Gelombang Rakyat

BLOW - Kematian Kugan Ananthan - Murugiah Pertimbang Saman Ketua Polis Selangor...Bhg 13

mSTAR OnLine melaporkan...

T Murugiah: AG classified Kugan's ...
www.sun2surf.com

kugan ananthan funeral 230109
Mutakhir »
'Ceroboh' bilik mayat: Murugiah mahu saman Ketua Polis Selangor

PETALING JAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah sedang mempertimbangkan untuk menyaman Ketua Polis Selangor kerana mengeluarkan kenyataan bersifat memfitnah beliau berhubung isu kematian tahanan polis awal minggu ini.

Bersambung di sini:

http://www1.mstar.com.my/

Sama-sama kita saksikan apa yang bakal berlaku seterusnya...

BLOW - Kematian Kugan Ananthan - Pemimpin MIC & MCA Mula Bersuara Bhg 12

Malaysiakini melaporkan...

kugan ananthan funeral 230109

Palanivel: Tubuh jawatankuasa siasatan bebas
Jan 24, 09 7:55pm

MIC mahu jawatankuasa bebas yang dianggotai tokoh terkemuka menyiasat kematian A Kugan semasa dalam tahanan polis, manakala MCA mahu bedah siasat kali kedua dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian pemuda itu.

Manakala ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Wong Nai Chee dalam kenyataan berkata bedah siasat kali kedua patut dilakukan secara profesional untuk mengenal pasti punca sebenar kematian itu.


Jika pihak tertentu kata nak telus, tetapi tindakan ketelusan tidak dilakukan, bagaimana Rakyat Malaysia nak yakin dan percaya akan ketelusan yang dikatakan itu?

BLOW - Kematian Kugan Ananthan - 11 Anggota Dipindah Untuk Cepatkan Siasatan...Bhg 11

Malaysiakini melaporkan...

kugan ananthan funeral 230109


11 anggota polis dipindah ke ibupejabat
Jan 24, 09 3:15pm
Sebelas anggota polis berpangkat konstabel dan lans koperal dari balai polis Subang Taipan - di mana seoang pemuda A Kugan meninggal dunia dalam tahanan polis - telah dipindahkan serta merta semalam.

Menurut akhbar New Straits Times, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kesemua mereka kini ditempatkan melakukan kerja-kerja pejabat di ibupejabat polis kontinjen di Petaling Jaya.

"Mereka dipindahkan untuk mempercepatkan siasatan. Kita menjangka ia dapat disiapkan dalam masa tiga hari.

"Pihak polis masih merakam dan mengumpul kenyataan. Sebaik sahaja siasatan siap, kami akan memutuskan tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, pasukan siasatan khas Bukit Aman telah mula merekod keterangan anggota polis yang bertugas ketika A. Kugan mati semasa dalam tahanan polis.

Pasukan tersebut yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Shatar Abdul Jalil, mula merekod keterangan daripada 11 anggota polis yang terbabit mulai hari Rabu.

"Mereka (polis) ini berusia 25 hingga 30 tahun dan dari daerah Subang Jaya serta berpangkat konstabel hingga lans koperal. Pasukan khas mengambil keterangan mereka di pelbagai lokasi termasuk di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Sama-sama kita tunggu hasil siasatan ini.

InsyaAllah, bersambung...

BLOW - Kematian Kugan Ananthan - Respon Kepada GOMO...Bhg 10

Ini komen GOMO dan Respons saya.

GOMO kata...

AKU KESIAN APABILA MELIHAT KEMATIAN YANG SEBEGINI TERJADI SEMASA DI DALAM TAHANAN POLIS!!!

NAMUN AKU TIDAK SESEKALI AKAN MENYOKONG MENUNTUT BELA ATAS KEMATIAN SI MATI!!!

PADA AKU SI MATI INI ADALAH PENJENAYAH TEGAR!!!

AKU TIDAK NAMPAK KEJADIAN INI ADALAH DISEBABKAN OLEH PIHAK POLIS!!
MUNGKIN SIMATI TELAH DIPUKUL OLEH TAHANAN LAIN???
ATAUPUN SI MATI TELAH MENYERANG POLIS MENGGUNAKAN KEKERASAN.DAN POLIS MENGAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA!!!

NAMUN KECEDERAAN ITU BUKAN LAH PUNCA IANYA MATI!!!
BANYAK PEKARA YANG MELIBATKAN JENAYAH TERANCANG YANG KITA TIDAK PASTI!!!
DAN MAKLUM BAHAWA SETIAP MEREKA INI DI DALANGI OLEH ORANG TERTENTU. DAN MEREKA TIDAK DENGAN SEWENANG-WENANGNYA MEMBERIKAN MAKLUMAT PADA POLIS AKAN DALANG ITU.

PUJIAN ATAS PIHAK POLIS KERANA DAPAT MEMBANTERAS PENJENAYAH YANG SEMACAM INI. BUKAN SIKIT DIA REMBAT KERETA...BANYAK TU...

BIASANYA KALAU DAH BANYAK REMBAT KERETA MAKA PENJENAYAH INI ADA MENGGUNAKAN SENJATA API!!!

MEREKA SANGGUP MEMBUNUH WALAU APA CARA SEKALIPUN.

PADA AKU POLIS BETUL!!!

DARI POLIS MATI BAIK PENJENAYAH MATI DULU!!!

FIKIR-FIKIR KANLAH....


Zubli Zainordin kata...

GOMO,

Hahahaha...

Ingat mesej filem

Semerah Padi.

Blower Satu Blog Total dan Laporan...



Bukan menyalahkan sesiapa.

Bukan kerana bangsanya, agamanya, atau adat budayanya. Cuma dia hamba-Nya.

Berperanan supaya yang haq tegak dan yang bathil tenggelam.

Bila kes ini terjadi, memerhatikan bagaimana para pemimpin politik berperanan dan adakah peranan itu menegakkan kebenaran.