Gelombang Rakyat

BLOW - Dr Bahar & Nik Hassan Azmi - Media Dan Blog Mahukan Perhatian Pembaca Di Malaysia

Media Arus Perdana terus hidup. Menyentuh perihal akhbar, masing-masing ada pembaca setia dan pembaca baru serta pembaca am yang memilih untuk membeli, membeli dan membaca secara berkala.

Dalam pada itu penerbitan akhbar baru atau akhbar yang disegarkan semula turut bergerak.

Pun begitu, secara sedar atau tidak, blog turut mendapat perhatian pembaca semakin meningkat ramai.

Setiap satu ada kelebihan dan kelemahannya.

Pun begitu, pembaca sentiasa mencari kepuasan setelah membaca maklumat yang diperolehinya.

Media manakah, akhbar utama, akhbar popular, dan atau blog yang dapat memberikan kepuasan mendapat maklumat untuk dibaca oleh pembaca.

Users And Gratifications - George Gerbner.

Inilah sedikit di antara perbincangan saya dengan Dr Baharuddin Aziz.

Dr. Baharuddin Aziz
www.4bmalaysia.com
Dia dulu Pensyarah saya, kemudian kami sesama Pensyarah, dan sesama Pentadbir sebuah Kajian di ITM. Kini di atas inisiatifnya kami bekerjasama pula dalam cuba memahami pengundi dan pilihanraya. 6 Kekunci dipegangnya, hasil daripada kajian saintifik yang dilaksanakannya bersama para penyelidik di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM.

Dr Baharuddin Aziz
mpi.com.my
Tanpa disedari ramai, Dr Baharuddin Aziz sudah menjangkau pandangan ke masa depan, perihal kemunculan media baru yang akan muncul untuk mendapat perhatian pembaca atau pengguna teknologi ini di PRU 13. Melebihi akhabr dan blog.

Soalannya adakah akhabr yang mula menurun pembacanya, kelak akan mula menulis fantasi dan tidak lagi melaporkan kebenaran?

Sama-sama kita perhatikan sebagai kajian kes, apa yang dilaporkan Nik Hassan Azmi di Blognya Thinking Of Life,

Thinking Of Life

My Photo
NikHassanAzmi
...hubungi e-mail: nikmipl@gmail.com
View my complete profile

sebagai contoh...

30 January 2009

PAS Tidak Benarkan Wahid kosongkan DUN - Malaysiakini

Kuala Terengganu - PAS tidak benarkan sama sekali Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd. Abdul Wahid Endut mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam yang disandangnya sejak lima penggal lalu.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Dato’ Mustafa Ali berkata demikian dalam sidang media yang diadakan sempena majlis kenduri kesyukuran PAS di pejabat perhubungan negeri, Jalan Sultan Omar, disini semalam...

Bersambung di sini:

http://nikhassanazmi.blogspot.com/2009/01/pas-tidak-benarkan-wahid-kosongkan-dun.html


2 comments:

cakapaje said...

Salam bro,

Hehe...out of topic sikit ye: tak jumpa le jegala.com tu.

Gelombang Rakyat said...

Cakapaje

It is okay.

I sense you already know.

It was just an enhancement. Hehehe no big deal.

I know you can proceed, should you prefer.

Please do...