BLOW - Kita Dan Pemimpin Forsa Baru PRU 13
Malaysia masih jauh lagi dari aspek pencapaian di mana Bloggawan dan Bloggawanita menyusun kedudukan sewajarnya.
Barisan Nasional masih jauh ketinggalan dalam memanfaatkan teknologi dan industri ini.
Pakatan Rakyat jauh lebih maju memanfaatkan teknologi dan industri ini.
Parti politik seperti PKR - Parti KeADILan Rakyat, PAS - Parti Islam Se-Malaysia, dan DAP - Democratic Action Party, boleh dikatakan pemimpinnya mempunyai Blog, dan sudah ada pasukan Blogger yang dinamik.
Resam ahli politik, kepemimpinannya amat perlu sokongan dari aspek kuantiti dan baru Lah kualiti.
Ini boleh difahami, 1 undi pun membolehkan kemenangan pemimpin di pilihanraya.
Namun, kita pernah dengar dalam kedudukan 45 - 45, di antara dua calon bertanding, maka yang disebut 10 peratus pengundi atas pagar itu sebagai penentu.
Namun bila penentu sudah menentu, pemimpin pun menang, lazimnya pemimpin yang tidak peduli dan tidak prihatin, bukaannya ialah kepada 45 peratus penyokong tegal itu. Sedangkan ketertutupan ialah pada 55 peratus. Ini Lah kelemahan pemimpin sedangkan 100 peratus itu ialah Rakyat Malaysia.
Dari gambaran itu jelas sekali sekumpulan Bloggawan dan Bloggawanita, bakal bermenung di manakah kepedulian dan keprihatinan pemimpin menang tadi?
Jika peratusan mereka besar, bakal berlaku sekejap BN menang, sekejap lain PR menang, dan tidak ada kesinambungan pemerentahan.
Bloggawan dan Bloggawanita ini, manusia seperti orang lain juga. Barangkali ada yang seperti biasa menyiapkan kertas cadangan dan diusul kepada pemimpin yang menang. Belum tentu kertas cadangan itu diterjemah menjadi hasil menang-menang. Kecuali pemimpin yang berjiwa Rakyat.
Sukar mencari pemimpin begitu. Kekuatan *Ta*, ramai yang tewas. Akan berulang RM 5 Billion dikongsi 5 orang, dan RM 1 Juta dikongsi 500,000 orang.
Lawakwakakakui!
Memang begitu lazimnya, bila pemimpin politik masih bergantung kepada sumber kewangan pihak yang masih berkuasa kerana wangnya. Pemimpin negara masih mengharapkan pelabur asing di negara ini.
Maka, Bloggawan dan Bloggawanita tidak berparti, tidak memihak, hanya mementingkan kemajuan Rakyat dan kemakmoran negara, molek mengangkat diri mereka ke tahap kepemimpinan baru, dan menjadi forsa.
May The Force Be With Us.
Forsa ini boleh memberi kesan melalui pengaruh satuan, Unity in Diversity, berperanan dalam pilihanraya, pilihanraya kecil, dan pilihanraya umum. Terutama PRU 13.
Ini penting kerana, kuasa Rakyat ialah kuasa penentu pemimpin, dan pemimpin yang terbaik itu kelak akan menentukan 100 peratus Rakyat Malaysia dimajukan dan seluruh Malaysia dimakmorkan.
Jika anda Bloggawan dan Bloggawanita tersebut, maka sertai BLOW!