Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Pengundi Ada 3 Pilihan Utama Sahaja

Ya para pengundi P 36 Kuala Terengganu ada 3 pilihan utama sahaja, yakni:

Undi PAS
Undi Bulan Latar Hijau
Undi MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut

Dari Blog http://prk036.pas.org.my/



Ditulis oleh Hamdy Mandong

SUNDAY, 04 JANUARY 2009 12:42

Pencalonan Haji Abdul Wahid sebagai calon pas untuk pilihan raya kecil Kuala Trengganu adalah satu perkara yang memeranjatkan. Tidak ada orang yang menyangka, dan nampak bahawa nama beliau akan naik menjadi calon.

Sambungan di sini:

http://prk036.pas.org.my/

Pada saya, Mohd Abdul Wahid Endut, telah keluar dari jawatan tinggi di institusi pengajian tinggi, keluar dari perniagaan, dan membuat keputusan untuk berkhidmat kepada masyarakat di tempat kelahirannya, Kuala Terengganu.

Khidmat ini dijasakannya melalui sebuah parti politik yang murni semurni bulan, PAS, lulus, Parti Islam Se-Malaysia, bersama rakan pemimpin yang berbudaya menepati Syariat.

Khidmat ini berlangsung selama 5 penggal. Erti ketika para pengundi umumnya memilih PAS atau parti lain, para pengundi di DUN Wakaf Mempelam tetap memilih Mohd Abdul Wahid Endut secara berterusan.

Ibarat parti yang tidak relevan lagi tiada dapat merampas Kelantan, sama juga mereka tidak dapat merampas DUN Wakaf Mempelam. Satu daripada faktornya ialah khidmat Mohd Abdul Wahid Endut di kawasannya itu.

Memang tidak susah untuk melakukan pembangunan fizikal. Ada wang semuanya berpeluang, namun khidmat nan murni itulah yang mahal sekali.

Umpamanya membina masjid. Batu, kaca, kristal, semua boleh. Namun institusi ini perlu disemarakkan, bukan sekadar tontonan. Roh murni perlu diisi, supaya solat boleh mencegah fasyaq dan munkar.

Mohon dijauh fahaman, ibadat ibadat juga, sebat sebat juga, walaupun syak.

Kini, para pengundi Kuala Terengganu perlu merenung Mohd Abdul Wahid Endut sebagai wakil kawasan ini di Parlimen.

Pengalaman Mohd Abdul Wahid Endut di Dewan Undangan Negeri menunjukkan dia petah untuk Parlimen.

Musuh tiada dicarinya, namun berhadapan dengan musuh dia tidak lari.

Begitu.

InsyaAllah Bersambung...

2 comments:

LESONGINDEK said...

Salam Tuan Zubli,

Bijak dan pandai sungguk Mung. Apa pun dipilih tetap MENGENA SASARAN YANG SAMA. PILIHAN YANG TIADA PILIDAN. AKAL P.RAMLEE MUNG GUNA YE.

Wasallam.

Gelombang Rakyat said...

M SEPIAL

Ibrahim Pendek pinjam dadu P Ramlee dalam filem itu.

Kita ada beso dai dadu. Kita ada lebih 80 Ribu Pengundi di P 36 Kuala Terengganu.

Tok leh kata kita tidak bui pilihang. Pilihang nye terbaik untuk Rakyat Malaysia di Terengganu dan Malaysia.

Dak gitu gok? Mung?