Gelombang Rakyat

BLOW - Kenyataan Najib - Tidak Terjejas - Cukup Untuk Jejas UMNO & BN

Terkecuali sedikit insiden dan ada beberapa tokoh, pada keseluruhannya PAS - Parti Islam Se-Malaysia sebagai sebuah parti mempunyai sistem organisasi Lebah.

Banyak insiden dan ramai tokoh, pada keseluruhannya UMN ialah parti dengan sistem Anai-anai.

Senang sahaja.

Mari kita letak Mohd Najib Abdul Razak sebagai pilot sebuah kapalterbang.

Ke manakah kapalterbang ini hendak dihala dan destinasi dituju?

Mohd Najib Abdul Razak akan hala ke arah tuju sebagaimana telah dipandu oleh Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Cukup kah minyak dalam tangki kapalterbang di udara ini?

Mohd Najib Abdul Razak yakin minyak dalam tangki kapalterbang ini mencukupi dan tidak terjejas banyak atau sikit minyak di darat.

Kapalterbang ini, setiap skru penting. Pilot tidak boleh kata, hanya satu skru sahaja tercabut, kapalterbang masih intact. Apatah lagi satu demi satu skru tercabut. Penumpang harus berhati-hati dengan sikap dan keyakinan pilot seperti ini.

Kapalterbang ini satu demi satu bahagiannya tercabut dan gugur.

Mohd Najib Abdul Razak tidak melihat kenapa bahagian itu tercabut dan gugur. Apa pula kesannya kepada kapalterbang ini. Mohd Najib Abdul Razak hanya melihat bahawa kapalterbang masih tidak terjejas.

Sila baca pos terkini Radenjowo di Blog notoumno:

Jan 28, 2009

BN Perak tak terjejas - Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan semangat wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Perak masih tinggi dan tidak terjejas dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sambungan di sini:

http://notoumno.blogspot.com/2009/01/bn-perak-tak-terjejas-najib.html
Tidak tahu Lah sama ada Mohd Najib Abdul Razak tahu atau tidak, namun ramai di antara kita sudah tahu UMN dan BN sedang menuju kemusnahan...

Nafi Lah sepuas hati. Hukum (Law = Sunnatullah) kepemimpinan begitu.

BLOW di Satu Blog Total turut memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Tumpuan lebih sedikit kepada membantu PAS - Parti Islam Se-Malaysia, ini satu-satunya yang meletakkan Islam dipuncak.

Nanti, kita didik pemimpin DAP, sebab Lim Guan Eng macam faham banyak. Pemimpin DAP terdahulu mungkin masih berpandangan PAS era "ngeri". Kini PAS sudah semakin maju. Golongan semuda Lim Guang Eng akan mudah terima untuk sepakat dan sama berjuang dengan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Jadi, jika sependapat dengan Abdul Hadi Awang bahawa Abdullah Ahmad Badawi hendak Lah dibiarkan terus kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia, BLOW di Satu Blog Total tidak setuju.

Sebab masalah paling besar di Malaysia sejak 2003 hingga kini ialah Abdullah Ahmad Badawi.

Jika rakan ingin pemimpin UMN dan BN ialah seseorang yang diasbabkan kepemimpinnya maka Pakatan Rakyat bakal mengangkat Perdana Menteri Baru, membentuk kerajaan baru, selepas PRU 13, ialah Mohd Najib Abdul Razak.

Biarkan Abdullah Ahmad Badawi bersara awal. Hahahahaha, Mohd Najib Abdul Razak pengganti. InsyaAllah, dijangkakan tempoh Perdana Menteri Malaysia paling pendek.

Sila baca pos versi Nobisha...

Sunday, January 25, 2009

POLITIK KAPALTERBANG DALAM UMNO

Sembang-sembang dengan seorang teman baru-baru ini. Sambil pekena teh tarik, dia bercerita...

Sambungan di sini:

http://nobisha.blogspot.com/2009/01/politik-kapalterbang-dalam-umno.html


Maka cepat Lah kemenangan Rakyat Malaysia dicapai melalui Pakatan Rakyat terutama PAS.

0 comments: