Gelombang Rakyat

BLOW - Kematian Kugan Ananthan - 11 Anggota Dipindah Untuk Cepatkan Siasatan...Bhg 11

Malaysiakini melaporkan...

kugan ananthan funeral 230109


11 anggota polis dipindah ke ibupejabat
Jan 24, 09 3:15pm
Sebelas anggota polis berpangkat konstabel dan lans koperal dari balai polis Subang Taipan - di mana seoang pemuda A Kugan meninggal dunia dalam tahanan polis - telah dipindahkan serta merta semalam.

Menurut akhbar New Straits Times, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kesemua mereka kini ditempatkan melakukan kerja-kerja pejabat di ibupejabat polis kontinjen di Petaling Jaya.

"Mereka dipindahkan untuk mempercepatkan siasatan. Kita menjangka ia dapat disiapkan dalam masa tiga hari.

"Pihak polis masih merakam dan mengumpul kenyataan. Sebaik sahaja siasatan siap, kami akan memutuskan tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, pasukan siasatan khas Bukit Aman telah mula merekod keterangan anggota polis yang bertugas ketika A. Kugan mati semasa dalam tahanan polis.

Pasukan tersebut yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Shatar Abdul Jalil, mula merekod keterangan daripada 11 anggota polis yang terbabit mulai hari Rabu.

"Mereka (polis) ini berusia 25 hingga 30 tahun dan dari daerah Subang Jaya serta berpangkat konstabel hingga lans koperal. Pasukan khas mengambil keterangan mereka di pelbagai lokasi termasuk di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Sama-sama kita tunggu hasil siasatan ini.

InsyaAllah, bersambung...

0 comments: