BLOW - Pakatan Rakyat - Penyusunan Parti dan Kepemimpinan Pelapis
Jika kita perhatikan UMN dan Barisan Nasional sudah kepupusan pemimpin dan kepemimpinannya tidak lagi mampu memajukan Rakyat dan memakmorkan Negara Malaysia.
Dalam UMN ramai pula nampak bagaimana pemimpin yang dirasakan tidak molek lagi memimpin namun masih kekal berkuasa dalam UMN. Mahathir Mohamad bakal kembali sebagai ahli UMN sebaiknya memberitahu kita semua, perihal para pemimpin baris ketiga sampai ke bawah, selepas Abdullah Ahmad Badawi, dan Mohd Najib Abdul Razak.
Dari jumlah markah penuh 100 poin, dari aspek kepemimpinan dalam UMN, saya beri 50 poin pada Tengku Razaleigh Hamzah, dan 30 poin kepada Muhyiddin Yassin. Selainnya 10 poin. Abdullah Ahmad Badawi 5 poin. Mohd Najib Abdul Razak 4 poin.
Pada masakini tumpuan kita ialah mempastikan Pakatan Rakyat terus-menerus menang. Dari PRU 12, P 44 dan P 36, sudah menjadi nyata.
Relakan Anwar Ibrahim tumpu kepada perjalanan kita ke PutraJaya. Perdana Menteri baru, kerajaan baru. Sejak dulu saya yakin tarikh seperti 16 September 2008 tidak penting, apa yang penting digarisan penamat 10 meter dari 100 meter, semuanya betul, maka meluru sahaja pun sampai dan menang.
Dalam PKR - Parti KeADILan Rakyat, mereka ada pemimpin jauh lebih hebat daripada UMN. Pemimpin ini semua saya beri 60. Anwar Ibrahim 90 poin.
Walaupun cantik berbanding UMN, tetapi PKR - Parti KeADILan Rakyat mempunyai jurang kepemimpinan di antara Anwar Ibrahim dan pemimpin yang yang segan untuk menyerlah. Nanti kita fikirkan siapa para pelapis dalam parti ini.
DAP - Democratic Action Party begitu juga. Nama yang tersohor anggaran 3 orang sahaja. Pemimpin para pelapisnya tidak jelas menyerlah.
Berlainan sekali dengan PAS - Parti Islam SeMalaysia. Di puncak Nik Aziz Nik Mat. Kemudian Abdul Hadi Awang. Dari Kelantan, Kedah, Perak, Selangor, dan Terengganu punya lah ramai pemimpin yang saya berikan 70 poin.
BLOW di Satu Blog Total menyarankan tokoh PAS seperti Husam Musa, Khalid Samad, MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut, Salahudin Ayub segera meningkat. Ramai lagi, saya belum cham nama mereka.
Ini penting untuk masa depan PAS, juga penting kepada Pakatan Rakyat kerana jurang kepemimpinan yang ketara dalam PKR - Parti KeADILan Rakyat dan DAP - Democratic Action Party.
Kita sedang bercakap perihal kesinambungan kepemimpinan. Tidak lebih dari itu, dan niat tetap supaya Pakatan Rakyat mantap, harmoni, dan bersepadu.
PAS Untuk Semua, betul. Dalam sesebuah negeri PAS memerentah, Muslim bersyukur, Melayu bersyukur, dan selainnya turut seronok berlindung di bawah payung pemerentahan nur Islam.
Bayangkan...