Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Mana Diutamakan Wan Farid - Khidmat Atau Dapat Jawatan Kembali...?

Dari Blog Dollah Yankee:

Jumaat, Januari 9, 2009

Ramalan Awal... Menang.!!

Pertembungan 'buku dengan ruas' antara PAS/Pakatan Rakyat dan BN/umno pada PRK P36,Kuala Terengganu ini telah merancakan lagi pembukaan pentas politik tanah air untuk tahun 2009 ini.

PAS Pakatan Rakyat kini boleh meningkatkan potensi peratus pencapaian undi, dari 60 peratus ke 65 peratus. Terutama ketika masyarakat tempatan dan para pengundi tidak yakin kepada Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon Barisan Nasional.

Tambahan pula kehadiran dan kenyataan Abdullah Ahmad Badawi ketika hadir dan berucap telah banyak membantu untuk mengakibatkan Wan Ahmad Farid Wan Salleh kalah di P 36 Kuala Terengganu.

Setakat ini ternyata Barisan Nasional telah tersalah pilih calon. Wan Ahmad Farid Wan Salleh tidak dapat berdiri sendiri untuk mendapat undi kemenangan. Aspek imej nya sahaja memerlukan ramai para pemimpin Barisan Nasional untuk menjernihkannya.

Ini dijangka akan memenat dan meletihkan mereka. Lantaran mereka boleh cepat bosan dan kecewa. Ibarat pendakian gunung kini.

Faktor calon untuk mendapatkan peratus undi, masih memihak kepada MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut. Senyuman amat memikat pengundi. Imej nya bersih. Track record khidmatnya selama 5 penggal di DUN Wakaf Mempelam adalah bukti, Mohd Abdul Wahid Endut dapat terus memberi khidmat, dan memberi khidmat yang lebih bermakna kepada penduduk dan kawasan Kuala Terengganu.

MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut

MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut

Pilihan Terbaik Untuk Parlimen


Para pengundi boleh menolak calon Barisan Nasional, kerana semakin jelas bahawa apa yang dipentingkan kini ialah Wan Ahmad Farid Wan Salleh dapat kembali jawatannya setelah sekiranya menang, sebagaimana kenyataan Abdullah Ahmad Badawi.

Ini satu kesilapan, kelak orang akan mempersalahkan Abdullah Ahmad Badawi, yang membantu kekalahan Wan Ahmad Farid Wan Salleh, kerana mengutamakan jawatannya daripada utamakan memberikan khidmat untuk manfaat P 36 Kuala Terengganu.

Tidak disebutkan apakah khidmat Wan Ahmad Farid Wan Salleh setakat ini sebagai anak tempatan Terengganu. Serta apa khidmat yang boleh diberikan Wan Ahmad Farid Wan Salleh setelah sekiranya menang kelak?

Jika setakat Wan Ahmad Farid Wan Salleh sekadar menjadi jambatan sahaja.

Maka benarlah pandangan Mahathir Mohamad bahawa calon Barisan Nasional ini amat buruk.




kuala terengganu by election 080109 abdullah










Para pengundi yang hormat Mahathir Mohamad, dan kecewa dengan kenyataan bongkak Abdullah Ahmad Badawi, menjejas undi Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dan meningkatkan undi MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut.

Maka...

Jom! Tingkatkan pencapaian potensi menang ke 65 peratus memihak kepada MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut.

Kita mahukan suaranya di Parlimen.

InsyaAllah...

0 comments: