P 36 Kuala Terengganu - Menang Atau Kalah Anda Akan Pemimpin BN Lupakan Selepas 17 Januari 2009
Kuat, Besar, dan Deras juga janji manis para pemimpin Barisan Nasional ketika semakin hampir ke pembuangan undi 17 Januari 2009.
Selagi ada apa yang mereka terfikir mampu maka dijanjikan, janji menang. Mungkin bulan mereka tidak berani janji.
Tetapi adakah mereka sekadar bohong atau hantam saja Lah asalkan menang.
Hakikatnya janji tinggal janji dan penduduk di P Kuala Terengganu akan terbiar semula. Terengganu bakal dipinggirkan lagi. Terkecuali ada lagi pilihanraya kecil atau PRU 13 kelak.
Ini dapat dibuktikan apabila kita melihat janji mereka dengan trend pembangunan di seluruh Terengganu khususnya tiada pembangunan itu di Kuala Terengganu selepas PRU 12.
Apa yang kita ingat ialah dari PRU 12 hingga 1 Januari 2009, jika ada pun pembangunan ialah pembelian Mercedes Benz.
Apa jalan, apa longkang, apa Wang Royalti, apa sekolah tukar nama, apa-apa pun Lah, tiada pembangunan tersebut.
Pembangunan terkini ialah janji semata-mata, ketika para pemimpin Barisan Nasional terhegeh-hegeh nak menang pilihanraya kecil di P 36 Kuala Terengganu.
Terkini sebilangan pengundi di kalangan olang sudah mantap mahukan MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut. Mereka sudah tahu, UMNO dan Barisan Nasional bukan pilihan yang baik. Pilihan terbaik ialah PAS dan Pakatan Rakyat.
Kini tumpuan kepada mung.
Jika ada pemimpin yang akan ambil berat, prihatin, dan berjasa bakti ialah MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut, para pemimpin PAS terhadap para pengundi, penduduk di Kuala Terengganu.
Para pemimpin Barisan Nasional akan kembali ke tempat masing-masing menikmati rancaknya kehidupan kota dan bandar.
Para pemimpin UMNO semacam tidak cukup kaki untuk berlari supaya sambung kempen pemilihan pemimpin di Perhimpunan Agong UMNO Mac 2009.
Mereka akan lupakan Kuala Terengganu dan siapa berada bermastautin di situ.
Selepas 17 Januari 2009, inilah pemimpin yang akan bersama anda, dalam susah dan senang...