Gelombang Rakyat

Kemajuan PAS - Kemurnian Pemimpin

Pandangan sebahagian Rakyat Malaysia, pemimpin politik, jika ini bangsanya, ini agamanya, ini budayanya, maka dia pengamal rasuah, ada skandal, dan individu yang tidak baik.

Hakikat pedih yang sama ada mahu diterima atau tidak mahu diterima, namun PAS - Parti Islam Se-Malaysia masih unggul dan murni. Pemimpin politik PAS - Parti Islam Se-Malaysia, ini juga bangsanya, inilah agamanya, bukan ini budayanya, bukan dari kalangan yang rasuah, tiada skandal, taqwanya kepada Allah, dan dia individu yang baik.

Terkini, MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut ialah seorang pemimpin dari kalangan ramai yang boleh menjadi model kecemerlangan pemimpin di Malaysia.

Saya bukan ahli penyokong pun tidak. Sekadar pemerhati pemimpin dan kepemimpinan dengan fokus politik di Malaysia.

Nik Aziz Nik Mat, menyerlah. Kejayaannya memimpin Kelantan, menampakkan kelayakan, kemampuan, dan kebolehan memimpin Malaysia.

PAS perlu ramai lagi pemimpin seumpama Nik Aziz Nik Mat, dalam ertikata kemajuannya sebagai parti politik.

Pemimpin selainnya nampak ada kesatuan pegangan, namun terdapat gaya sedikit kelainan. Kelainan inilah yang menyebabkan sebahagian Rakyat Malaysia belum memahami Islam, sepatutnya diterajui PAS - Parti Islam Se-Malaysia.

Sedari dahulu saya masih belum dapat memahami Abdul Hadi Awang. Barangkali ahli dan penyokong PAS yang dekat mengikutinya lebih faham. Namun pertama kali mendengar kaset ucapannya semasa di USA, dan sesekali imbas siapakah pemimpin ini di Malaysia, cukup mahu menjauhi PAS dek ngeri jika dari Terengganu penglebaran kuasanya ke seluruh negara.

Namun, setelah dalam Pakatan Rakyat saya melihat PAS sebuah parti yang jauh lebih baik untuk Rakyat dan Negara Malaysia.

Semasa PRU 12, saya di Kelantan dan sempat melihat PAS bersama rakan Pakatan Rakyat, dan saya dapat merasakan gelombangnya dan betapa baiknya PAS menguasai bukan sahaja Kelantan, malah negeri lain pun.

Benar kemudiannya, PAS sudah menerajui Kedah, dan negeri kelahiran saya Perak memungkin Menteri Besar dari kalangan pemimpin PAS.

Walaupun awalnya nampak kulup sahaja, ternyata Muhammad Nizar Jamaluddin seorang pemimpin yang unggul dan berpotensi besar.

Selainnya, saya nampak kepemimpinan Husam Musa dan Khalid Samad. Mereka inilah di antara pemimpin PAS saya harapkan memberi penerangan inilah Islam dari pegangan PAS. Setakat ini saya belum faham kerana ketiadaan penerangan itu sampai kepada saya boleh ketahui. Harap jelas dan jelaskan, kerana Islam Hadhari memang mengelirukan.

Tetapi, apa pula cerita Erdogan ini. Pulak?

Barangkali PAS - Parti Islam Se-Malaysia sememangnya solid sudah. Cuma saya sahaja belum memahami sepenuhnya.

Pun masih ada sebahagian Rakyat Malaysia yang sama, belum memahami sepenuhnya. Sama ada kami mendamping PAS, atau pemimpin PAS mendamping kami.

Bercakap perihal berdamping. Kelihatan Bloggawan dan Bloggawanita bergerak pelbagai cara dan hala.

Sama ada benar atau tidak, PAS boleh berdamping dan peduli.

Jika Barisan Nasional, saya cukup faham, mereka tidak faham masyarakat di Bloggoworld ini. Sama ada mereka anggap depa ini Beruk, atau useless, atau insignificant atau political enemy.

Pemerhatian saya kepada Anwar Ibrahim dan Parti KeADILan Rakyat pula, ianya organisasi politik agak ketat. Masih belum longgar lantaran terbuka. Telah ada suara semacam masyarakat di Bloggoworld ini tidak dihargai pemimpin dan parti.

Parti lain masih blurr.

Saya nampak PAS - Parti Islam Se-Malaysia lebih memahami teknologi ini dan lebih menyentuh para Blogger. Contohnya, apa yang diusahakan di Perak umpamanya mendahului pemikiran semua pemimpin politik di Malaysia.

Namun, usaha ini belum meluas. Masih boleh dilebarkan.

Kenyataan Abdul Hadi Awang menjelang P 36 Kuala Terengganu mencetus satu petanda baik, akan mahu mengambil kira pandangan Bloggawan. Saya tambah, Bloggawanita.

Sebenarnya masyarakat di Bloggoworld, boleh dimanfaatkan sepenuhnya menjelang pilihanraya dan terutama PRU 13. Satu usaha sepadu boleh dilaksanakan supaya PAS kekalkan Kelantan, Kedah. Meningkat di Perak supaya tetap menjadi teraju. Selain itu kembalikan Terengganu berparas pemimpin dan kepemimpinan MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut. PAS juga boleh memenangi Perlis. Serta beberapa negeri lagi.

Jika masayarakat di Bloggoworld bakal disatukan untuk sama berjuang maka parti yang punyai kesedaran, peduli, dan menghargai mereka ini, buat masa ini ialah PAS - Parti Islam Se-Malaysia.

0 comments: