Gelombang Rakyat

BLOW - Di Suboh Ini Tok Bebayang Acheh Mula Bersuara..!

Angkara siapakah ini?

Di Subuh ini, hamba-Nya, Tok Bebayang Acheh, bertanya.

Durjana kamu, disaksikan-Nya.

Tika ingatan, para Malaikat pernah bertanya, perihal penciptaan manusia. Termasuk kamu jua.

Di dunia ini kamu berpeluang, sama ada:

Sujud penuh hanya kepada-Nya.

Atau, ikuti jejak langkah musuh.

Musuh kepada Datuk Tertuaku - Adam. Musuh sekalian cucunya. Ia musuh yang nyata padaku jua.

Atau hidup kepura-puraan, dihati tersemat tidak, sedangkan lafaz mulut berbunyi ya.

Kamu pemimpin penuh noda. Kerusi kuasa kau masih mahu duduk jua. Sedangkan layakmu tiada. Negara Malaysia, kau bukan peduli apa. Rakyat Malaysia, kau prihatin tiada. Kamu Lah pemimpin durjana.

Di sini aku telah tiba.

Mengingatkan kamu, seperti insan biasa, kamu kan kembali jua kepada Yang Maha Pencipta.

Sebagai pemimpin, amanah yang kamu tanggung kini, bakal kamu jawab kelak di kehadrat-Nya.

Tika itu, apakah kamu akan bersamanya, musuh sekalian manusia, masuk dipanggang dalam Api menyala, abadi selama-lamanya..!

Insaf Lah, tika usia dan hayat kamu masih ada.

Sebelum sakratul-maut datang nyawa kamu dicabutnya.

Insaf Lah.

Dengan kuasa nan ada:

Majukan Rakyat Malaysia.

Makmorkan Negara Malaysia.

Supaya kamu mulia kini dan kelak di sisi-Nya...

Dan di pandangan kami jua.

3 comments:

LESONGINDEK said...

Salam Tok Bebayang Aceh,

Syabas, Kerja kuat nampak?.

Posting ini payah aku nak kunyah kerna sastera nya. Aku faham jenis direct, tu yang dilatih. Namun demikian kira bagus. Kuat lagi sikit pukul gendang nya. Tapi yang penting jangan tertelan ekor sendiri. Manyak aku perhati telah terjadi.


Zubli= Tok Bebayang Aceh dah bercucu ZiZi ye?.


TK

Shitsurei Shimashita said...

adakah mereka insaf???
entahlah

Gelombang Rakyat said...

Pak Chik M.SEPIAL

Zubli Zainordin iya sibuk.

Atuk iya senyum jah. Iya sampaikan salam dan terima kasih di atas peringatan. Sesungguhnya dia tak pernah dilatih menulis di Fakulti Mass Comm.

Iya sekolah di Universiti Alam.

Wa cari ekornya tadi tapi tak jumpa, mungkin iya sendiri dah tertelannya tadi suboh.

Ini dah macam Blog 3 generasi, Pak Chik M.SEPIAL oii..!

Nanti marilah komen lagi ya.