Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - BN Tiada Pembangunan Total - IJN - Kejap Gitu Kejap Gini Akhirnya Gitu Gini Gitu

Dari Blog Bicara Nobisha...

Selasa, 6 Januari, 2009

SIME DARBY TARIK DIRI, RAKYAT MENANG

6/1 Sime Darby pulls out, announces it will not pursue plan to acquire stake in National Heart Institute (IJN)/STAR
Bagaimana jikalau tiada pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu. penswastaan IJN ditangguh 100 tahun, atau diteruskan juga walau apa jadi maka jadi Lah?

Di antara isu mampu akibatkan kekalahan Barisan Nasional, UMNO, Wan Ahmad Farid Wan Salleh, juga Mohd Najib Abdul Razak, dan para pemimpin yang sebudaya dengan mereka, ialah penswastaan IJN.

Telah ada kempen tak usah undi Barisan Nasional jika tidak tarik balik penswastaan IJN.

Sekejap IJN nak diswatakan, sekejap penswastaan ditangguh, sekejap gitu, sekejap gini, sekejap gitu gini, sekarang terkini, penswastaan IJN tidak akan diteruskan.

Tetapi, kempen tak usah undi Barisan Nasional molek diteruskan.

Jika Barisan Nasional kalah, maka cerahlah pembatalan ini menjadi nyata abadi.

Jika Barisan Nasional menang, kebarangkalian ada bahawa projek penswastaan IJN diteruskan pulak.

Sama-sama kita pelajari dari pengalaman PRU 12. Harga minyak petrol dan diesel tidak akan dinaikkan. Menang sahaja Barisan Nasional walaupun bukan majoriti 2 per 3, namun 5 Jun 2008 harga minyak dan petrol naik mendadak dan serta merta. Sehingga kini kesannya harga barang masih tinggi.

Jika dulu RM 300 cukup untuk belian barang makanan kering untuk sekeluarga 5 anak, sekarang masih RM 450 sekadar mencukupi. Ertinya RM 150 terjejas bajet sekeluarga begini.

Barisan Nasional sudah tidak boleh diharapkan lagi. Para pemimpin UMNO rata-rata tidak boleh dipercayai.

Itu IJN. Jika tidak apa lagi mereka nak putuskan untuk membebankan Rakyat Malaysia.

Tolak Barisan Nasional
Tolak UMNO
Tolak Wan Ahmad Farid Wan Salleh

Usahakan supaya Ahli Parlimen Barisan Nasional kurang dan semakin kurang.

Kuatkan PAS, kuatkan Pakatan Rakyat di Parlimen. Moh! Tambah satu lagi pemimpin hebat. Ini orangnya...

Undi PAS
Undi Bulan Latar Hijau
Undi MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut.

1 comments:

Anonymous said...

air muka dah menampakkan kesucian islam, huhu,