Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Kenapa Pemimpin UMNO Suka Sebut Calonnya Anjing Bawoh



Calon Barisan Nasional di P 36 Kuala Terengganu, walaupun macam mana baik, buruk, disukai, dibenci, waimah apa sekalipun, dia manusia. Kita ada adab. Kenapa disebut Anjing Bawoh - Under Dog.

Namun setiap kali ada calon dinamakan untuk pilihanraya kecil, setiap kali itulah para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional mennyebut calonnya Anjing Bawoh.

Dulu Arif Shah Omar Shah kena. Calon Under Dog. Kesian dia.

Sekarang Wan Ahmad Farid Wan Salleh pun kena.

Sedap saja mulut berkata, Calon P 36 Kuala Terengganu "Under Dog". Apa itu?

Funny Pictures - Dont pass out next to a Dog Kennel

Sudah tidak dapat dibezakankah manusia dengan anjing.

Ini contohnya:
Mohamad Khir Toyo
kubiac73.blogspot.com

Wan Farid

lebih 'underdog'

dari calon PAS -

Khir Toyo

03 Jan 2009 12:17AM

KL: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menyifatkan Datuk Wan Farid Wan Salleh, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu, 17 Jan ini, sebagai calon "bukan pilihan."

Beliau berkata ini kerana pada pilihan raya umum lepas, BN hanya menang satu daripada empat kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan Kuala Terengganu.

"Jadi 'being an underdog' (sebagai bukan pilihan), kita kena kerja lebih keras," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR dan PMR 2008 dan Sumbangan Kelengkapan Persekolahan Sesi 2009 anjuran bersama Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Cheras di sini.

http://www.klpos.com/

Nanti dia beralasan. Barangkali, "Ininya, I speKing Omputeh." Kok iya pun, berpada-padalah. Inglis hebat macam mana pun, ada istilah tidak sesuai budaya kita. Kecuali Lah budaya UMNO mahu jadi lain dari resam Melayu.

Adakah orang kampung akan ternganga jika perayu undi mithalnya guna informasi ini kepada para pengundi di sana. "Tengok Mak Chik, Pak Chik, pemimpinnya sendiri kata, calon ini Under Dog Jadi, nak undi Dog ke, Man?"

Apa punya aniaya!!!

Terkecuali pemimpin terpelajar UMNO menganiaya dirinya sendiri. Nak Under Dog jugak? Nah!

Keputusan terkini beliau mendapat 36 pencalonan yang pastinya akan berpeluang untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.Walaupun dengan rendah hati beliau menganggap dirinya hanya sebagai calon underdog saja...

Sambungan di sini:

http://www.kudee-tblog.com/
Tapi, sukahati pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, untuk mengakui dirinya atau calonnya Under Dog.

Seruan ialah memilih pemimpin berwibawa, manusia bernama Mohd Abdul Wahid Endut. Ya, manusia.

Sumber Foto:

http://motherof3mohd.blogspot.com/

4 comments:

LESONGINDEK said...

Sdra Zubli,

Benar dan tepat apa yang dicerita dalam posting Mung tu, terutama tentang Mamat Tempe@ penganugerah penyapu.

Aku harap Mung dapat melayari blok POLITICA, " Ini Soalan Sangat-Sangat Amat Serious. Melayu Tu Apa?, lihat perenggan 1 baris pertama, aku harap tak disengajakan. Wassallam.

ISA said...

Salam Prof,

Sekurangnya ada dikalangan mereka sedar dan mengakui taraf mereka, daripada yang masih mengakui hebat daripada anjing.

ha..ha..ha..

Gelombang Rakyat said...

M SEPIAL

Ambo doh check. Terima kasih.

Gelombang Rakyat said...

ISA

Dulu ada video clip, Hanief, Who Let The dogs Out?

Hahahaha...