Gelombang Rakyat

biGlory - Najib Molek Serah Kepada Rakyat Malaysia Di Perak Kembali Pada Order & Sedia Sudi Terima Akibatnya..! Malaysiakini

Malaysian Minister of Defense, Najib Razak, pi...Image via Wikipedia



Pemaju Masyarakat biGlory - Blogger Rakyat

P
rima Maya
- Bloggers Network Selangor @ Malaysia









Dari Blog Kopitiam Bang Nan...

Sunday, March 1, 2009

Akhbar Sinar Laporkan Najib 'Sahkan' Nizar Masih MB...

Itulah yang teman faham dari apa yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian hari ni...inilah berita lawak hari Ahad yang menceriakan hidup teman..he he

Pos penuh di sini:

http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/2009/03/akhbar-sinar-laporkan-najib-sahkan.html

Mohd Najib Abdul Razak ternyata telah menggerakkan langkah yang salah dan silap di Perak Darul Ridzuan.

Sekarang, kemelut di Perak Darul Ridzuan, kusut, jerut, dan tak patut.

Rakyat Malaysia di Perak tidak dapat manfaat apa pun dari gerakan keji Barisan Nasional pada 5 Februari 2009.

Mohd Najib Abdul Razak sendiri, molek serahkan kembali kepada kuasa Rakyat untuk diletakkan Order di Perak Darul Ridzuan.

01.

Mohon ampun ke Bawah Duli, Baginda Sultan Perak, kerana membabitkan Istana, dan mencemarkan nama Baginda.

02.

Memohon maaf kepada Muhammad Nizar Jamaluddin, dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Terutama layanan yang telah menghina beliau dan mereka.

03.

Memohon maaf kepada Rakyat Malaysia di Perak, kerana merampas keji negeri mereka. Terutama telah menyusahkan mereka.

04.

Kembali menemui Baginda Sultan Perak, supaya Baginda dapat memanggil semua ADUN, dan kembalikan jawatan Menteri Besar Perak kepada Muhammad Nizar Jamaluddin, dan kerajaan kepada Pakatan Rakyat.

05.

Letak jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak.

06.

Memilih untuk tidak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Begitu...

Berkaitan di Malaysiakini:

Akhbar Sinar Laporkan Najib 'Sahkan' Nizar Masih MB...
Firdaus Omar | Mar 1, 09 10:10am
Maknanye Najib ye...statement mike ni implying that Nizar masih lagi jadi MB Perak yang sah sehinggalah mahkamah buat keputusan samada perlantikan Zambery sah ataupun tidak? Itupun mahkamah kena isytihar samada pemecatan Nizar mengikut ...

Reblog this post [with Zemanta]

biGlory - Kompilasi Bahan Setempat - Pada Anda Kenapa Najib Tak Layak Jadi PM..? Malaysiakini

Malaysian Minister of Defense, Najib Razak, pi...Image via Wikipedia




















Pemaju Masyarakat biGlory - Blogger Rakyat

P
rima Maya
- Bloggers Network Selangor @ Malaysia





Tok Iskandar telah bersuara.

Kini peranan kita untuk mempastikan jaminan bahawa Rakyat Malaysia dan Negara Malaysia selamat.

Khususnya, kita tolak pemimpin dan kepemimpin yang merbahaya.

Jadi ini ialah kompilasi setempat bertujuan mengumpul bahan berselerak di Maya.

Kompilasi setempat ini ialah supaya dapat menjadi rujukan Rakyat Malaysia.

Sila elakkan tuduhan, dakwaan, pra-sangka, atau flaws dan falsehood.

Kita mahukan facts, ya fakta.

Saya mulakan dengan

Kenyataan:

Mohd Najib Abdul Razak Sebagai Presiden UMNO

Undian:

Pilihan Paling Tepat

Pilihan Paling Silap

Entah, Tak Pasti

Sejumlah 132 undi setakat ini.

