Beza BN Dan PR - Menguntungkan Rakyat dan Negara Malaysia
Mari kita tinjau perbezaan tersebut.
Barisan Nasional
Barisan Nasional diterajui UMNO. UMNO diterajui Abdullah Ahmad Badawi.
Abdullah Ahmad Badawi pemimpin dan kepemimpinan yang tidak bagus. UMNO jadi tidak bagus. Barisan Nasional tidak akan mampu jadi bagus.
Ini adalah kerana, satu suara pemimpin mendapat sokongan dan takut ditentang lalu menjadi suara kelompok UMNO, dan suara ini diengeh oleh MCA dan MIC. Bila disepadukan dan diumumkan, Rakyat akan menderita dan Negara akan memikul akibatnya.
Ini adalah kerana pemimpin berfikir untuk menguntungkan gabungan mereka. Lantaran mereka masing-masing untung.
Pakatan Rakyat
Anwar Ibrahim nampak dominan. Namun setiap keputusan akan diseimbangkan oleh Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.
Mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat yang bersuara, ada majlis tertinggi yang menentukan baik buruknya, yang setuju dapat bersuara dan yang tidak setuju pun lantang juga.
Suara dan keputusan tidak boleh sewenang-wenang. Ada check-and-balance yang bagus.
Matlamatnya ialah memanfaatkan Rakyat dan memakmorkan Malaysia.
Ini adalah kerana pemimpin berfikir untuk menguntungkan Rakyat Malaysia. Bila Rakyat Malaysia untung, merekapun untung sama.
Harapan
Tiadalah nikmat paling besar kini, Rakyat Malaysia dipimpin pemimpin terbaik dan kerajaan yang prihatin lalu memanfaatkan Rakyat dan Negara Malaysia.