Siapa Makan Nangka Siapa Kena Getah Jantung Siapa Denyut Boleh Tiada?
Disentuhnya Mohamad Khir Toyo perihal Penswastaan IJN. Dipetik di sini, punch-line dari Blog nya.
Seperti "Orang lain makan nangka, orang lain yang kena getah; Orang lain nak untung berjuta, orang lain yang melatah!"Isunya ialah amalan lazim lebih besar dari Penswastaan IJN. Pada saya, besarnya ialah Pemimpin Politik, Ladang Nangka, Rakyat Malaysia "Dirompak".
Jadi, soal saya ialah:
Siapa Makan Nangka Siapa Kena Getah Jantung Siapa Teraniaya?Individu menyertai politik dan memilih parti politik menuju puncak kepemimpinan sebagai platform mahu dirinya dimanfaatkan supaya dengan kedudukan di kerusi, dia melakukan sesuatu supaya Rakyat dapat kecapi nikmat secara saksama.
Ini bertitik dengan niat awal. Sama-sama kita pelajari dari kisah pertama kali pemimpin unggul mengisi borang keahlian berbeza pemimpin haprak mengisi borang keahlian juga. Perhatikan siapakah mempunyai niat untuk berkhidmat supaya memanfaatkan Rakyat, dan niat siapakah mempunyai niat supaya Rakyat diperguna untuk memanfaatkan dirinya.
Di Malaysia, hal ini bukan rahsia, namun bukan pula pengetahuan awam total. Kemunculan invididu, menceburi politik, menyertai parti politik, dan kemudian mengguna kerusi di puncak untuk "buat duit" melalui projek demi memenuhi kepentingan kelompok kecil, merampok organisasi lubok wang.
Inilah kemarahan Rakyat Malaysia sebenarnya.
Tentulah, perhatian Rakyat Malaysia tertumpu kepada UMNO, dan Kerajaan Barisan Nasional.
Siapa makan Nangka?
Nangka www.pemkot-malang.go.id |
Nangka chaletteratakafrina.com.my |
Nangka (Jackfruit Curry) 1001resepi.com |
Nangka www.myshutterspace.com |
Nangka lydiakong.blogspot.com |
Siapa telah makan Nangka tetapi tidak mengaku?
Siapa makan Nangka tetapi dikenakan pula orang lain getahnya lalu ketawa?
Eisyh banyak lagi lah soalannya.
Inilah menyebabkan ada individu dan pihak tidak lagi percaya kepada pemimpin dan parti seperti UMNO, dan Barisan Nasional.
Perlahan-lahan, masing-masing beralih ke arah pemimpin dan parti yang sujud kepada Allah, dan mahu memanfaatkan Rakyat Malaysia, dengan dia menerajui kepemimpin utama negara.