Pilihan Paling Tepat, 13 undian bersamaan 10 %.

Pilihan Paling Silap 117 undian, bersamaan 88 % (sebelum dibundarkan)

Entah, Tak Pasti, 2 undian bersamaan 2 %.

Soalan seterusnya,

Pada Anda Kenapa Mohd Najib Abdul Razak Tidak Layak Jadi PM..?

Kemukakan bukti ya.

Malaysiakini melaporkan:

Kabinet tunda kenaikan tol di lima lebuhraya
Feb 27, 09 12:53pm

kemaskini 4:48pm Kabinet hari ini menunda keputusan menaikkan kadar tol di lima lebuh raya seperti diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed semalam.

Bagaimanapun, di Putrajaya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kadar baru tol itu tidak akan dilaksanakan dalam jangka masa terdekat atau sehingga akhir tahun ini seperti yang diumumkan oleh Mohd Zin.

Seorang Perdana Menteri Malaysia mesti prihatin dalam membuat keputusan supaya tidak dengan sengaja membebankan Rakyat dan Negara.

Tidak molek main-main sepertimana contoh naik dan turun bayaran tol.

Berdasarkan flip-flop keputusan begini, Mohd Najib Abdul Razak tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kita tolak Mohd Najib Abdul Razak.

Kita mahukan pemimpin dan kepemimpin yang prihatin kepada memanfaatkan khususnya memajukan Rakyat Malaysia, dan Memakmorkan Negara Malaysia.

Kata Tak Nak

Pada Mohd Najib Abdul Razak.

Gambaran buruk dan memalukan Mohd Najib Abdul Razak, Bakal Perdana Menteri Malaysia di WikiPedia:

http://en.wikipedia.org/wiki/Najib_Tun_Razak


Reblog this post [with Zemanta]

biGlory - Jurang Kemampuan Memimpin PRK Molek Dilenyapkan..! Malaysiakini


Parti Keadilan RakyatImage via Wikipedia

Zubli Zainordin

P
emaju Masyarakat
biGlory - Blogger Rakyat

Prima Maya - Bloggers Network Selangor @ Malaysia



Pada saya, Anwar Ibrahim sebagai pemimpin dan kepemimpinannya memang World Class. Andai sebagai teraju, Perdana Menteri Malaysia, memang molek sangat.

Terutama UMNO dan Barisan Nasional dari Abdullah Ahmad Badawi sampai ke bawah, sudah ketiadaan pemimpin. Rata-rata melawak Pak Lawak sahaja.

Anwar Ibrahim dirasakan sudah lama siap sedia dan layak menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia.

Apatah lagi, PKR - Parti KeADILan Rakyat boleh dijadikan model sebuah parti politik yang truly Malaysia.

Namun, selepas Anwar Ibrahim, tidak nampak pemimpin dan kepemimpinan yang sehebatnya.

Sama ada ada di antara mereka yang segan menyerlah, dan mahu Anwar Ibrahim selesa memimpin tanpa ada cabaran dari dalam parti.

Namun, ini tidak molek.

Sebaiknya, tiada cabaran sedemikian untuk ketika ini dan seterusnya, namun pemimpin PKR perlu bangkit menyinar di persada politik tanahair.

Maksudnya bukan berebut jawatan, tetapi muncul sebagai pemimpin terbaik untuk Malaysia.

Sedia bersusun sebagai bekalan untuk kepemimpinan Malaysia untuk 20 tahun mendatang, umpamanya.





























Beri Rakyat Malaysia yakin, ada 20 pemimpin World Class dalam PKR, umpamanya.

Sesiapa pemimpin yang tidak punyai aspirasi perjuangan PKR maka tetap atau undur. Bertentangan, keluar.

