biGlory - Anwar Berjaya Sampai Amanat Suntik Harapan Rakyat Cakup Semua..! Malaysiakini
1 Comment
»
Image via Wikipedia
Zubli ZainordinPemaju Masyarakat biGlory - Blogger Rakyat
Prima Maya - Bloggers Network Selangor @ Malaysia
Satu amanat Anwar Ibrahim yang telah berjaya disampaikan.
Amanat berupa suntikan harapan yang amat diperlukan. Ya, diperlukan setelah beberapa peristiwa berlaku selepas P 36 Kuala Terengganu, khususnya mengenai Parti KeADILan Rakyat.
Amanat Anwar Ibrahim ialah suntikan harapan.
Harapannya.
Harapan pemimpin, kesepaduan kepemimpinan, dan parti PRK - Parti KeADILan Rakyat. Harapan Pakatan Rakyat.
Harapan Rakyat Malaysia.
Sumber Foto: biGlory Blogger Rakyat
Bloggers Network Selangor Malaysia
Anwar Ibrahim tenang sepanjang hadir di sini. Penyampaian amanatnya jelas namun penuh semangat. Terutama kerana ini audiens yang cukup mesra dan dekat dengannya. Satu parti semacam satu keluarga.
Satu individu ke satu individu. Satu kelompok ke satu kelompok, satu angkatan ke satu angkatan. Disentuh dalam amanatnya disampaikan dengan rapi. Akhirnya, semua yang hadir dapat merasakan kebangkitan baru. Satu macam pemulihan dari serangan tubi bertubi pihak lawan. Serta juga cabaran pihak kawan.
Isu semasa yang berkaitan Pakatan Rakyat dan khususnya Parti KeADILan Rakyat dibentang dan dikupaskan terperinci.
Dari sejarah silam diungkapnya. Terutama kebijaksanaan dalam Sejarah Melayu. Sejarah Kesultanan dan Raja Melayu. Nama hebat disebut - Hang Tuah nan setia, Hang Jebat nan membela. Tun Perak yang setia dan bijaksana, yang membawa sembah derhaka, namun menyerikan sinar di ketika itu. Si Kitol yang hina, dan Mendeliar yang tangguk di air keruh.
Ini sejarahnya. Ini juga yang berlaku di Perak. Ini juga bermula di PutraJaya.
Selain itu, Anwar Ibrahim juga menyentuh bab perlembagaan, parlimen, parti, pakatan, pilihanraya, perjuangan dan pendirian.
Setelah menghampiri setahun, PRU 12, maka inilah masa dan ketika untuk kembali memantapkan perjuangan asal, setelah menghadapi cabaran yang mahu menggelincirkan.
Anwar Ibrahim terus melakarkan masa depan. Persiapan yang harus diusahakan secara menyeluruh oleh setiap pemimpin, ahli, penyokong, dan khususnya hadirin.
Dalam penyampaian yang bersahaja, namun bersemangat, Anwar Ibrahim ternyata mempunyai bahan berjenaka yang laris. Setiap kali disebutnya Mohd Najib Abdul Razak, tidak dapat tidak, audiens mengkekeh-kekeh ketawa.
Ketawa yang bertali arus.
Barangkali juga ini ketawa di kalangan sebahagian Rakyat Malaysia. Ketikamana Mohd Najib Abdul Razak telah berjaya meletakkan dirinya sebagai bahan lawak utama, dan bukan selayaknya Perdana Menteri Malaysia pengganti Abdullah Ahmad Badawi. Ya, Abdullah Ahmad Badawi yang pada saya sudah tidak berguna lagi.
Saya hadir tepat jam 2:30 petang, dan pulang awal, pada 4:30 petang.
Saya tahu, banyak lagi bahan informasi dan visual akan muncul selepas ini, memenuhi media, saluran OnLine, You Tube, dan seumpamanya.
Sama-sama kita tunggu untuk mendapatkan amanat sepenuhnya...
Rujukan asal:
Tarikh: 28 Febuari 2009
Masa: 2.30pm
Tempat: Kayangan Ballroom, Quality Hotel,
Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam
Biro Penerangan
Masa: 2.30pm
Tempat: Kayangan Ballroom, Quality Hotel,
Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam
Biro Penerangan
Parti Keadilan Rakyat
--
Untuk maklumat lanjut, sila layari KeADILan trilingual website: Malay: www.keadilanrakyat.org, www.suarakeadilan.com, English: http://en.keadilanrakyat.org/ , & Chinese: http://zh.keadilanrakyat.org/; Advisor Anwar Ibrahim's blog: www.anwaribrahimblog.com ; Info Chief, Tian Chua's blog: http://www.tianchua.net; if you find them worth reading, do help us promote them to your friends.
--
Untuk maklumat lanjut, sila layari KeADILan trilingual website: Malay: www.keadilanrakyat.org, www.suarakeadilan.com, English: http://en.keadilanrakyat.org/ , & Chinese: http://zh.keadilanrakyat.org/; Advisor Anwar Ibrahim's blog: www.anwaribrahimblog.com ; Info Chief, Tian Chua's blog: http://www.tianchua.net; if you find them worth reading, do help us promote them to your friends.
-- Biro Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Laman Web: http://angkatanmuda.org Emel: penerangan@angkatanmuda.org Laman Web Ketua AMK: http://shamsuliskandar.com
Sementara itu di Malaysiakini:
-
Polis guna meriam air surai penyokong Uthayakumar Abdul Rahim Sabri | Feb 28, 09 12:05pm - dikemaskini 12.30 tengahari Polis melepaskan tembakan meriam air untuk menyuraikan kira-kira 300 orang yang berhimpun di luar ibu pejabat polis Brickfields untuk membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar.LAGI
-
Buat laporan polis Sudah bersurai