dari Nik Aziz Nik Mat.

Setakat ini tiada gunanya lagi memberi peluang kepada Barisan Nasional membentuk kerajaan di Malaysia. Perubahan, tiada akan berlaku. Para pemimpinnya lebih cakap daripada melakukannya.

Setakat ini, para pemimpin Pakatan Rakyat pun bercakap sahaja juga. Namun kita sudah mula nampak cakap mereka mula menerbitkan nikmat, terutama di Kelantan, Kedah, dan Pulau Pinang.

Bayangkan seandainya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat yang baru. Paling tidakpun, hari ini kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk, harga minyak petrol dan diesel turun. Kredibiliti kepemimpinan dalam Pakatan Rakyat mampu disegani para peniaga untuk menurunkan harga lain-lain bahan, barang, dan perkhidmatan.

Paling besar, ekonomi kita akan mantap semula dan bukan berada di alam fantasi Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Najib Abdul Razak, Nor Mohamed Yakcop, dan para pemimpin yang sewaktu dengan mereka.

Anwar Ibrahim mahu dan mampu mengusahakan sesuatu, khususnya menggembeling bijak pandai dan ahli ekonomi untuk merumuskan kejayaan hal ekonomi negara ini. Sesuatu yang gagal dan tidak langsung diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Harapan saya ialah biarlah Anwar Ibrahim terus bersemangat terutama yang disebutkan sebagai menuju Putrajaya. Selagi semangatnya membara, selagi itulah harapan kita akan suatu nikmat besar sebagai Rakyat Malaysia, InsyaAllah tercapai juga mulanya.

no2umno Dan Pos Keyakinan Anwar Ibrahim Pembentukan Kerajaan Baru

Baru sebentar tadi saya membaca pos ini di Blog no2umno:

Nov 29, 2008

Saya tetap yakin - Anwar

Malam ini Stadium Melawati gegak gempita dengan laungan reformasi dan nyanyian lagu Keadilan ketika munculnya Ketua UMUM Keadilan di pentas Kongres.
Keyakinan Anwar Ibrahim ialah sebagai tiang seri. Di atas tiang keyakinan inilah nanti dikibarkan satu kemenangan. Kemenangan Rakyat.

Namun untuk menjadikan ini suatu kenyataan, semua ahli dan pemimpin PAS dan DAP, perlu bersama PKR menjadikan ini suatu realiti. Realiti yang manis.

Sementara itu, UMNO sedang dirosakkan oleh sebahagian ahli dan pemimpinnya sendiri. Perhatikan bahawa Mahathir Mohamad belum menyertai kembali dalam UMNO. Ini adalah kerana masalah UMNO belum diselesaikan. Masalah utama ialah Abdullah Ahmad Badawi.

Pun begitu, tidak jelas bahawa UMNO kini mempunyai pemimpin pengganti yang berwibawa. Mungkinkah mereka yang hebat terdahulu tidak berpeluang menang, kalah, tewas, dan tidak memuncak memberikan sumbangan bakti dan khidmat.

Pemimpin yang sedia ada, kita pun tahu siapa mereka dan tahap kepemimpinan mereka.

Dalam keadaan yang begitu, tidak jelas adanya uniti dalam united nya UMNO menerajui Barisan Nasional. Jika pun jelas, ialah serangan jika tidak dibuat begini kami keluar dari Barisan Nasional. Itu yang kita dengari.

Angin perubahan yang Anwar Ibrahim yakin mulakan, bersama Pakatan Rakyat sudah menunjukkan petanda yang baik ke arah Perdana Menteri yang baru setelah pembentukan kerajaan yang baru.

Kita boleh sasarkan sesuatu masa, namun kita tidak perlu tarikh yang khusus. InsyaAllah, kemenangan tetap berpihak kepada Rakyat Malaysia.

Sama-sama kita tinjau apa peluang yang ada di Sarawak, ke arah mengertikan keyakinan kita bersama ini.



Berkaitan:

Dari Blog Anwar Ibrahim:

29
Nov
08

East Malaysia holds the key for PKR’s takeover bid

From The Edge Daily
by Chua Sue-Ann

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) is casting their eyes towards Sabah and Sarawak in their bid to takeover the government, promising petrol royalties and greater East Malaysian participation in federal participation.

Pahang Daily OnLine Eksklusif Paparan Gambar Kongres PKR

Seronok melihat gambar ini, di Pahang Daily OnLine:



Pada PKR ada harapan untuk Rakyat Malaysia, tapak berpolitik menjangkaui batasan biasa lain-lain parti Komponen Barisan Nasional.

Syabas kepada pengasas dan penerajui PKR, sepertimana gambar paparan Pahang Daily OnLine ini:



Semoga Kongres PKR ini satu semarak ke arah pembentukan sebuah kerajaan baru yang Adil, Saksama, Maju untuk semua Rakyat Malaysia, kini dan seterusnya...

Ada lagi gambar menarik di sini:

http://pahangdaily.blogspot.com/2008/11/eksklusif-kongres-nasional-tahunan-pkr.html

Wan Azizah - Berapa Jumlah Ahli PKR..?


Sumber Foto: Nik Hassan Azmi

Sebagaimana yang diumumkan Wan Azizah Wan Ismail, dan sepertimana pos di Blog Anwar Ibrahim, setelah 10 tahun sejak penubuhannya Parti KeADILan Rakyat, PKR, sudah mempunyai 500,000 Ahli yang berdaftar.