Umpamanya, sepertimana dalam Amanat Harapan Rakyat diucapkan Anwar Ibrahim, dalam PKR tiada pemimpin Melayu yang perjuangkan Melayu sahaja. Tiada pemimpin Cina perjuangkan Cina sahaja. Tiada pemimpin Dayak perjuang Dayak sahaja.

Pemimpin PKR itu perjuang Rakyat Malaysia.

Itu saya setuju.

Kerana parti politik berteraskan kaum seperti terutamanya UMNO, MCA, MIC, sudah tidak relevan lagi.

Parti politik sedemikian bakal pupus.

Harapnya menjelang PRU 13.

Terutama jika Mohd Najib Abdul Razak memimpin, habis Lah UMNO.

Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek terus berkunfu verbal, habis Lah MCA.

Tiada pemimpin lain melainkannya, habis Lah MIC.

Maka PKR perlu siap sedia memunculkan seramai pemimpin pelapis yang hebat memperjuangkan Rakyat Malaysia.

Betul tak Nurul Izzah Anwar..?













Berkaitan di Malaysiakini:
  • Anwar rallies the troops amidst setbacks
    Terence Netto | Feb 28, 09 5:41pm
  • anwar ibrahim and pkr speechDoes PKR have the leadership caliber to usher in political change in Malaysian politics? That’s the question Anwar seeks to answer at a special party meeting today.MORE
  • Anwar: Our message is Ketuanan Rakyat
    Renew PKR's commitment to the people


Reblog this post [with Zemanta]

biGlory - Pertama Kali Saya Hadir Anwar Berucap Live Ketika Disampaikannya Amanat Harapan Rakyat..!








Skrin di luar Kayangan Ballroom ketika Anwar Ibrahim menyampaikan Amanat Harapan Rakyat.




Parti Keadilan RakyatImage via Wikipedia

Zubli Zainordin

P
emaju Masyarakat
biGlory - Blogger Rakyat

P
rima Maya
- Bloggers Network Selangor @ Malaysia

No big deal, bagi yang tidak berminat. Biasalah, bagi yang sering mendengar.

Pada saya, pengalaman manis Pertama Kali Saya Hadir Anwar Ibrahim Berucap Live Ketika Disampaikannya Amanat Harapan Rakyat..!

Terima kasih kepada Mohd Asrol Affandi yang mengaturkan kehadiran saya. Serta green light dari pemimpin yang bertanggungjawab selaku penganjur.

Ini satu pengiktirafan kepada BLOSSOM - Bloggers Network Selangor Malaysia, dan biGlory - Blogger Rakyat, bukan sebagai hadirin biasa, namun sebulatan duduk berdiri di sisi lain-lain wakil media.

Saya sampai tepat pukul 2:30 petang. Mendaftar dan diberi ini:

Pass Media.

Ketika itu Kayangan Ballroom penuh dan padat diisi audiens...





















Di luar Kayangan Ballroom, turut disediakan kerusi.








Saya terus masuk dan duduk di kalangan Wakil Media.

Kemudian, nampak ada 2 Senior sewaktu di ITM dulu.

Maju setapak lagi ke hadapan.





Yunus Said



















Khalid Jaafar








Ini macam kenal. Maju ke depan lagi...

Kemudian, Anwar Ibrahim sampai, saya berdiri di barisan menyambut, sambil dia lalu di hadapan dan ambil tempat duduk.


























Kemudian namanya diumumkan, Anwar Ibrahim pun menuju pentas. Saya tunggu di tangga, bersalaman dengannya.

Lama salamnya sebab dimanfaatkannya salaman saya itu untuk naik tangga ke pentas.

Anwar Ibrahim berucap menyampaikan Amanat Harapan Rakyat, yang berjaya suntik harapan kepada hadiran dan seterusnya Rakyat Malaysia, yang bakal mendapatkan informasi ini walaupun tiada kesempatan hadir.

biGlory - Anwar Berjaya Sampai Amanat Suntik Harapan Rakyat Cakup Semua..! Malaysiakini

Parti Keadilan RakyatImage via Wikipedia

Zubli Zainordin

P
emaju Masyarakat
biGlory - Blogger Rakyat

P
rima Maya
- Bloggers Network Selangor @ Malaysia


Satu amanat Anwar Ibrahim yang telah berjaya disampaikan.

