Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - 17 Januari 2009 Dan Hujan Rahmat-Nya

Apa Lah gunanya individu yang sanggup duduk dalam hujan berjam-jam lamanya untuk mendengar ceramah PAS.

Tiba-tiba kotak pun mari relalah infaq.

Adakah parti lain begitu? Jika tidak dijemput dengan bas khas, duduk di khemah luas, dan mungkin dapat sampul, ole-ole Baju-T atau paling tidak payung dan seumpamanya?

Blog Dollah Yankee melaporkan...

Thursday, January 15, 2009

P36 KT: Ohhhh..No..!



Dilaporkan mendung di sebelah pagi dan hujan dari tengahari ke petang!

Rahmat-Nya.

Dijangkakan peratusan yang datang mengundi menurun.

Turunan ini gamaknya disebabkan, penyokong Barisan Nasional tidak turun, kerana hujan, lagipun semua peruntukan pembangunan sudahpun disalurkan penuh dari pusat ke negeri. Tak turunpun tak mengapa.

Pengundi atas pagar gamaknya lagi Lah tak datang mengundi. Hujan.

Jumlah yang datang mengundi ialah penyokong PAS yang telah lama dididik tiadakan terjejas dek hujan. Mereka semua mengundi PAS.

Nanti akan orang akui, patutlah MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut dipilih, dan nusrah-Nya datang dari atas.

Nanti orang akan tahu, dari ramai pemimpin tempatan yang berjasa dan berbakti di Kuala Terangganu, kesilapan ialah memilih calon Barisan Nasional paling buruk, supaya mudah kalah.

Selepas hujan, barangkali Bulan Pun Mengambang Penuh di Kuala Terengganu, sehingga PRU 13.

InsyaAllah...

0 comments: