Gelombang Rakyat

biGlory - Aper Mender Repablik Nan Khir Toyo Chyiakap Neh..? Malaysiakini

Zizi Cucu Tok Bebayang Acheh


Wa bacher neh..!

BERNAMA lapor:

07 Mac, 2009 21:49 PM

Khir: Ada Usaha Jadikan Negara Sebuah Republik

MELAKA, 7 Mac (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata ada usaha pihak tertentu yang mahu menjadikan negara ini sebuah republik.

Lagi:

BERNAMA

Oo nii interpretasen briter nii ker?

Malaysiakini lapor:
  • Sultan bimbang orang Melayu S'gor berpecah
    Mar 7, 09 1:00am
  • sultan selangor sharafuddin idris shah 210508Sultan Sharafuddin Idris Shah menyuarakan kebimbangan terhadap orang Melayu di Selangor yang telah berpecah belah disebabkan oleh berlainan fahaman politik.LAGI
  • Simpan syak wasangka
    Gesa mereka bersatu
Nan nii tdak jawap ker?

Kat Malaysiakini:
  • S'gor kejar Dr Khir isu beli aset Arab Saudi
    Mar 6, 09 6:46pm
  • khalid ibrahim and khir toyoDatuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berhubung diminta menjelaskan pembelian aset yang mungkin menyalahi Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Akta Kawalan Pertukaran.LAGI
  • Khidmat nasihat Bank Negara
    PNSB tidak mempunyai rekod
Aper mender nii?

Nak alih pandangan ker?
Reblog this post [with Zemanta]

BLOW - Ketua UMNO Berikutnya Mudah Dijangka Pemenangnya..! Malaysiakini

Hishammuddin Hussein's infamous waving of the ...Image via Wikipedia

Zubli Zainordin








Selepas pengumuman Hishammuddin Hussein tidak pertahankan kerusi yang didudukinya, terdapat 3 pemimpin PEMUDA yang ingin menduduki kerusi Ketua Pemuda UMNO.

Khairy Jamaluddin

Mohamad Khir Toyo

Dan Mukhriz Mahathir.

Ini tidak ada kena mengena dengan kehendak Rakyat Malaysia. Jika pun ramai yang tidak nampak satu pun yang layak.

Kuasa mengundi ialah di tangan perwakilan pada 9 Mac 2009 ini.

Siapakah pilihan Perwakilan UMNO, jika pemilihan berlangsung dengan adil?

Pemimpin terbaik di antara mereka akan menang. Walaupun masing-masing tidak layak dibariskan sebagai sebahagian pemimpin negara.

Namun, bila dilihat dalam kerangka persaraan Presiden UMNO dan sah Presiden UMNO berikutnya, pemenang sudah boleh dijangkakan.

Ini dapat dilihat bila Naib Ketua kini tidak lagi lazim diangkat terus menjadi Ketua. Atau menang tanpa bertanding.

Hishammuddin Hussein pun kali ini tidak beriya-iya membuat endorsement seperti dahulu. Presiden UMNO terlepas, dia pulak yang kena.

Pada satu ketika yang panjang, ramai terlupa bahawa Hishammuddin Hussein masih Ketua Pemuda UMNO, ketika dia dibayangi Naib Ketua yang lebih ke hadapan.

Para penyokong Khairy Jamaluddin perlu melihat pemimpin ini maju ke atas tanpa dikaitkan sebagai menantu Presiden UMNO. Sebaliknya wibawa dirinya sendiri sebagai pemimpin.

Mampukah Khairy Jamaluddin muncul wibawa berdasarkan kepemimpinannya sendiri?

Mungkin tidak..!

Mohamad Khir Toyo pula, kita masih ingat lagi pendiriannya:

Tidak akan bertanding jika Hishammuddin Hussein bertanding.

Tidak akan bertanding jika Mukhriz Mahathir bertanding.

Kemudian ditawarnya diri untuk bertanding. Barangkali setelah mendengar suara akar umbi UMNO. Atau rakan rapat.

Adakah wibawa Mohamad Khir Toyo ini, atau sekadar memecah undi 2 pemimpin yang berjuang ke puncak?

Apapun sukar untuk Mohamad Khir Toyo untuk menang kerusi Ketua Pemuda UMNO kali ini.

Mukhriz Mahathir ada satu poin kelebihan dari aspek dirinya sebagai pemimpin. Namun dirasakan dia berada di platform yang salah.

Walaupun dia telah buat keputusan untuk tidak keluar, malah kekal dalam UMNO, perlu dilihat usahanya yang dikatakan menentang Presiden UMNO, hubungannya dengan Khairy Jamaluddin dan Mohamad Khir Toyo, serta sokongan padunya terhadap Mohd Najib Abdul Razak.

Melihat kepada senario 9 Mac 2009, endorsement terbuka atau tertutup Mohd Najib Abdul Razak dan Hishammuddin Hussein, maka Mukhriz Mahathir berpeluang menang kerusi Ketua Pemuda UMNO kali ini.

Pun begitu, menang tidak penting. apa yang penting ialah perjuangannya.

Dilema anak penuis buku Malay Dilema ini kelak ialah memegang prinsip perjuang dan kepemimpinan murni.

Ibarat memegang keris tanpa hulu kayu, yang semakin lama semakin panas, ketika Presiden UMNO yang baru memulakan kepemimpinan yang ramai pun sudah tahu betapa ngerinya.

Kepada pemerhati politik dan peminat kepemimpinan, semua 3 pemimpin ini, belum jelas dapat memanfaatkan khususnya memajukan Rakyat Malaysia dan memakmorkan Negara Malaysia.

Masing-masing masih tidak layak.

Dapatkah mereka merdeka, untuk memerdekakan orang lain, sedangkan UMNO, parti itu pun bakal "memenjarakan" mereka, dalam budaya yang tidak lagi sesuai di zaman kini dan kelak...

Menarik dari laporan Malaysiakini:

Khairy vs Mukhriz dan Khir Toyo
Feb 17, 09 10:47pm

Tiga calon Ketua Pemuda Umno berkongsi pentas malam ini dengan Khairy Jamaluddin menafikan yang Umno berada dalam krisis yang teruk, manakala Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pula sependapat bahawa Umno perlu pembaharuan dan perubahan untuk terus relevan...

mukhriz mahathir khir toyo khairy jamaluddin hujah dialogue 180209 01Pos penuh di sini:

http://www.malaysiakini.com/



InsyaAllah, sama-sama kita saksikan apa yang berlaku seterusnya...


Reblog this post [with Zemanta]

BLOW - Pemilihan Pemuda UMNO Tiada Uja..! Malaysiakini

Bermula dengan Hishammuddin Hussein,
Pemuda UMNO sudah hilang Umpfh...

Hishammuddin Hussein's infamous waving of the ...Image via Wikipedia

Malaysian Insider



Zubli Zainordin

Pagi ini saya belum pos apa pun lagi. Saya hanya layar dan baca.

Kemudian saya terpandang gambar 3 Puteri.

Puteri? Nampak macam Pemuda..!

Oh Princes bukan Princess.

Jangan marah aargh...

Gambar di
Malaysian Insider itu menarik..!

Tapi tidak ada apa yang menarik pada rebutan kerusi Ketua Pemuda UMNO ini.

Dulu, di sinilah gilap gemerlapan bintang baru dalam memuncak pemimpin hebat parti hebat.

Kini, tidak ada apa yang hebatnya UMNO ini sebagai parti politik.

Calon bertanding pun, dari aspek kualiti kepemimpinan masih terlalu rendah.

Dari kenyataan media setiap seorang dari mereka sejak PRU 12, tiada yang menunjukkan kematangan.

Malah menjadi cemuhan di kalangan masyarakat.

Apakah mereka layak sebagai Pelawak sahaja?

Tiada nampak seorang pun yang mampu membawa perubahan.

Jelas sekali, mereka terperangkap dalam keUMNOan suatu budaya penuh keji, dan suatu platform yang rapuh, dan satu ruang yang tidak menarik untuk generasi muda sekarang, ketika suasana politik dan trend berparti politik sudah jauh berubah.

Trend popular ialah notoumno atau umnonomore atau seumpamanya.

Sama ada mereka keluar dari UMNO. Mungkin tak akan.

Atau mereka terkeluar dari arus generasi muda yang mencari selain UMNO sebagai wadah perjuangan mereka...

Entah Lah...

Bacaan berkaitan:

Malaysiakini:


Khairy vs Mukhriz dan Khir Toyo
Feb 17, 09 10:47pm


http://www.malaysiakini.com/



Reblog this post [with Zemanta]

BLOW - Kuliah Dr Abdul Wahab Arbain - Seks Dan Peluru..! Yang Mana Satu Wa Patut Pilih..? Malaysiakini

ZiZi Cucu Tok Bebayang Acheh


Kat notis board, Wa nampak ada dua topik.

Seks

dan
Peluru.

Ini terpampang kat Fakulti Siyasah Syar'iyah, Universiti Maya Malaysia.

Kuliah disampaikan oleh:

My Photo
Dr. Abdul Wahab Arbain
View my complete profile

Seks?

Malu ah!

Wa ingat nak gi dengar kuliah pasal peluru lah.

Capa-capa dewasa, matang aqal nya, boleh lah ke kuliah pilihan di sini...

Wa tak tahulah ada ke tidak gambar dalam bentuk Power Point, atau tulisan lukisan guna papan putih dan marker jah.

Apa pun klik ya...

http://siyasahsyariyah.blogspot.com/

Sementara itu Wa Nak gi baca pertaruhan 2 Jowo. Satu Reden, satu lagi Khir.


Snek Tempe dan air Sirap Limau Wa dah stand-by...

Tuesday, February 17, 2009

Seks Jadi Peluru Hidup


Gambar separuh bogel, berita tangkapan khalwat, pendedahan sedekah seks, ada perempuan simpanan, kes liwat dan yang sewaktu dengannya mengarah-tuju kepada maksud yang sama iaitu Seks.

Seks, jika kena gayanya, seronok...


Bersambung kat sini:

http://siyasahsyariyah.blogspot.com/2009/02/seks-jadi-peluru-hidup.html

BLOW - Perebutan Jawatan Ketua Pemuda UMNO - Khairy Khir Mukhriz - Siapa Bakal Kecundang..? Malaysiakini

Official logo of United Malays National Organi...Image via Wikipedia

ZiZi Cucu Tok Bebayang Acheh

Di antara
Khairy Jamaluddin,
Mohamad Khir Toyo,
dan
Mukhriz Mahathir,
siapakah akan menang dalam perebutan kerusi Ketua Pemuda UMNO?

Mana Wa tau...

Setakat ini, Hishammuddin Hussein Lah kan..?

Di antara 3 pemimpin ini, siapa kechundang pun Wa tak kisah.

Tapi Wa syok nengok pemimpin yang boleh buat Transpormashi.

Radenjowo, jangan jeles ek..!

Mukhriz Mahathir
pinkturtle2.wordpress.com


Khairy Jamaluddin
omong.wordpress.com

Mohamad Khir Toyo
selangortoday.wordpress.com

Mohamad Khir Toyo
www.topnews.in

Mohamad Khir Toyo
pinkturtle2.wordpress.com


zzzzzzzhe-just-fails-every-time.jpg
http://www.veryfunnypics.com/

Wakkakkah..!
Reblog this post [with Zemanta]

BLOW - Elizabeth Wong & Letak Jawatan? Memahami Desakan Khir Toyo & Sokongan Pemimpin PR..! Malaysiakini

Zubli Zainordin Avatar

Zubli Zainordin

Di antara berita paling hangat hari ini ialah isu membabitkan Elizabeth Wong.

malaysian selangor state assemblywoman elizabeth wong photo

Rujuk Malaysiakini:

Suara KeADILan OnLine, sehubungan itu melaporkan gesaan Mohamad Khir Toyo, supaya Elizabeth Wong meletakkan jawatan.