Amanat berupa suntikan harapan yang amat diperlukan. Ya, diperlukan setelah beberapa peristiwa berlaku selepas P 36 Kuala Terengganu, khususnya mengenai Parti KeADILan Rakyat.

Amanat Anwar Ibrahim ialah suntikan harapan.

Harapannya.
Harapan pemimpin, kesepaduan kepemimpinan, dan parti PRK - Parti KeADILan Rakyat. Harapan Pakatan Rakyat.
Harapan Rakyat Malaysia.



















Sumber Foto: biGlory Blogger Rakyat
Bloggers Network Selangor Malaysia

Anwar Ibrahim tenang sepanjang hadir di sini. Penyampaian amanatnya jelas namun penuh semangat. Terutama kerana ini audiens yang cukup mesra dan dekat dengannya. Satu parti semacam satu keluarga.

Satu individu ke satu individu. Satu kelompok ke satu kelompok, satu angkatan ke satu angkatan. Disentuh dalam amanatnya disampaikan dengan rapi. Akhirnya, semua yang hadir dapat merasakan kebangkitan baru. Satu macam pemulihan dari serangan tubi bertubi pihak lawan. Serta juga cabaran pihak kawan.

Isu semasa yang berkaitan Pakatan Rakyat dan khususnya Parti KeADILan Rakyat dibentang dan dikupaskan terperinci.

Dari sejarah silam diungkapnya. Terutama kebijaksanaan dalam Sejarah Melayu. Sejarah Kesultanan dan Raja Melayu. Nama hebat disebut - Hang Tuah nan setia, Hang Jebat nan membela. Tun Perak yang setia dan bijaksana, yang membawa sembah derhaka, namun menyerikan sinar di ketika itu. Si Kitol yang hina, dan Mendeliar yang tangguk di air keruh.

Ini sejarahnya. Ini juga yang berlaku di Perak. Ini juga bermula di PutraJaya.

Selain itu, Anwar Ibrahim juga menyentuh bab perlembagaan, parlimen, parti, pakatan, pilihanraya, perjuangan dan pendirian.

Setelah menghampiri setahun, PRU 12, maka inilah masa dan ketika untuk kembali memantapkan perjuangan asal, setelah menghadapi cabaran yang mahu menggelincirkan.

Anwar Ibrahim terus melakarkan masa depan. Persiapan yang harus diusahakan secara menyeluruh oleh setiap pemimpin, ahli, penyokong, dan khususnya hadirin.

Dalam penyampaian yang bersahaja, namun bersemangat, Anwar Ibrahim ternyata mempunyai bahan berjenaka yang laris. Setiap kali disebutnya Mohd Najib Abdul Razak, tidak dapat tidak, audiens mengkekeh-kekeh ketawa.

Ketawa yang bertali arus.

Barangkali juga ini ketawa di kalangan sebahagian Rakyat Malaysia. Ketikamana Mohd Najib Abdul Razak telah berjaya meletakkan dirinya sebagai bahan lawak utama, dan bukan selayaknya Perdana Menteri Malaysia pengganti Abdullah Ahmad Badawi. Ya, Abdullah Ahmad Badawi yang pada saya sudah tidak berguna lagi.

Saya hadir tepat jam 2:30 petang, dan pulang awal, pada 4:30 petang.

Saya tahu, banyak lagi bahan informasi dan visual akan muncul selepas ini, memenuhi media, saluran OnLine, You Tube, dan seumpamanya.

Sama-sama kita tunggu untuk mendapatkan amanat sepenuhnya...

Rujukan asal:

Tarikh: 28 Febuari 2009

Masa: 2.30pm

Tempat: Kayangan Ballroom, Quality Hotel,
Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam


Biro Penerangan
Parti Keadilan Rakyat

--
Untuk maklumat lanjut, sila layari KeADILan trilingual website: Malay: www.keadilanrakyat.org, www.suarakeadilan.com, English: http://en.keadilanrakyat.org/ , & Chinese: http://zh.keadilanrakyat.org/; Advisor Anwar Ibrahim's blog: www.anwaribrahimblog.com ; Info Chief, Tian Chua's blog: http://www.tianchua.net; if you find them worth reading, do help us promote them to your friends.

-- Biro Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Laman Web: http://angkatanmuda.org Emel: penerangan@angkatanmuda.org Laman Web Ketua AMK: http://shamsuliskandar.com


Sementara itu di Malaysiakini:

  • Polis guna meriam air surai penyokong Uthayakumar
    Abdul Rahim Sabri | Feb 28, 09 12:05pm
  • dikemaskini 12.30 tengahari Polis melepaskan tembakan meriam air untuk menyuraikan kira-kira 300 orang yang berhimpun di luar ibu pejabat polis Brickfields untuk membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar.LAGI
  • Buat laporan polis
    Sudah bersurai


Reblog this post [with Zemanta]

biGlory - Anwar Akan Sampaikan Amanat Harapan Rakyat..!

Anwar Ibrahim has been critical of the New Eco...Image via Wikipedia









Selepas apa yang berlaku kepada Elizabeth Wong, dan Abdul Khalid Ibrahim, selepas titik keliru berkaitan Nasharudin Hashim and seluruh episod Perak...

Rasanya amat perlu satu perjumpaan semua yang berkenaan dengan Anwar Ibrahim.

PKR - Parti KeADILan Rakyat yang sentiasa nampak mendahului pakatan parti dalam Pakatan Rakyat, kini sudah di kedudukan ketiga selepas PAS - Parti Islam Se-Malaysia, dan DAP - Democratic Action Party.

Terkini, Anwar Ibrahim akan menyampaikan mesej yang bertema 'Amanat Harapan Rakyat' kepada Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Ahli Exco Angkatan Muda, Wanita dan Pejabat Perhubungan Negeri Parti Keadilan Rakyat.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 28 Febuari 2009

Masa: 2.30pm

Tempat: Kayangan Ballroom, Hotel Quality,

Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam


Biro Penerangan
Parti Keadilan Rakyat

--
For more information, kindly visit KeADILan trilingual website: Malay: www.keadilanrakyat.org, www.suarakeadilan.com, English: http://en.keadilanrakyat.org/ , & Chinese: http://zh.keadilanrakyat.org/; Advisor Anwar Ibrahim's blog: www.anwaribrahimblog.com ; Info Chief, Tian Chua's blog: http://www.tianchua.net; if you find them worth reading, do help us promote them to your friends.
--

Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Laman Web: http://angkatanmuda.org
Emel: penerangan@angkatanmuda.org
Laman Web Ketua AMK: http://shamsuliskandar.com

InsyaAllah, saya akan hadir mewakili Bloggers Network @ Selangor Malaysia.


Reblog this post [with Zemanta]

BLOW - Terkini BLOSSOM - Bloggers Network At Selangor Malaysia Mula Orak Langkah..! Pemimpin Politik Prihatin Bersatu..!!

BLOSSOM - Bloggers Selangor Jom Bersatu Untuk Manfaat Bersama..!

Peluang untuk Bloggers Selangor.

Sekarang ini para pemimpin Bloggers Network @ Selangor Malaysia sedang menyusun strategi memanfaatkan ahli di kalangan Bloggers Selangor.

Melalui akses kepada pemimpin politik yang prihatin, kita usahakan bersama kemajuan kita untuk kecapi kemakmoran negeri.

