Gelombang Rakyat

BLOW - Memahami Label Erdogan Dalam Kepemimpinan PAS

Jika saya ingin menyertai PAS - Parti Islam Se-Malaysia, kini saya yakin ini tidak akan menjadi nyata. Kerana ada di kalangan orang PAS sudah pun mula bertanya orang yang mengenali saya, "Siapa Zubli Zainordin? Dia kafir atau Islam".

Ini Lah masalah PAS - Parti Islam Se-Malaysia di zaman dahulu. Power nya mengkafirkan orang.

Kalau 27 juta orang kata saya kafir, sedangkan Allah terima saya, bagaimana?

Begitu juga yang bertanya itu, jika seluruh ahli PAS akui dan iktiraf dia Islam, Muslim...jika Allah tak akui, bagaimana?

Sudah Lah itu.

PAS - Parti Islam Se-Malaysia, jarang mahu diterima dahulu oleh orang yang tidak seuniform mereka. Kerana kehebatannya mengkafirkan orang. Sedangkan ini bukan penentuan manusia. Bukan juga penentuan manusia dalam PAS. Kita kembalikannya kepada Allah.

Kepemimpinan ulamak dalam PAS - Parti Islam Se-Malaysia, penting. Tiada dasar yang lebih kuat dari ini dalam sesebuah parti. Kita telah saksikannya sebagai model kerajaan di Negeri Kelantan.

Namun begitu, hakikatnya PAS - Parti Islam Se-Malaysia telah maju setapak lagi, dengan membuka ruang dan peluang kepada para pemimpin selain pendidikan pondok dan institusi pendidikan murni. Islam. Mereka molek bergabung, dua aliran disepadukan dalam kesatuan Islam.

Zaman telah berubah. Landskap politik di Malaysia sudah berlainan Yusuf Rawa.

Dengan kemunculan Nik Aziz Nik Mat, maka nikmat kepemimpinan ulamak tidak molek hanya dikecapi oleh Rakyat Malaysia di Kelantan sahaja.

Di negeri lain, ada yang berkata, kami nak gak.

Allah telah amanahkan Kedah dan Perak selepas PRU 12.

Negeri lain?

Sebab itulah, PAS - Parti Islam SeMalaysia molek kongsikan para pemimpinnya di setiap negeri di seluruh negara.

Saya baru nak berasa syok dengan PAS - Parti Islam SeMalaysia, kemudian apa hal pulak dengan label Erdogan ini?

Label begini menakutkan sebahagian Rakyat Malaysia yang mahu menyertai PAS.

Suka melabel itulah ujian kepemimpinan. Dalam PAS pun. Bila pemimpin ini diakui ramai sebagai Muslim. Ewah! Dia pulak bawak cap, untuk melabel orang. Cukup Lah Pak Lawak dalam parti lain. PAS harus terus kekal murni. Terutama amalan melabel orang lain.

Maka kelak kita akan lihat pemimpin yang baik, bila kena cap Erdogan sahaja, habislah dia. Bukan senang ke sana kemari bercakap perihal perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat sementara memikul label Erdogan ini.

Semoga, pemimpin PAS pusat melaksanakan kesatuan kepemimpinan PAS seluruh negara, supaya mampu melakukan penyatuan Rakyat Malaysia seluruhnya. Kita lenyapkan label ini semua, tiada label baru, maka yang ada ialah label PAS sahaja.

Jika 10 lagi label dikeluarkan sebagai cap, maka bersepai 10 Lah PAS di masa akan datang. Jika kepemimpinan PAS tidak dapat menyatukan dalaman PAS, bagaimana mungkin nak bersatu terus dalam Pakatan Rakyat, untuk menyatukan seluruh Rakyat Malaysia, sehingga 50 tahun akan datang dan seterusnya?

Renungkan!

0 comments: