Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Kesian Wan Ahmad Farid Wan Salleh

Kesian..!

Wan Ahmad Farid Wan Salleh
www.malaysiakini.com
Pencalonan terpilih, mendapat restu, diumumkan, disokong dan seterusnya kalah, ialah satu penganiayaan pemimpin, parti dan gabungan terhadap WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Bagi WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh sendiri boleh dikatakan malang, yang dikejar tak dapat dan dikendong berkeciciran.

Jika ada seorang pemimpin, yang boleh belajar paling banyak dari keputusan P 36 Kuala Terengganu, ialah WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, masih muda dan masih ada masa depan yang cerah dalam politik Kuala Terengganu, Terengganu, dan Malaysia.

Bertekad Lah menjadi pemimpin terbaik menepati anugerah dan amanah-Nya.

Kepemimpinan sebenar bagi WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, tiada dalam UMNO dan Barisan Nasional kini. Kesemuanya rata-rata teruk dan buruk.

Bahawa imej bukan terbina dalam pura-pura di tempoh pilihanraya.

Persona boleh dibuat-buat menjadi personaliti lain di luar lain pula di dalam.

Pemimpin sebenar mempunyai karektor. Karektor murni. Dididik dari awal dan saban hari. Sehingga menjadi semulajadi.

Carilah identiti sendiri, dengan mengkaji para pemimpin silam yang unggul dan agung di dunia.

Baik-baik dan berhati-hati berdampingan dengan pemimpin lain. Ada kala mereka dirasakan mahu supaya membantu kemenangan, namun kehadiran mereka sudah cukup untuk membantu WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh kalah.

Secara jelas teliti semula pemimpin seperti Ezam Mohd Noor dan Khairy Jamaluddin.

Jika selepas ini, setelah dipelajari masak-masak, WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, bangkit sebagai pemimpin unggul di Malaysia, Satu Blog Total, InsyaAllah menyokongnya.

Jika masih sama, imej begitu, kawan pemimpin itu juga, dalam budaya UMNO, dalam lapoknya Barisan Nasional, khidmat dalam kerajaan sokong ISA, memusuhi Rakyat Malaysia, maka WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, sendiri meletak kedudukan diri untuk kalah dan kalah lagi, selain kutukan berpanjangan Rakyat Malaysia.

1 comments:

LESONGINDEK said...

Salam Sdra Zubli,

Baik punyia analisis. Aku harap nasihat dan pemerhatian mung tu diperinci dan diterima baik dengan hati terbuka oleh bekas calun. Air sungai mengalir kehilir. Angin bertiup kehadapan. Hidup perlu diteruskan. itu lah SUNAHTULLAH.PERUBAHAN perlu dilakukan oleh bekas calon, kepercayaan BERKATA dan kepercayaan dalam MELAKUKAN.