P 36 Kuala Terengganu - Najib Masih Di Alam Fantasi..?
Dari Blog Cina Islam
18 Januari 2009
Najib: BN terima keputusan rakyat
Sambungan di sini:
http://idhamlim.blogspot.com/2009/01/najib-bn-terima-keputusan-rakyat.html
Respons Mohd Najib Abdul Razak, menunjukkan dia masih berada dalam alam fantasi.
Mohd Najib Abdul Razak masih belum mahu keluar dari kongkongan perangkap khalayalan nya sendiri?
Perhatikan:
01. Barisan Nasional
Mohd Najib Abdul Razak berkata, Barisan Nasional akan melakukan apa-apa yang perlu untuk kembalikan imej parti supaya dapat memberi keyakinan kepada rakyat. Barisan Nasional akan terus berkhidmat kepada Rakyat. Barisan Nasional akan ambil iktibar. Barisan Nasional akan ambil keputusan ini untuk menentukan hala tuju Umno dan Barisan Nasional. Bagaimanapun keputusan tersebut tidak akan dibawa untuk dibincangkan dalam konvensyen Barisan Nasional bulan depan.
Mohd Najib Abdul Razak yakin kesudahannya rakyat akan yakin kepada Barisan Nasional.
Mohd Najib Abdul Razak berkata, ini piliharaya kecil, walaupun kita kalah dahulu, tetapi akhirnya kita akan berjaya. Mohd Najib Abdul Razak tak fikir ini akan beri kesan kepada Barisan Nasional dalam menghadapi pilihanraya akan datang. Mohd Najib Abdul Razak tidak fikir bahawa pengundi tidak yakin kepadanya untuk mengambil alih pemerintahan dari Perdana Menteri sekarang.
03. Masa Depan
Mohd Najib Abdul Razak nampak banyak faktor yang menentukan keputusan, termasuk soal perkhidmatan. Mohd Najib Abdul Razak menambah adalah terlalu awal untuk menentukan faktor-faktor kekalahan ini. Sampai masanya, kita akan akan tahu faktornya.
Sebenarnya Mohd Najib Abdul Razak belum memahami mesej Rakyat Malaysia sebagaimana diterjemahkan dari keputusan PRU 12. Mohd Najib Abdul Razak belum pelajari dari kekalahan di P 44 Permatang Pauh.
Sebab itulah Mohd Najib Abdul Razak akui kini sukar untuk dibaca politik tanahair.
Jalan terbaik kini ialah Mohd Najib Abdul Razak meletakkan jawatan. Bertanggungjawab sepenuhnya di atas kekalahan Barisan Nasional.
Jalan selamat bagi Barisan Nasional ialah ketiadaan Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia sekarang atau akan datang.