Idea Dr Abdul Wahab Arbain bakal diterjemahkan supaya berhasil.

Dr Abdul Wahab Arbain.

Dr Abdul Wahab Arbain
Pengasas
Pemikir Rujukan
Bloggers Network Selangor Malaysia

Khidmat Prima Maya Bloggers Network Malaysia, Mat Saman Kati, bakal dimanfaatkan sepenuhnya.

Pemimpin Bloggers Network @ Selangor Malaysia...







Zubli Zainordin
Prima Maya
Bloggers Network @ Selangor Malaysia

TopengPerak di
Perisik Rakyat®

Asrol - kelatekito.com


Mohd Asrol Affandi

Setiausaha Agong
Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Bersama-sama

radenjowo



Isa





dan beberapa Bloggers yang sudi kerja di luar kebiasaan, mempelawa anda mengemukakan idea dan khidmat untuk kemanfaatan kita bersama.

Jom! Peluang luas terbuka kini...

Let's Make It Happen.

Setakat ini bidang yang sedang diusahakan meliputi:

* Pembangunan Sumber Manusia Seluruh Negeri

* Pembentukan Rangkaian Industrialists

* Tanaman Teknologi Tercanggih

* Pengeluaran Dan Penghasilan Gas Dan Minyak Bio

* Pengwujudan Pusat Media Negeri

* Jalinan Niaga Negeri Ke Global

* Lain-lain

Maka lain-lain itu masih terbuka peluangnya untuk anda ahli Bloggers Network @ Selangor Malaysia.

Peluang ini juga bakal dikongsi dengan Bloggers Network cawangan seluruh negara.

BLOW - Pengenalan The Shadow - Zubli Zainordin - Tok Bebayang Acheh Dan Cucunya Zizi - Asrol KelateKito..!




Saya,








Zubli Zainordin

akan menjadi Bloggawan Tamu di sini, BLOW, dan terus semarakkan usaha di








A Total Blog.

disamping berperanan sebagai

Prima Maya Bloggers Network At Selangor Malaysia - BLOSSOM.


Satu Daripada Cawang

Bloggers Network Malaysia.
http://bloggersnetworkmalaysia.com/

Asalnya ini ialah Satu Blog Total, telah ditingkatkan menjadi

BLOW.



Zizi - Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

telah diserahkan tugas sebagai Pengarang.






Namun, setelah Perak Darul Ridzuan menjadi Perak Darul Rampas...

Jelas bahawa,

Malaysia sebuah negara yang telah menyaksikan Pemimpin utama negara paling buruk dan teruk dalam sejarah negara.

Kepemimpinannya hampas!

Doa agar dia bersara awal.

Seterusnya, Malaysia bakal menyaksikan kemunculan Pemimpin utama negara yang paling lebih buruk dan lebih teruk lagi.

Maka sudah tiba masa dan ketika seorang daripada 4 Tok Acheh, dibangkitkan untuk berperanan.

Beliau ialah

Tok Bebayang Acheh.

bersama Cucunya Zizi, akan memblog di sini.

Semoga gabungan ini memanfaatkan kita semua, khususnya Rakyat Malaysia.

BLOW telah ditingkatkan wajahnya seperti sekarang.

Ini, satu impian jadi kenyataan.

Usaha dan sumbangan pakar bidang, Mohd Asrol Affandi.

Blog hebatnya ialah:

Web Panas - Hangat Di Malaysia

Dan
Kelate Kito

Setinggi-tinggi Terima Kasih.

Allah jua mengganjarimu berterusan dan berganda.

InsyaAllah, perjuangan sokong pemimpin, parti dan gabungan politik terbaik untuk Rakyat Malaysia dan Negara Malaysia, berterusan...

Terima kasih kepada semua Rakan Bloggawan, Pelawat, Tamu, para Komentor, dan semua yang terus memberi sokongan kepada usaha murni bersama kita ini.

Jom! Sukses Total...