BLOW - Sebaiknya Pak Lah & Najib Sama-sama Pakat Bersara Awal..!
Abdullah Ahmad Badawi
Pemimpin yang buat masalah kepada parti bukan Lah pemimpin terbaik untuk menyelesaikan parti melalui pemuliharaan dan pemeliharaan.
Selepas ini mana negara pulak Abdullah Ahmad Badawi akan lawati.
Mohd Najib Abdul Razak
Pemimpin yang sama buat dan tengok pemimpin atasan buat masalah kepada parti bukan Lah pemimpin terbaik untuk mengganti sedangkan sejak PRU 12 tidak pun berusaha untuk pemuliharaan dan pemeliharaan parti.
Sebaiknya sekarang Abdullah Ahmad Badawi berpakat dengan Mohd Najib Abdul Razak sama-sama bersara awal.
Semakin kepemimpinan mereka berdua teruk dan buruk, semakin UMNO parah menanti rebah, dan Barisan Nasional tidak relevan lagi, serta pelbagai kebaikan tidak nampak dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional, semakin pula meningkat tekanan tidak konfiden Rakyat Malaysia terhadap kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak.
Elok Lah Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak undur sekaligus.
Jika benar Mohd Najib Abdul Razak nak dengar pandangan Rakyat Malaysia, ini Lah pandangannya.
Mohd Najib Abdul Razak undur, bersara awal bersama Abdullah Ahmad Badawi.
Ini membolehkan pemimpin Pakatan Rakyat menerajui kerajaan pusat melalui platform yang lebih menyakinkan.