Gelombang Rakyat

BLOW - The BN Grand Design - Memahami Faktor Mahathir..! Malaysiakini

Former Malaysian Prime Minister, Tun Dr Mahath...Image via Wikipedia

Zubli Zainordin

Di Malaysia, bila bercakap perihal pencorakan bidang politik, khususnya pemimpin dan kepemimpinan, terutamanya penentuan siapa Perdana Menteri Malaysia, terdapat 2 tokoh utama.

Seorang ialah Mahathir Mohamad.

Seorang lagi, saya sebut sebagai The Mystery Man.

Bila disebut Mahathir Mohamad, rakan-rakan kata, dia bukan PM lagi, dia dah nyanyok dah, dan dia tidak relevan.

Saya jawab, dalam senerio sekarang, terutama di PRU 12, boleh tidak dikatakan tiada faktor Mahathir Mohamad? Please discard him from the equation!

Baru mereka sedar, Mahathir Mohamad, sebelum, semasa, dan selepas, duduk di kerusi Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad terus memainkan peranan pencorakan pemimpin dan kepemimpinan dan siapa Perdana Menteri Malaysia.

Menariknya ialah The Mystery Man. Boleh dikatakan dia oposit Mahathir Mohamad.

Contohnya, sebab dia itu The Mystery Man, jika Mahathir Mohamad ke hadapan menyuarakan pandangan, dia di belakang dan pandangannya diberikan tapi tidak diketahui umum.

Semasa Mahathir Mohamad ialah Perdana Menteri Malaysia Ke-4, diberinya perhatian kepada Abdullah Ahmad Badawi, semasa itu Abdullah Ahmad Badawi mula ditempatkan sebagai Menteri Pelajaran Malaysia, dan kemudian peristiwa tertubuhnya Semangat 46.

Sementara itu, didikannya ialah Anwar Ibrahim dan Mohd Najib Abdul Razak.

Dari saat itu, sehingga kini, kedua-duanya belum bangkit untuk berdiri separas platform dengannya.

Sementara mereka berdua terus meningkat kemahiran, soalnya di manakah kedudukan Mahathir Mohamad dalam konteks The BN Grand Design kini?

Pada saya, Mahathir Mohamad hanyalah pemerhati.

Keutamaannya ialah Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan pada 9 Mac 2008. Bila ada gerakan seperti Budak Tingkat 4, dan segala pasak parti dan komponen Barisan Nasional, sokong Abdullah Ahmad Badawi, maka Mahathir Mohamad keluar parti.

Di dalam dan di luar, Mahathir Mohamad sama sahaja, Abdullah Ahmad Badawi mesti letak jawatan.

Dijangkakan Mahathir Mohamad akan kembali ke pangkuan UMNO sekitar April 2009. Ketika itu syaratnya keluar dan kembali telah dipenuhi.

Menuju kerusi Perdana Menteri Malaysia kini ada 2 pemimpin, yakni Mohd Najib Abdul Razak, dan Anwar Ibrahim.

Sayang sekali Abdullah Ahmad Badawi bukan satu daripada 2 pencorak utama teraju negara.

Pun begitu, Abdullah Ahmad Badawi bersedia untuk Mohd Najib Abdul Razak menggantinya. Seandainya terjadi, Abdullah Ahmad Badawi dilihat boleh terima Anwar Ibrahim, melalui proses yang betul untuk duduk di kerusi yang sama.

Dalam hal yang sama, Mahathir Mohamad berbeza daripada Abdullah Ahmad Badawi.

Memahami Faktor Mahathir Mohamad.

Sehubungan dengan 2 pemimpin tujui kerusi Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad akan memihak kepada Mohd Najib Abdul Razak, dan terus bersuara supaya Anwar Ibrahim tidak menduduki kerusi tersebut.

Kelebihan Mohd Najib Abdul Razak ialah akses kepada Mahathir Mohamad, namun tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim kini tidak duduk semeja, mungkin duduk semeja dahulu itu, maka itulah kali terakhirnya.

Jika boleh duduk semeja sekarang, ianya bagus. Jika tidak masih ada cara untuk Anwar Ibrahim supaya Mahathir Mohamad tukar dan tidak akan memihak kepada Mohd Najib Abdul Razak lagi.

Semua ini pandangan saya, dan berubah jika ada maklumat yang lebih kredibel.

Demi redha-nya, dan mengutamakan Rakyat Malaysia dimajukan dan Negara Malaysia dimakmorkan, kami terus memerhatikan...



Zizi Cucu Tok Bebayang Acheh












Tok Bebayang Acheh











Bacaan Menarik di Malaysiakini:

'If it's wrong for Najib, it's wrong for Anwar'
Feb 18, 09 11:05am

vox populi big thumbnail‘Anwar’s harping of Sept 16 was based on inducing elected representatives to switch from being BN reps to PR ones. No context can right this wrong principle.’




Reblog this post [with Zemanta]

3 comments:

kluangman said...

Tuan,

Tabik spring - saya mengaji belum sampai tahap tu..

Baru masuk bab ketua cawangan..

dollah yankee said...

betoi lah tu..mahathir marah sangat kat anwar sebab anwar tak sabaq,bukan ada benda lain pun,tapi dalam hati dia kalau suruh pileh anwar dengan najib, dia masih suka kat anwar,dia pun dah susun elok 10 tahun dulu,lepas dia anwar,lepas tu najib...

www.katobengke.com said...

aq salah satu pengagum mahatir loh....