Dirasakan PKR boleh menjadi model sebuah parti untuk Rakyat Malaysia.

Dirasakan sudah tiba masa dan ketikanya PKR menambah keahlian supaya sampai ke angka 1 Juta, dan kemudian lebih dari itu.

Sementara tumpuan berikutnya di Sarawak, usaha juga molek disemarakkan untuk menawan 2 Juta Pengundi Baru yang masih mencari tapak politik mereka.

Harapan Wan Azizah Ialah Harapan Rakyat Malaysia

Image

Sabtu 29 November 2008 | 30 Dzulka'edah 1429 Hijrah
Dengan harapan rakyat, kerajaan baru Pakatan Rakyat akan direalisasikan - Wan Azizah
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sat | Nov 29, 08 | 11:42:20 am MYT

SHAH ALAM, 29 Nov (Hrkh) - Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan dengan harapan rakyat dan kerjasama yang tinggi di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, usaha untuk membentuk kerajaan baru di peringkat pusat akan direalisasikan juga akhirnya.

Semasa menyampaikan ucapan dasar sempena Kongres KeADILan di Stadium Malawati Shah Alam ketika ini, Dr Wan Azizah menyatakan, rakyat terus berharap agar terbentuknya kerajaan Pakatan Rakyat yang sedang diusahakan.

Image









Selanjutnya di sini:

http://harakahdaily.net/

Ucapan Syed Husin Ali Di Kongres PKR - Ke Arah Kerajaan Baru

Dari Malaysiakini



Menarik!

Sama-sama kita saksikan ini satu permulaan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru di Malaysia, ketika Barisan Nasional semakin tidak relevan.

Kongres PKR Imbas Kembali dan Renung Ke Hadapan - Perubahan!



Dulu Parti KeADILan Rakyat dari kalangan parti politik yang kecil. DAP yang konsisten masih belum signifikan dari sudut suara. PAS mempamerkan pendekatan agama yang ramai gerun untuk menyertainya.

Semua ini berubah setelah adanya Pakatan Rakyat. Parti KeADILan Rakyat, PAS, dan DAP, masing-masing berkongsi satu kekuatan yang sama untuk memanfaatkan Rakyat Malaysia.

Kemudian Pakatan Rakyat mengungguli PRU 12 dan Pilihanraya Kecil P 44 Permatang Pauh.

Parti KeADILan Rakyat boleh menjadi contoh berbentuk model sebuah parti yang akan diingini Rakyat Malaysia.

Bila berkongres kita dapat melihat Rakyat Malaysia berkumpul dalam satu perjuangan yang dikongsi bersama.

InsyaAllah kita bakal melihat Parti KeADILan Rakyat terus menambah ahli, kerusi dan kuasa di pilihanraya kecil dan PRU 13 kelak.

Harapan Untuk Rakyat Malaysia, saksikan:


Majlis Pimpinan Tertinggi (2007 - 2010) PDF Emel
Ketua Parti
Datuk Seri Anwar Ibrahim (URL)
Presiden
Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
Timb. Presiden
Dr Syed Husin Ali
Naib Presiden
Sdr Azmin Ali (URL)
Dr Lee Boon Chye
Sdr Mustaffa Kamil Ayub
Sdr Sivarasa Rasiah
Datuk Dr Jeffrey Kitingan
Setiausaha Agung
Tan Sri Khalid Ibrahim
Timb. Setiausaha Agung
Dr Xavier Jayakumar
Sdr Low Chee Chong
Sdr Abdul Halim Mohd Yusof
Sdri Suzana Manja Ibrahim
Bendahari
Sdr William Leong
Timb. Bendahari
Tengku Mazariah Tengku Sulaiman
Ketua Penerangan
Sdr Chua Tian Chang @ Tian Chua (URL)
Pengarah Pilihanraya
Sdr Azmin Ali (URL)
Timb. Pengarah Pilihanraya
Hajah Fuziah Salleh (URL)
Pengarah Strategi
Sdr Saifuddin Nasution Ismail
Pengerusi Tetap
Haji Hishamuddin Ismail
Timb. Pengerusi Tetap
Sdr Khazizi Ahmad
Ahli-Ahli MPT
Sdr Dominique Ng Kim Ho
Dr Badrul Amin Bahron
Dr Mansur Othman
Sdr N. Gobalakrishnan (URL)
Dr Zaleha Mustafa
Sdr Mohd Yahya Sahri
Sdr Johari Abdul
Sdri Irene Fernandez
Sdri Christina Liew
Kapt (B) Usaili Alias
Dato Dr. Zainal Abidin Ahmad
Sdri Latheefa Koya
Sdr Saiful Izham Ramli
Haji Osman Abdul Rahman
Sdr Badrul Hisham Shahrin (URL)
Sdr Ansari Abdullah
Sdri Animah Ferrar
Sdr Khalid Jaafar (URL)
Sdr Zakaria Abd Hamid
Sdr Cheah Kah Peng
Sdr Omar Jaafar
Sdr S. Manikavasagam
Sdr Ang Hiok Gai




Satu peringatan kepada mana-mana parti politik yang berteraskan satu kaum sahaja!