BLOW - Pasca P 36 Kempen Pemilihan UMNO Yang Terhenti Disambung Perang Sesama Pemimpin..!
P 36 Kuala Terengganu telah mengajak para pemimpin UMNO menghentikan seketika kempen pemilihan UMNO di Perhimpunan Agong 9 Mac 2009.
Orang UMNO sendiri melaporkan kempen tidak terhenti secara total. Tetap dan terus berlangsung secara senyap di beberapa hotel di Kuala Terengganu.
Rehat kepenatan barangkali, senyap sahaja. Sekadar cakap-cakap respons kepada kekalahan Barisan Nasional di Kuala Terengganu.
Kempen yang tidak terhenti secara total, kini disambung semula. Di gelanggang khabarnya sudah ada dua pemimpin dari dua kem sudah memulakan perang sesama mereka.
Jika berbalas-balasan, mungkin pejuang dan pemimpin UMNO sejak 1946 akan menitiskan air mata, orang yang sayangkan UMNO akan kecewa berpanjangan, kerana perang kali ini tiada dikawal.
Kehancuran dalaman!
Sementara penyudah dan pencepat datang juga dari luar UMNO.
Untuk mendapat visual grafik, saksikan saat-sat akhir Titanic.
Sama ada UMNO terjadi begitu, kini terletak kepada betapa ganas pemimpin UMNO berperang ke arah mengekalkan kuasa sendiri keluarga dan rakan.
InsyaAllah, sama-sama kita saksikan apa yang berlaku seterusnya...