Gelombang Rakyat

BLOW - Istilah Katak Lompat Tak Sesuai Ditukarkan Apa..?

Kita sedang menyaksikan situasi pemimpin baik tidak dapat bersekongkol lagi bersama pemimpin tidak baik, parti dan gabungan yang memenuhi kepentingan kelompok tertentu, tanpa lagi memanfaatkan Rakyat dan Negara Malaysia.

Bukan mudah.

Namun bila pemimpin yang baik mencari keredhaan-Nya, dan nampak perjuangan Pakatan Rakyat maka dia dan mereka terdorong untuk samakan perjuangan peribadi dengan perjuangan parti dan pakatan.

Mereka keluar parti dan menyertai pilihannya sama ada PAS - Parti Islam Se-Malaysia, PKR - Parti KeADILan Rakyat, DAP - Democratic Action Parti.

Seperti telah dijangka setelah menyoal, setelah memujuk, tidak juga berjaya, pemimpin yang baik ini ditempelak.

Di antara tempelakan yang biasa digunakan ialah istilah Lompat Parti. Diibaratkan manusia ini seperti Katak.

Walhal istilah ini tidak tepat.

Ada yang mencadangkan istilah kembali, sedangkan pemimpin yang baik ini bukan asalnya parti yang baru disertainya. Tidak tepat juga.

Istilah seringkali digunakan para pemimpin Pakatan Rakyat ialah, di antaranya:

* Tukar
* Ubah

Contohnya -

* Wira Rakyat Nasarudin Hashim telah tukar keahlian parti dari UMNO ke Parti KeADILan Rakyat supaya sama-sama berperanan ke arah perubahan yang memanfaatkan Rakyat dan Negara Malaysia.

* Wira Rakyat Nasarudin Hashim telah ubah diri dari UMNO ke Parti KeADILan Rakyat supaya sama-sama berperanan ke arah perubahan yang memanfaatkan Rakyat dan Negara Malaysia.

Molek kita buka lagi untuk perbincangan...

8 comments:

Harimau-Menaip said...

Salam Tuan;

Dari dahulu lagi saya tidak berapa gemar istilah-istilah selain "Hijrah".Itupun jika Tuan mempunyai keyakinan bahawa per"ubah"an atau per"tukar"an itu dari jahat kepada baik.

Jika tidak, gunakanlah istilah apapun secara bebas.

ISA said...

Saya sokong pendapat Harimau, Hijrah adalah perkatan yang sopan dan sesuai.

yang ini tak boleh ketawa, kena serius....

Gelombang Rakyat said...

Haraimau-Menaip

Saya setuju

Gelombang Rakyat said...

ISA

Kita sama dalam hal ini.

InsyaAllah nanti saya usulkan...

Anonymous said...

salam sdr. zubli,
nampak seperti proposal yg tuan cadangkan kpd saya itu sesuatu yg baik untuk di fikirkan dan molek kalau kita dapat bekerjasama.
it's ok, i've got your number and i'll be in KL maybe mid-february, jadi mungkin kita boleh duduk sembang-sembang, pekena teh ka atau kapucino.

Rozlan Wan Teh
+6.012.4036165
wt_rozlan@yahoo.com

Anonymous said...

sama sama hijrah

Mr Joker said...

Salam...

Saya suka pada penggunaan perkataan Hijrah untuk sesuatu seperti C kepada A manakala "beralih" untuk sesuatu seperti B kepada A manakala "berubah" untuk sesuatau seperti A kepada C.

ikutlah pemahaman masing-masing.

sebenarnya yang melompat itu bukan pelaku, tetapi yang memerhati...

contoh :

presiden UMNO ter"lompat" setelah mendapat tahu ADUN Bota berhijrah dari UMNO kepada Parti KeADILan Rakyat.

ahli-ahli UMNO ter"lompat" sakan kerana tidak menyangka ada pemimpinnya yang mengambil tindakan berhijrah kepada perjuangan Pakatan Rakyat.

Anonymous said...

Dear Zubli,

Salam semua.Mommy pun setuju sangat.
Hijrah.....
Tenang jiwa dan otak mendengar bunyinya.