Gelombang Rakyat

Siapa Makan Nangka Siapa Kena Getah Jantung Siapa Denyut Boleh Tiada?

Disentuhnya Mohamad Khir Toyo perihal Penswastaan IJN. Dipetik di sini, punch-line dari Blog nya.

Seperti "Orang lain makan nangka, orang lain yang kena getah; Orang lain nak untung berjuta, orang lain yang melatah!"
Isunya ialah amalan lazim lebih besar dari Penswastaan IJN. Pada saya, besarnya ialah Pemimpin Politik, Ladang Nangka, Rakyat Malaysia "Dirompak".

Jadi, soal saya ialah:
Siapa Makan Nangka Siapa Kena Getah Jantung Siapa Teraniaya?
Individu menyertai politik dan memilih parti politik menuju puncak kepemimpinan sebagai platform mahu dirinya dimanfaatkan supaya dengan kedudukan di kerusi, dia melakukan sesuatu supaya Rakyat dapat kecapi nikmat secara saksama.

Ini bertitik dengan niat awal. Sama-sama kita pelajari dari kisah pertama kali pemimpin unggul mengisi borang keahlian berbeza pemimpin haprak mengisi borang keahlian juga. Perhatikan siapakah mempunyai niat untuk berkhidmat supaya memanfaatkan Rakyat, dan niat siapakah mempunyai niat supaya Rakyat diperguna untuk memanfaatkan dirinya.

Di Malaysia, hal ini bukan rahsia, namun bukan pula pengetahuan awam total. Kemunculan invididu, menceburi politik, menyertai parti politik, dan kemudian mengguna kerusi di puncak untuk "buat duit" melalui projek demi memenuhi kepentingan kelompok kecil, merampok organisasi lubok wang.

Inilah kemarahan Rakyat Malaysia sebenarnya.

Tentulah, perhatian Rakyat Malaysia tertumpu kepada UMNO, dan Kerajaan Barisan Nasional.

Siapa makan Nangka?
Nangka
www.pemkot-malang.go.id
Berapa banyak dia makan Nangka?
Nangka
chaletteratakafrina.com.my
Orang lain dapat makan Nangka tak?
Nangka (Jackfruit Curry)
1001resepi.com
Dimakannya Nangka dari satu pokok kah atau dari beberapa Ladang Nangka?
Nangka
www.myshutterspace.com
Siapa dapat makan isi Nangka dan siapa pula dapat bijik sahaja?
Nangka
lydiakong.blogspot.com
Siapa pula terkena getah Nangka?

Siapa telah makan Nangka tetapi tidak mengaku?

Siapa makan Nangka tetapi dikenakan pula orang lain getahnya lalu ketawa?

Eisyh banyak lagi lah soalannya.

Inilah menyebabkan ada individu dan pihak tidak lagi percaya kepada pemimpin dan parti seperti UMNO, dan Barisan Nasional.

Perlahan-lahan, masing-masing beralih ke arah pemimpin dan parti yang sujud kepada Allah, dan mahu memanfaatkan Rakyat Malaysia, dengan dia menerajui kepemimpin utama negara.

5 comments:

ISA said...

Salam Tuan Zubli,

Jika nawaitu asal dah terpesong apo boleh buek, yang salahnya orang yang percayo mambabi buto dan masih terus sokong pemimpin yang kucing kurap. Kalau percayo juga dengan janji manis kek KTrengganu nanti, hampeh la jawapannya.

Semenjak dah jatuh tergolek-golek anjing lain benar suara dio, berjuang la konon... nak tergolak den, Kesian pulak den kek anak toyol sekor tu, badi penyapu tak habih laei... nak kena panggil Tokmoh Tukang Sapu (Tepet) ubatkan dio... kena ketuk dongan Penyapu baru clear kot... ha..ha..ha..

Den makan cempedak, goreng pun sodap...

Gelombang Rakyat said...

ISA

Samo Lah kito. Den kalau mandu, nampak yo cempedak, goreng pun sodap, samo ado den gostan atau U-turn.

Hehehehe...

Bilo nawaitu tak boto, lubang eh udah bosar. Najis dalam nyo udah busuk melantun.

Pado den Tepet Lah harapan kito kot nak sapu penyapu pemimpin sekor nii, tak habeh-habeh, nama sindri cuci, saya tarak bikin, orang lain bikin, parti kita entahlah.

Cam mano, ado kor pemimpin buleh ubah dalaman buruk UMNO neh?

Barangkali Tukang Sapu juo. Bukan si Penganugerah Penyapu.

Tunggu..!

Anonymous said...

yang best..bila tanya..hang ka makan nangka tu? dia jawab..tak lah,aku makan chempedak,bukan nangka,kesimpulanya..tak peduli dan tak ambil tahu nangka atau chempedak,janji makan sampai kenyang.

Gelombang Rakyat said...

Dollay Yankee,

Betul, betul. itu yang best nya.

Baguih kalu semua nak nama.

Tak baguih kalu, semua nak cuci getah nangka ngan minyak gaih.

Macam Lah tiada yang tahu siapa makan Nangka itu, Chempedak pula katanya.

Bedai sampai kenyang.

Mereka lupa Rakyat Malaysia macam mana jadinya?

Barangkali ada yang belum makan lagi...

Anonymous said...

Dear Zubli...

Mintak-mintak bile deme tengah gelojoh menjolok bebuah nangka tu... bior ade buah nangka yang terhempap dek kepale deme. Naknye pulok nangke busuk.... Kite hoorip kan saje...

Teman bijik nangka reboih pun... tibei habis!! Sodap....!!!