BLOW - Blogger Forumer Grouper - Forsa Penentu Pilihanraya Kecil Dan Terutama PRU 13
BLOW - Blogger Wawasan -
Model Rangkaian Jaringan Total Freedom. Wawasan - mempastikan pemimpin, parti dan gabungan politik disokong kerana memajukan Rakyat Malaysia dan memakmorkan Negara Malaysia. Tolak pemimpin, parti, dan gabungan politik RM 5 Billion kongsi 5 orang sekongkol pemimpin, dan RM 1 Juta kongsi 500,000 Rakyat.
Bakal menerajui forsa baru di persada politik Malaysia.
Ahli ada 3 setakat ini.
Dollah Yankee Di Blogspot
ISA - Ikut suka Aku
Zubli Zainordin - Satu Blog Total
Keahlian dan Penyertaan
Lain-lain Bloggers Sematlamat
Dialu-alukan.
Forumer setakat ini banyak membantu dari mengeluarkan informasi yang panas dan penting. Generasi yang mempunyai lingo tersendiri. Bila fokus mereka betul, Forumer boleh menjadi satu forsa penentu kemenangan pilihanraya dan terutama PRU 13.
Setakat ini seronok di TranungKite OnLine. Adakah yang lebih lagi. Sila beritahu.
Grouper lebih fokus. Bukan sesiapa boleh. Sekiranya boleh di atas jemputan dan ada approval moderation. Mereka sehati dan sekepala. Sama macam BLOW, namun mereka jauh lebih maju. Rencana lebih tersusun. Pengalaman dan pemikiran lebih matang.
Setakat ini Yahoo Group Perisik Rakyat.
Click to join PerisikRakyat
(rujuk blog Perisik Rakyat®, ummi anni, sya reformis, zulmamak dll ahli bloggers network).Semoga usaha kita diredhai Allah.
Bezanya Blower, Forumer, Grouper, ialah mereka bukan upahan. Tiada yang sponser supaya mengutara atau mengselatankan maklumat pemimpin, parti, gabungan yang baik kah atau tidak baik kah, diperjuang sebagai baik belaka. Kita, yang baik kita kata baik, dan yang tidak baik kita kata tidak baik. Jelas!
Jika kita jumpa mereka, merekapun mula dictate. Payah kita jadinya. Lebih molek mereka jumpa kita, dan kita diskus. Mereka faham kita dan kita faham mereka. Mereka ini bukan jenis yang salam, senyum, mesra sewaktu nak kan undi di pilihanraya sahaja. Kita kenalpasti mereka yang benar-benar terbaik dan mahu majukan Rakyat Malaysia dan makmorkan Negara Malaysia.
Bacaan pemimpin, parti, gabungan politik terkini menjelang PRU 13.
Ada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
Setakat ini Barisan Nasional tidak mendekati teknologi internet berkaitan Blogger, Forumer, dan Grouper. Mungkin 2013 atau 2113 baru mereka sedar.
Manakala Pakatan Rakyat telah menyedari dan memanfaatkan teknologi internet berkaitan Blogger, Forumer, dan Grouper. Sedikit sebanyak ini memberi sumbangan kepada kemenangan pilihanraya dan kemungkinan menang besar PRU 13.
Pemimpin, parti, dan gabungan Pakatan Rakyat masih rendah keprihatinnya mereka terhadap Blower, Forumer, dan Grouper seperti kita. Bila menang pilihanraya, ada ucapan *Terima Kasih kepada semua pihak*, kita rasa macam kita pun dihargai, sebenarnya tidak. Perasan! Lawakwakahkuikui.
Lazimnya Pakatan Rakyat masih mencari penyatuan identiti dan perjuangan, dan kita ada kekhuatiran bahawa gabungan ini sama juga akan memelihara ahli dan pemimpin masing-masing, justru lambat laun akan sama geraknya dan budayanya dengan Barisan Nasional.
Letih!
Kita mahukan pemimpin, parti, dan gabungan yang memanfaatkan Rakyat Malaysia. Bila begitu, kita yang tidak memihak, tidak berparti, tidak taksub pemimpin, turut kecapi nikmat kemajuan dan kemakmoran usaha mereka untuk semua. Orait Lah, kita sokong mereka menang, mereka sokong semua, dan kita pun disokong sama.
Sekiranya terjadi Barisan Nasional 45 dan Pakatan Rakyat 45. Ada 10 peratus lagi, the swingers, jika tidak pun the Kingmakers.
Setakat ini dahulu, tetap terbuka kepada perbincangan, komen, dan kritikan anda semua.
Sama-sama kita saksikan apa yang bakal terjadi seterusnya...