Sebagaimana dilaporkan wartawan Wong Choon Mei. Di atas alasan apakah gesaan itu dibuat oleh Mohamad Khir Toyo? Nanti kita ikuti penjelasannya.

Perihal Elizabeth Wong meletak jawatan, para pemimpin Pakatan Rakyat melihat Elizabeth Wong ialah mangsa. Lantaran, kenapakah mangsa dihukum? Sedangkan kesalahan mengedar foto yang mengaibkan dirinya ialah persoalan utamanya.

Abdul Khalid Ibrahim
shamsuliskandar.wordpress.com

Pemimpin Pakatan Rakyat telah memberi sokongan kepada Elizabeth Wong. Mereka terdiri daripada Abdul Khalid Ibrahim, Teresa Kok, dan Tian Chua.

Perincian di sini:

http://www.suarakeadilan.com/

Berkaitan:

Malaysiakini melaporkan:

  • BN S'gor desak Elizabeth letak jawatan
    Jimadie Shah Othman | Feb 16, 09 12:54pm
  • khir toyo smoothDatuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendesak Elizabeth Wong supaya meletak jawatan exco dan Adun Bukit Lanjan, ekoran penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.LAGI
  • Untuk bersih nama PKR
    Elizabeth sasaran kedua

Malaysiakini melaporkan lagi:

  • Eli: Saya mangsa sebaran foto bogel
    Feb 16, 09 10:09am
  • kemaskini 3.20pm "Saya dimaklumkan beberapa orang sedang cuba mengedarkan foto-foto atau rakaman video yang menunjukkan saya separuh bertelanjang dalam keadaan tidur dan juga dalam posisi intim.".LAGI
  • Laporan di balai polis Damansara
    Sewaktu beliau sedang tidur
InsyaAllah Bersambung...
Reblog this post [with Zemanta]

BLOW - Siapa Pulak Ini Yang Kata Imej BN Ketinggalan Zaman..!

Rasa-rasanya imej Barisan Nasional baik, dan masih elok, sejak dahulu lagi, dan tetap sesuai untuk 50 tahun ke 100 tahun akan datang.

Tidak ketinggalan zaman pun. Maklum Lah, simbolnya Daching, warna biru itu itu jugak.

Hakarah Daily Net melaporkan...

Khamis 22 Januari 2009 | 25 Muharam 1430 Hijrah
Imej BN ketinggalan zaman - Khir Toyo
Harakahdaily
Thu | Jan 22, 09 | 11:06:14 am MYT

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Hrkh) - "Setelah hampir 30 tahun menggunakan imej dan pendekatan yang sama, nyata ia telah agak ketinggalan zaman."

Sambungan di sini:

http://www.harakahdaily.net/

Sepenuhnya di sini:
http://www.drkhir.com/2009/01/melakukan-pembaharuan-untuk-harapan.html
Blower Satu Blog Total tidak bersetuju dengan pandangan tersebut. Semoleknya Barisan Nasional terus menggunakan imej dan pendekatan yang sama.

Terutama di PRU 13 kelak.

Siapa Makan Nangka Siapa Kena Getah Jantung Siapa Denyut Boleh Tiada?

Disentuhnya Mohamad Khir Toyo perihal Penswastaan IJN. Dipetik di sini, punch-line dari Blog nya.

Seperti "Orang lain makan nangka, orang lain yang kena getah; Orang lain nak untung berjuta, orang lain yang melatah!"
Isunya ialah amalan lazim lebih besar dari Penswastaan IJN. Pada saya, besarnya ialah Pemimpin Politik, Ladang Nangka, Rakyat Malaysia "Dirompak".

Jadi, soal saya ialah:
Siapa Makan Nangka Siapa Kena Getah Jantung Siapa Teraniaya?
Individu menyertai politik dan memilih parti politik menuju puncak kepemimpinan sebagai platform mahu dirinya dimanfaatkan supaya dengan kedudukan di kerusi, dia melakukan sesuatu supaya Rakyat dapat kecapi nikmat secara saksama.

Ini bertitik dengan niat awal. Sama-sama kita pelajari dari kisah pertama kali pemimpin unggul mengisi borang keahlian berbeza pemimpin haprak mengisi borang keahlian juga. Perhatikan siapakah mempunyai niat untuk berkhidmat supaya memanfaatkan Rakyat, dan niat siapakah mempunyai niat supaya Rakyat diperguna untuk memanfaatkan dirinya.

Di Malaysia, hal ini bukan rahsia, namun bukan pula pengetahuan awam total. Kemunculan invididu, menceburi politik, menyertai parti politik, dan kemudian mengguna kerusi di puncak untuk "buat duit" melalui projek demi memenuhi kepentingan kelompok kecil, merampok organisasi lubok wang.

Inilah kemarahan Rakyat Malaysia sebenarnya.

Tentulah, perhatian Rakyat Malaysia tertumpu kepada UMNO, dan Kerajaan Barisan Nasional.

Siapa makan Nangka?
Nangka
www.pemkot-malang.go.id
Berapa banyak dia makan Nangka?
Nangka
chaletteratakafrina.com.my
Orang lain dapat makan Nangka tak?
Nangka (Jackfruit Curry)
1001resepi.com
Dimakannya Nangka dari satu pokok kah atau dari beberapa Ladang Nangka?
Nangka
www.myshutterspace.com
Siapa dapat makan isi Nangka dan siapa pula dapat bijik sahaja?
Nangka
lydiakong.blogspot.com
Siapa pula terkena getah Nangka?

Siapa telah makan Nangka tetapi tidak mengaku?

Siapa makan Nangka tetapi dikenakan pula orang lain getahnya lalu ketawa?

Eisyh banyak lagi lah soalannya.

Inilah menyebabkan ada individu dan pihak tidak lagi percaya kepada pemimpin dan parti seperti UMNO, dan Barisan Nasional.

Perlahan-lahan, masing-masing beralih ke arah pemimpin dan parti yang sujud kepada Allah, dan mahu memanfaatkan Rakyat Malaysia, dengan dia menerajui kepemimpin utama negara.

Najib Bakal Keseorangan Semakin Ramai Pemimpin UMNO Tak Nak Jawatan Menteri Kabinet

Tidak diketahui berapa ramai yang telah sudah menyatakannya. Tidak diketahui berapa ramai yang akan menyatakannya kelak.

Setakat baru-baru ini ada kedengaran 3 pemimpin UMNO yang menyatakan tidak mahukan atau tidak gilakan jawatan Menteri Kabinet.

Mohamad Khir Toyo

Mukhriz Mahathir

Rafidah Aziz

Mohamad Khir Toyo
www.bernama.com
Berita Harian OnLine melaporkan:

Mohamad Khir tolak jawatan Kabinet jika menang Ketua Pemuda

KUALA LUMPUR: Selepas Datuk Mukhriz Mahathir menyatakan pendirian tidak mahu menyandang jawatan dalam Kabinet jika terpilih sebagai Ketua Pemuda pada pemilihan parti Mac depan, seorang lagi calon jawatan itu, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut menyatakan pendirian sama.
Mukhriz Mahathir
www.malaysiakini.com
Berita Harian OnLine melaporkan lagi:

Mukhriz tak minat jawatan Kabinet

KUALA LUMPUR: Calon Ketua Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir menegaskan beliau tidak berminat menyandang sebarang jawatan dalam Kabinet jika terpilih sebagai Ketua Pemuda pada pemilihan Mac tahun depan.
Rafidah Aziz
www.umno-reform.com
Dari Blog Kerajaan Rakyat:

Sahih Rafidah Gila Meroyan

Posted by: Kerajaan rakyat // Category: UMNO RASUAH

Rafidah Aziz berkata beliau mahu peralihan kuasa dilakukan pada Jun tahun depan bukan kerana beliau ‘gila jawatan kabinet’.

Nampaknya jika semakin ramai begini, Mohd Najib Abdul Razak perlu pegang lebih daripada 2 portfolio dan kementerian.

Siap, mungkinkah ada pekerja asing di Malaysia yang sanggup dilantik Menteri Kabinet?