P 36 Kuala Terengganu - Kenapa Wan Farid Tolak Peluang Debat..?
Berani Kerana Benar,
Takut Kerana Salah
Jika Semua Pengundi
Mahu Juga Debat Ini
Adakah Wan Ahmad Farid
Tetap Tolak?
Debat di antara Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut, adalah peluang untuk Rakyat Malaysia mengetahui bahawa Wang Royalti jelas telah dijelaskan melalui satu penjelasan terbaik.
Kenapa MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut, PAS, Pakatan Rakyat, mahukan debat ini? Satu yang penting ialah mereka akan kemukakan soalan yang sering dikemukakan oleh Rakyat Malaysia.
Kenapa WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, UMNO, Barisan Nasional, tidak mahu debat ini? Adakah benar Wang Royalti telah selesai? Ataukah ada fakta yang masih tersembunyi. Adakah debat ini bakal mendedahkan kemungkinan ada yang tidak kena dengan urusan membereskan Wang Royalti.
Barangkali molek Wan Ahmad Farid Wan Salleh bertanya kepada Ahmad Said, betulkah kerajaan negeri sudah berpuashati dengan pembayaran Wang Royalti.
Jika Wan Ahmad Farid Wan Salleh, nak jadi Mediator sebagaimana disebut Rafidah Aziz maka inilah masanya, melalui Debat.
Jika Wan Ahmad Farid Wan Salleh sekadar nak jadi jambatan, maka jadilah.
Dengan sebab itu, para pengundi di P 36 Kuala Terengganu mesti menolak calon Barisan Nasional ini, kerana Wan Ahmad Farid Wan Salleh tidak sesuai mewakili Parlimen P 36 Kuala Terengganu.
Kelak kalau sudah di dalam Parlimen nak duduk dia, atau setuju sahaja? Tidak mahu berhujjah di dalamnya?
Maka sebab itu, pilihlah MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon yang paling tepat untuk mewakili suara P 36 Kuala Terengganu di Parlimen.