BLOW - Respons Saya Pada Pandangan Nur Aflah - Mahathir Masih Berkuasa?
Saya tertarik setelah membaca pos ini di Blog Nur Aflah:
About Me
View my complete profile
MAHATHIR MASIH BERKUASA DI MALAYSIA?
Jika anda merasakan Tun Mahathir sudah tidak berkuasa di Malaysia, anda mungkin silap. Biarpun beliau telah disekat di situ dan di sini, namun beliau bijak menggunakan segala ruang yang ada untuk menyalurkan pendapatnya kepada umum.
Sambungan di sini:
http://nuraflah.blogspot.com/2009/01/mahathir-masih-berkuasa-di-malaysia.html
Respons saya kepada pandangan Nur Aflah, ialah pada saya Mahathir Mohamad sudah tidak ada kuasa. Namun, Mahathir Mohamad masih ada pengaruh. Pengaruhnya kuat, melebar, dan masih relevan.
Kenapa? Kenapa saya kata begitu?
Satu Perkataan Sebagai Faktor Utama Menang Atau Kalah PRU
Saya tercari-cari satu perkataan...
Ya, satu perkataan yang membolehkan saya faham kenapa individu, parti, atau gabungan, sama ada kalah atau menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU).
Bila perkataan yang tepat dan tetap ditemui, maka saya dapat fahami apa yang telah berlaku, apa yang sedang berlaku, dan apa yang akan berlaku, sehubungan keputusan dan hasil di sesuatu PRU. Contohnya PRU 12.
Seterusnya, jangkaan total boleh dimulakan untuk mencakupi suatu daya-lihat akan visi, misi, strategi, perancangan, perlaksanaan, yang biasanya diintegrasikan melalui satu manifesto, sehingga InsyaAllah, membolehkan saya tahu pihak yang bakal kalah dan pihak yang bakal menang di PRU 13 kelak.
Di samping itu, di antara tempoh PRU 12 hingga PRU 13, jika mahu perihal pembedahan, perubahan, penjenamaan, kejuruteraan sosyel, dan pembaikan berterusan umpamanya molek dan boleh dilakukan, demi individu, parti, dan gabungan, diakui mampu memenuhi hajat sebenar penyertaan dalam sesuatu PRU. Contohnya PRU 13 kelak. Yakni menang dengan majoriti dan membentuk kerajaan.
Soal yang mensemarak diri saya ialah, satu perkataan sebagai faktor utama mengakibatkan individu, parti, dan gabungan memperolehi pengumuman SPR sebagai menang atau kalah di PRU..?
Apakah perkataan itu?
Setelah sekian lama, saya temui perkataan itu.
Ya, pemimpin!
Pada saya, inilah perkataan yang saya pegang kini, melainkan saya menemui perkataan yang lebih baik, sebagai faktor utama, dan kaitan menyeluruhnya perkataan pemimpin ini, dengan lain-lain faktor yang turut saya pentingkan.
Sesuai sebagai pendidik, saya pun menyertai arena blogging, supaya saya dapat berkongsi maklumat yang bernilai dengan orang lain, terutama individu dan mereka yang berminat.
Dengan mengguna penyedia khidmat wordpress.com saya paparkan A Total Blog, kemudian dengan menggunakan penyedia khidmat blogspot, saya paparkan pula Satu blog Total.
Topik sokongannya - Informasi mengenai para pemimpin politik Malaysia dan bagaimana masing-masing mempengaruhi Rakyat dan Negara Malaysia.
Maka bermulalah saya menggali maklumat perihal Tunku Abdul Rahman, dan pemimpin sebelum, sekitar, serta selepasnya.
Sedikit perkongsian permulaan ya:
Pernahkah dalam 2008 anda mendengar pandangan ini?
"Mahathir Mohamad sudah tidak relevan lagi dalam senario politik Malaysia".
Saya pernah dengar dan saya jawab begini...di Malaysia ada dua orang sahaja yang saya anggap sebagai pemain utama dalam percaturan siapakah pemimpin bertaraf Perdana Menteri Malaysia.
Mahathir Mohammad
shaibee.wordpress.com
Pemain Utama Pertama ialah Mahathir Mohamad. Pengaruhnya tiada dapat sesiapa ketepikan begitu sahaja. Mahathir Mohamad masih dan tetap relevan.
Sila saksikan pandangannya mengenai The Shut Up, The Incompetent, dan The Jokers.
Mahathir Mohamad, tidak relevan lagi? Relevan!
Sama ada Mahathir Mohamad sedar atau pun tidak, namun saya percaya dia sedar, terdapat seorang lagi ya, Pemain Utama Kedua. Sebagai menyeronokkan blogging, saya namakan dia ini Manusia Misteri. Sebab permainannya dalam politik dan perihal percaturan pemimpin, adalah di belakang tabir, ya tidak seperti Mahathir Mohamad di sebelah hadapan. Mereka berdua macam dua warna pada sebiji buah permainan Othello.
Selain dari dua pemimpin ini, baki para pemimpin politik yang sedia ada hanyalah Pemain Sampingan. Walaupun sebagai Pemain Sampingan, namun setiap seorang dari mereka adalah penting dalam mengisi secebis dalam membolehkan terlihatnya gambaran besar senario politik Malaysia yang dicorakkan warna-warni.
Anwar Ibrahim
balajoe27.wordpress.com
Baiklah. Tidak berapa lama lagi, kita bakal melihat Anwar Ibrahim yang semakin matang, dan akan berpindah untuk memasuki arena besar politik Malaysia, dari sebagai Pemain Sampingan kepada Pemain Utama Ketiga.
Kedudukan corot ialah Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Najib Abdul Razak, dan semua rakan yang sewaktu dengannya dalam UMN dan Barisan Nasional.
Dalam struktur organisasi yang lalu, mereka semua telah berada di kedudukan di mana Ketua mereka ialah Mahathir Mohamad, Manusia Misteri, dan Anwar Ibrahim.
Perhatikan, dalam PRU 12 umpamanya, kenapakah Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak, membuatkan diri mereka semacam atau seteru Mahathir Mohamad? Sedangkan mereka berdua berhadapan dengan Anwar Ibrahim! Walaupun kita ketahui hubungan Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim, tetapi dalam PRU 12, mereka seolah-olah bersama-sama menjadi tenaga yang kuat dan berpengaruh yang tidak bergandingan, dihadapi gandingan Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak. Maka tergolek Barisan Nasional, dan keputusan serta hasil PRU 12 telahpun kita ketahui sekarang.
Kelak, kita akan melihat bagaimana kesan setiap hari bermula 9 Mac 2008 atau 5 Jun 2008 atau 8 Oktober 2008 atau 9 Mac 2009, bahawa Abdullah Ahmad Badawi jika masih berdegil tidak mahu meletakkan semua jawatan nya, dan Mohd Najib Abdul Razak masih lagi dengan pegangan tradisinya bermain silat selindung setuju di belakang Ketuanya, ketika mana Mahathir Mohamad masih dilayan seperti pemimpin di luar UMN, sedangkan Anwar Ibrahim semakin mantap dengan sokongan Lim Kit Siang dan Nik Aziz Nik Mat, maka kita sama-sama boleh membaca, apakah jangkaan yang akan terjadi kepada Barisan Nasional di PRU 13 kelak.
Abdullah Ahmad Badawi
atotalblog.wordpress.com
Abdullah Ahmad Badawi masihkah di alam mimpi? Mohd Najib Abdul Razak masihkah di alam fantasi? Dalam gusar, ialah Tengku Razaleigh Hamzah dan Muhyiddin Yassin, namun dua pemimpin ini siapakah ahli dan ketua di cawangan UMN dan UMN Bahagian yang pernah peduli?
Tengku Razaleigh Hamzah
mykuli.blogspot.com
Muhyiddin Yassin mariasamad.blogspot.com |
Setakat ini dulu?
InsyaAllah, nanti saya pos lagi di sini...