BLOW ISA - Kempen Merakyatkan Ekonomi Selangor - Satu Aspek Tunai Janji PR Selangor
Dari Blogger Wawasan ISA - Ikut Suka Aku
Kempen Merakyatkan Ekonomi Selangor
Kepada Rakyat Negeri Selangor dan khususnya kepada penduduk Shah Alam. Pada hari Ahad ini bersamaan dengan 1hb Februari 2009, akan di adakan Kempen Merakyatkan Ekonomi Selangor anjuran Kerajaan Negeri Selangor.
Bertempat di: Dewan Bayam (MBSA) Seksyen 24, Shah Alam, Selangor
Tarikh : 01 Februari 2009 ( Hari Ahad )
Masa : 10.00 pagi - 01.00 tengahari
Khusus kepada golongan sasaran iaitu:
1) Wargaemas yang berumur 60 tahun keatas.
2) Golongan berpendapatan rendah RM1500.00 kebawah sebulan.
3) Para Ibu Tunggal.
4) Para Ibu-Bapa kepada anak-anak yang dilahirkan pada tahun 2008.
5) Dan kepada semua pelajar yang melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS.
Tujuan kempen ini bagi memenuhi janji Kerajaan Negeri melalui Manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam Pilihanraya ke 12.
Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan En. Hisyam (016-287 0947) dan En. Roslan (017-661 0357)
Orang ramai di jemput hadir.