Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Najib Masih Di Alam Fantasi..?


Mohd Najib Abdul Razak
omong.files.wordpress.com

Dari Blog Cina Islam

18 Januari 2009

Najib: BN terima keputusan rakyat

Barisan Nasional (BN) menerima keputusan yang dibuat oleh pengundi Parlimen Kuala Terengganu yang memilih calon PAS dalam pilihanraya kecil hari ini, kata Timbalan Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambungan di sini:

http://idhamlim.blogspot.com/2009/01/najib-bn-terima-keputusan-rakyat.html



Respons Mohd Najib Abdul Razak, menunjukkan dia masih berada dalam alam fantasi.

Mohd Najib Abdul Razak masih belum mahu keluar dari kongkongan perangkap khalayalan nya sendiri?

Perhatikan:

01. Barisan Nasional

Mohd Najib Abdul Razak berkata, Barisan Nasional akan melakukan apa-apa yang perlu untuk kembalikan imej parti supaya dapat memberi keyakinan kepada rakyat. Barisan Nasional akan terus berkhidmat kepada Rakyat. Barisan Nasional akan ambil iktibar. Barisan Nasional akan ambil keputusan ini untuk menentukan hala tuju Umno dan Barisan Nasional. Bagaimanapun keputusan tersebut tidak akan dibawa untuk dibincangkan dalam konvensyen Barisan Nasional bulan depan.

02. Kepemimpinan

Mohd Najib Abdul Razak yakin kesudahannya rakyat akan yakin kepada Barisan Nasional.
Mohd Najib Abdul Razak berkata, ini piliharaya kecil, walaupun kita kalah dahulu, tetapi akhirnya kita akan berjaya. Mohd Najib Abdul Razak tak fikir ini akan beri kesan kepada Barisan Nasional dalam menghadapi pilihanraya akan datang. Mohd Najib Abdul Razak tidak fikir bahawa pengundi tidak yakin kepadanya untuk mengambil alih pemerintahan dari Perdana Menteri sekarang.

03. Masa Depan

Mohd Najib Abdul Razak nampak banyak faktor yang menentukan keputusan, termasuk soal perkhidmatan. Mohd Najib Abdul Razak menambah adalah terlalu awal untuk menentukan faktor-faktor kekalahan ini. Sampai masanya, kita akan akan tahu faktornya.

Sebenarnya
Mohd Najib Abdul Razak belum memahami mesej Rakyat Malaysia sebagaimana diterjemahkan dari keputusan PRU 12. Mohd Najib Abdul Razak belum pelajari dari kekalahan di P 44 Permatang Pauh.

Sebab itulah Mohd Najib Abdul Razak akui kini sukar untuk dibaca politik tanahair.

Jalan terbaik kini ialah Mohd Najib Abdul Razak meletakkan jawatan. Bertanggungjawab sepenuhnya di atas kekalahan Barisan Nasional.

Jalan selamat bagi Barisan Nasional ialah ketiadaan Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia sekarang atau akan datang.

10 comments:

Anonymous said...

Dear Zubli,

Salam. Memang betul apa you kata, Najin ,masih di alam fantasinya. Kekalahan di KT nampak nya masih belum mengejutkan dia dari mimpi. But, katakan padanya, rakyat dah habis pikir dah.... TAK MAHU dan TAK BOLEH terima dia sebagai PM.

LESONGINDEK said...

salam Tuan Zubli,

Iye.

Ape fokus posting selepas ini. Perjuangan diteruskan.


Wassalam.

Anonymous said...

Mungkin tidak berapa tepat jika kesalahan hanya diatas DS Najib. Mungkin rakyat mahukan DSN tetapi tidak dapat terima Pak Lah dan masih bencikan Khairy. Walau DSN dilihat sbg pengerusi kempen PRK P036, namun campurtagan PL dan KJ masih banyak. PL dinasihatkan tidak dth ke KT namun dia masih dtg.

Mungkin ada konspirasi yg sengaja nak burukkan imej DSN di PRK ini. Kita boleh terima ini kekalahan DSN jika ianya bersendirian, jika calon ini juga pilihannya. Kita harus melihat tindakan politik dari sudut politik yg serba mungkin.

Mungkin kita boleh cuba DSN tanpa PL dn KJ dahulu kemudian kita akan tahu apa sebenarnya.

ISA said...

Bukan Njib dan PakLah saja yang peru letak jawatan, malahan semua menteri kabinet harus letak jawatan.

Sebabnya semua yang ada dalam kerajaan menjadi bahan kebencian, kerana banyak sangat rasuah dikalangan mereka

Tukarkan kepada Kerajaan Pkatan Rakyat.

Gelombang Rakyat said...

A Mum Of Three Mohd

Pak Lah dan Najib perlu ketepi supaya pemimpin sebenar dapat terajui negara.

Ini kehendak Rakyat Malaysia.

Gelombang Rakyat said...

M SEPIAL

Kita usahakan satu rumusan pemimpin dan kepemimpinan membentuk pasukan terbaik untuk Rakyat dan Negara Malaysia.

Semua mengadap Agong...

Gelombang Rakyat said...

bERANI hATI

Bukan tak kesian pada Najib. Tapi dia kena Lah kesian pada dirinya sendiri.

Kenapa tidak boleh jadi pemimpin terbaik?

Kenapa pilih jadi pemimpin macam buruk dan teruk.

Bila sebut Nik Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang. Tahu dah. Suci, murni.

Bila sebut Pak Lah, Najib...nampak jelas dah budaya UMNO. Buruk sekali.

Jadi macamana?

Jika mereka pemimpin terbaik, ini Satu Blog Total akan perjuang apa mereka pejuang.

Gelombang Rakyat said...

ISA

Saya setuju.

Kita sejak kenali masing-masing, sama dalam hal ini.

Semua Kabinet Pak Lah molek letak jawatan.

Ini barisan kepemimpinan paling teruk dan buruk pernah dikabinetkan.

tepet said...

hurm...abis tu kabinet dapur umah den lagi bagus ka? hik hik hik

Gelombang Rakyat said...

Tepet

Saya cap jari sokong dan lulus SIRIM bahawa kabinet dapur tukang sapu lagi bagus, tambahan bersih dan suci.