Gelombang Rakyat

BLOW - Kerajaan PAS Kelantan - Wujudkan Kerusi Kepemimpinan Nik Aziz Nik Mat..!

Serambi Mekah - saya fahami sebagai Kepemimpinan Ulamak yang meneruskan risalah dari para Anbiya kepada Nabi Muhammad, dan seterusnya para Sahabah.

Bahawa dasar kepemimpinan PAS - Parti Islam Se-Malaysia adalah susur-galur pejuangan memurnikan Islam dari Mekah hijrah ke Madinah dan kembalinya kepemimpinan Rasulullah SAW dianugerahkan kemenangan di Mekah.

Kelantan turut menang dan dikembalikan kepada Rakyat Malaysia.

Kemudian PAS terus menang di Kelatan berterusan, sebagai kemenangan Rakyat Malaysia.

Selagi ada pertalian Mekah ini dengan kepemimpinan Ulamak di Kelantan, maka Islam terus tegak di bumi Kelantan. Kita fikirkan bagaimana tegak Islam ini boleh melebar ke seluruh Malaysia.

Dari aspek amalan, sememangnya diakui kepemimpinan Ulamak di Kelantan, adalah pemurnian Islam, sehingga murninya itu menjadi bahang kepanasan para pemimpin UMN khususnya.

Ada di kalangan mereka mewakili UMN mahu supaya PAS menggugurkan nama Islam pada nama parti ini. Syukurlah ke hadrat-Nya, sehingga kini, walaupun ejaannya PAS, namun tetap di pendaftaran bahawa parti ini ialah Parti Islam Se-Malaysia.

Di Malaysia, telah dibangkitkan dari UMN pemimpin dan kepemimpinan tersohor. Mahathir Mohamad.

Dari kalangan pemimpin mantan UMN pula dikeluarkan lalu membawa perubahan baru, ialah kepemimpinan tersohor, Parti KeADILan Rakyat yakni Anwar Ibrahim.

Kedua-duanya kini di luar UMN.

UMN sudah ketiadaan pemimpin tersohor. Tidor!

Sistem dalam UMN ialah pemimpin berpotensi dicantas awal. Bijak pandai tidak dibenarkan menerajui parti. Akhirnya yang tinggal....hahahahahaha.

Ya mereka, pemimpin yang ada sekarang. Ramainya Pak Lawak sahaja.

Seorang lagi di luar UMN pemimpin tersohor ialah Nik Aziz Nik Mat.



Tidak ramai yang dapat nampak kerana kehebatannya dalam PAS terbukti hanya di Kelantan.

Pun begitu, PAS - Parti Islam Se-Malaysia masih mampu meletakkan seorang lagi semacam Nik Aziz Nik Mat di kerusi nombor satu kerajaan pusat. Perdana Menteri Malaysia.

Caranya ialah mewujudkan Kerusi Kepemimpinan Nik Aziz Nik Mat.

Melalui Kerusi Kepemimpinan Nik Aziz Nik Mat, kajian mendalam dan menyeluruh pemimpin tersohor PAS ini. Dari kajian itu, 10 Ulamak baris kedua, melalui pendidikan supaya mampu menjadi Perdana Menteri Malaysia, InsyaAllah, kelak.

Akan tiba masanya kelak Rakyat Malaysia melihat tiada lagi pemimpin terbaik, sedangkan usia Nik Aziz Nik Mat seperti sekarang, maka 10 Ulamak ini bangkit supaya terus meyakinkan bahawa dalam PAS - Parti Islam SeMalaysia, tetap ada bulatan kepemimpinan untuk 50 tahun akan datang atau lebih dari itu.

Kerajaan PAS Kelantan dan Pengwujudan Kerusi Kepemimpinan Nik Aziz Nik Mat..

Foto: http://nikhassanazmi.blogspot.com/

Kita usahakan...

0 comments: