BLOW - Asas Kepemimpinan Untuk Negara Adalah Sama
Hari ini satu pos, dan menghadiri perbincangan.
Kesedaran timbul bahawa wujud dan membesar individu, pasukan, kumpulan, dan masyarakat terpinggir apabila pemimpin menang pilihanraya.
Barisan Nasional
Pakatan Rakyat
Bebas
Bebas belum bermakna sepenuhnya dalam perjuangan politik berparti.
Dua kekuatan pilihan sekarang ialah Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
Bila parti komponen dalam Barisan Nasional meneruskan tradisi lama. Maka kekal Lah sebahagian di dalamnya.
Sebahagian lagi pula memilih Pakatan Rakyat dan parti yang bersetuju dalam suatu pakatan.
Bagaimanapun terdapat sebahagian yang tidak memihak. Mereka ini bukan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat pun bukan.
Dari sudut melihat pemimpin, parti, gabungan, dan kerajaan, peranan ketara ialah memberi sokongan kepada yang terbaik.
Purata mereka tidak lagi nampak ada harapan pada Barisan Nasional dan parti komponennya.
Harapan berpindah kepada parti yang sepakat dalam Pakatan Rakyat.
Perbincangan yang saya hadiri hari ini menyentuh aspek walaupun pemimpin atasan, dan dasarnya cukup bagus. Namun ada sebahagian besar sudah mula satu budaya yang menuju persamaan dengan Barisan Nasional dan parti komponennya.
Jelasnya, calon pilihanraya berkempen. Sebelum menang, cantik! Selepas menang, masih ada kecantikannya. Kemudian lenyaplah perjuangan, dan usaha ialah kenyangkan tembolok sendiri dahulu dan banyak. Kemudian kaum keluarga, sahabatan handai dan dot dot dot.
Dalam pilihanraya umum berikut, menang sambung lagi, tak menangpun kenyang dah, dan cukup sampai 7 keturunan.
Rakyat Malaysia tidak mahu semua ini. Letih!
Jika sekarang dan dulu sama, apakah ertinya. Perlu diingat, akan muncul The Third Force.
Kepada semua pemimpin, semua parti, dan kedua-dua gabungan, sudah-sudah Lah itu. Jadi Lah pemimpin yang terbaik, bersihkan Lah parti, mantap dan harmonikan gabungan, seterusnya sama-sama kita majukan Rakyat Malaysia semuanya, dan kita makmorkan Negara Malaysia seluruhnya.
Pemimpin politik bukan pemimpin terbaik bila
* masyarakat cerdik pandai dipinggirkan.
* masyarakat berpengalaman dipinggirkan.
* Bloggers Forumers dipinggirkan.
* Semakin ramai lagi dipinggirkan.
Tinggal Lah pemimpin, keluarga, dan rakan.
Gambarannya ialah seekor ayam dimasak hanya untuk makan tengahari seekor setiap orang pemimpin.
Mereka yang dipinggirkan, satu tin sardin untuk makan sekeluarga, diagih sebahagian tengahari, sebahagian malam, dan semua orang sebelah pagi esok tegok air sejuk sahaja.
Apa macam?