BLOW - Pertemuan Pasukan Pemikir XMC - Kongsi Kepakaran
Selalu saya terfikir peranan cerdik pandai lahiran Universiti dalam sesebuah negara untuk memanfaatkan Rakyat Malaysia.
Kenapa dari pemimpin negara dan negeri tiada usaha memanfaatkan pengetahuan, pengalaman, dan kepakaran mereka.
Semacam mahu melihat mereka dikumpulkan di suatu tempat untuk membentuk Agenda Bertindak Induk Dan Amalan Harian Utama khususnya memanfaatkan sumber dan guna tenaga tempatan untuk terajui pasaran dunia.
Jika ditunggu, jadilah penunggu, usaha tersebut hanyalah satu impian murni.
Saya fikir mulakan kecil dan lihat pertumbuhan dan perkembangan seterusnya.
Untuk menjadikan ini nyata, tanggungjawab ini dibahui Aidi Rosli Khalim. Dengan usahanya, dapatlah kami bertemu.
Aidi Rosli Khalim, Azman Suradi, Norshahrizal Nordin, Major (rtd) Ramli Ab Rahim, Syed Zul, dan Zubli Zainordin.
Satu pertemuan bermakna, satu permulaan yang baik. InsyaAllah kita saksikan hasilnya kelak.