P 36 Kuala Terengganu - Pemimpin Letak UMNO & BN Dibenci - Rakyat & Pakatan Rakyat Bersatu
Entah kenapa, namun begitu Lah, para pemimpin meletakkan parti UMNO dan gabungan Barisan Nasional supaya dibenci.
Sebab itu Lah Mohd Najib Abdul Razak menggerakkan "Mesra" sebagai sebaran melalui para pemimpinnya di P 36 Kuala Terengganu.
Namun Wan Ahmad Farid Wan Salleh mentafsir "Mesra" ini sebagai memberi, contohnya "Lap Top", katanya, ketika selesai di hari penamaan calon.
Secara perbandingan darjah kebongkakan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, tinggi pada tempoh PRU 11, turun semata dua di PRU 12. Kini masih tinggi. Mereka purata masih bongkak. Itu sebab PRU 13 kelak, molek dinafikan kerajaan Barisan Nasional daripada mendapat sebarang majoriti. Biar Lah mereka menjadi minoriti atau kekalkan seorang dua sahaja di Parlimen dan DUN.
Kita mulakan dengan P 36 Kuala Terengganu.
Pastikan PAS Pakatan Rakyat menang sebagai kemenangan Rakyat Malaysia.
Sememangnya ada pemimpin yang semacam syok kalau dapat tahu ada retak dalam Pakatan Rakyat. Namun dalam Pakatan Rakyat, lawan Barisan Nasional ialah matlamat dikongsi bersama.
Sukar untuk parti atau pemimpin Parti KeADILan Rakyat, atau PAS, atau DAP untuk tinggalkan pakatan ini untuk menyertai Barisan Nasional.
Namun, setakat ini berapa ramai pemimpin dan parti yang telah tinggalkan Barisan Nasional..?
Jadi selagi pemimpin, UMNO, Barisan Nasional, dan kerajaan semacam sekarang, selagi itu Lah Rakyat Malaysia akan berpihak kepada Pakatan Rakyat yang konsisten prihatin Rakyat Malaysia, bukan ketika pilihanraya seperti keadaan terdesak Barisan Nasional kini.
Selagi Barisan Nasional semacam memusuhi Rakyat Malaysia, selagi itu Lah Pakatan Rakyat terus relevan, terus mantap disokong Rakyat Malaysia.
Jika Barisan Nasional mahu dipulihkan, para pemimpin tertinggi parti komponen hendaklah bersara awal semua sekali sekaligus.