Gelombang Rakyat

BLOW - Mahathir & Nik Aziz Melihat Masa Depan UMNO

Hasil dari diskusi Rakan Blogger dan Grouper di:

Perisik Rakyat Yahoo! Group

Click to join PerisikRakyat

(rujuk blog Perisik Rakyat®, ummi anni, sya reformis, zulmamak dll ahli bloggers network)
Mahathir Mohamad
news.bbc.co.uk
Berkali-kali Mahathir Mohamad mengingatkan apa yang akan terjadi kepada UMN, jika pemimpin dan ahli parti ini tidak menjaga UMN.
Molek dibaca:
Terkini, Nik Aziz Nik Mat sudah nampak.

Pos terkini dari Blog Ajijol

My Photo
Azizul Nizam
Ipoh, Perak, Malaysia
Hanya insan biasa yang tak punya apa-apa. Cuma akal dikepala dan iman didada.
View my complete profile

Friday, January 30, 2009

Nik Aziz ibaratkan Umno pokok hampir mati

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perkembangan dalam Umno sekarang menunjukkan parti itu hilang daya tarikan sehingga ada pemimpinnya yang berpaling tadah.

Kata beliau, kalau diibaratkan sebatang pokok, Umno kini sebuah parti yang hampir mati dan akan gugur sendiri dahannya satu persatu sebelum menjadi pokok mati.

Sambungan di sini:

http://ajijoi.blogspot.com/2009/01/nik-aziz-ibaratkan-umno-pokok-hampir.html
Ramai yang tidak percaya. Ramai yang tidak sedar. Ada juga yang tidak sangka. Bahawa UMNO yang sudah tidak ada Wow, tinggal UMN sahaja. Seterusnya, UMNO tiada lagi.

Sejak 2003 dan terutama selepas PRU 12, UMN sebuah parti yang telah rosak, dirosakkan oleh pemimpinnya sendiri. Asalnya retak dan bertambah meretak dan akan bersepai. Dari dalam UMN sudah busuk. Rasuah atau politik wang, lebih banyak aduan daripada penyelesaian. Ahli terutama pengadu sudah tidak yakin lagi kepada Lembaga Disiplin UMN. Siapakah yang dapat terima bahawa sayap UMN Putera, Puteri, Pemuda, dan Wanita dibubarkan. Namun itu Lah jalan terbaik yang ada. Langkah lebih terbaik ialah membubarkan UMNO.

Kesian pengasasnya. Kesian kepada mereka yang sayangkan UMN.

Tetapi pemimpin tertinggi UMN sendiri tidak kesian kepada parti ini. UMN sudah tiada lagi, telah dibubarkan...bakal menjadi kenyataan sedikit masa lagi.

Soalannya ialah, bagaimana bila UMN sudah tiada.

Semua pihak perlu bersiap sedia.

Bila UMN sudah tiada. Bakal muncul satu parti politik baru - Melayu.

Kemudian satu parti politik tambahan, memperjuangkan Melayu dan Islam.

Dalam parti pertama inilah platform politik ketuanan Melayu yang menjaga segala hak keistimewaan orang Melayu.

Sementara itu, satu lagi platform politik Melayu yang mementingkan Islam.

Di dalam parti komponen Barisan Nasional, orang Melayu tiada banyak pilihan. Mungkin ada yang berminat menyertai Parti Gerakan Rakyat Malaysia. Namun bilangannya sedikit.

Selainnya, sebahagian Melayu tidak lagi mahu duduk dalam budaya pecahan atau serpihan UMN, akan memilih PAS - Parti Islam Se-Malaysia. Sebahagian lagi menyertai PKR - Parti KeADILan Rakyat, dan yakin untuk sama berjuang dengan Anwar Ibrahim. Sebahagian lagi akan meramaikan jumlah Melayu dalam DAP - Democratic Action Party.

Rakyat Malaysia akan meraikan berakhirnya penguasaan UMN sebagai parti tunjang kepada Barisan Nasional, kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Dengan ramainya jumlah wira seperti Nasarudin Hashim, maka Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan baru, dengan majoriti Ahli Parlimen, mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, seterusnya Perdana Menteri Malaysia pertama dari para pemimpin Pakatan Rakyat.

Ketika itu usaha boleh dimulakan untuk memajukan Rakyat Malaysia dan memakmorkan negara Malaysia.

Oleh kerana tidak melakukannya dengan sepenuhnya sejak 2003, maka para pemimpin UMN sekarang ini, terutama yang tidak diterima Rakyat Malaysia, akan mula lenyap dari senario Malaysia Harapan Baru Menjadi Kenyataan.

0 comments: