BLOW - Lawak Pemimpin UMNO - Kempen Mesra
Kempen Pemimpin UMNO Mesra Rakyat
Telefon Dari Rumah Ke Rumah
Ketua: Hello! Ini YB Pemimpin UMNO...Encik Deraman Kuyob ke itu?
Suara: Bukan, ini anak lelaki dia.
Ketua: Boleh YB Pemimpin UMNO ini bercakap dengan Encik Deraman Kuyob?
Suara: Tak boleh!
Ketua: Kenapa pulak tak boleh, ini kempen UMNO Mesra Rakyat...
Suara: Abah saya pergi kerja, dia ada kat pejabatnya.
Ketua: Oh begitu. Emak ada? Siapa nama dia...?
Suara: Nama emak Rokyah Satiman. Dia pergi pasar, sejam lagi dia balik.
Ketua: Awak belajar kat Universiti mana?
Suara: Bukan belajar kat universiti. Saya sekolah baru Tahun 4.
Ketua: Ooo gitu. Abang ke, Kakak ke, ada tidak?
Suara: Abang memang tak ada. Kakak ada!
Ketua: Cantik! Panggil dia sekejap. Kata YB Pemimpin UMNO mesra Rakyat nak cakap...
10 minit kemudian.
Suara: Dia tak nak cakap.
Ketua: Kenapa pulak, ini kempen UMNO mesra Rakyat, kenapa dia tak nak cakap dengan YB Pemimpin UMNO ini..?
Suara: Dia sedang main masak-masak dengan kawan sekolah dia. Dia tak nak cakap...
Ketua: Kakak sekolah tahun berapa?
Suara: Tahun 5.
Ketua: Tak ada orang dewasa kat rumah awak?
Suara:
Ketua: Dia orang berdua ini boleh mengundi dalam pilihanraya dak?
Suara: Tak tahu. Bibik itu dari Indonesia. Almayen dari Bangladesh. Tapi kalau Hari Raya, mereka berdua ikut keluarga saya balik kampung sama-sama kat Kuantan.
...
Adeh!