Gelombang Rakyat

BLOW - Episod Perak Pos Cyberboron Penjelasan Nizar - Bezanya Najib Ngan Anwar..! Malaysiakini

Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Chief...Image via Wikipedia

ZiZi Cucu Tok Bebayang Acheh





Hek-eleh..!

Bebudak gitu ler.

Bila Mak iya tanya, nape kor debuk anak jiran. Iya jawap budak tu dedik dia dulu.

Mak iya pun nganga..!

Habeh cam ner lak, apa yang katakan hal katak lompat neh?

Anwar Ibrahim kata dia nak buat, dapatkan beberapa MP keluar Barisan Nasional join Pakatan Rakyat. Tapi dia tak buat pun.

Mohd Najib Abdul Razak yang cemoh, tapi dia yang buat. Nengok ler ape dah jadi kat Perak Darul Rampas.

Sekarang macam maner?

Zubli Zainordin

Berikut penjelasan Muhammad Nizar Jamaluddin perihal apa yang berlaku detik demi detik di Perak Darul Ridzuan.


Dari catatan Bloggawan cyberboron to jeritan minda politik malaysia 2/17/2009 06:35:00 PM petikan - kamparinn.blogspot.com -




Menurut Muhammad Nizar Jamaluddin:

Mohd Najib Abdul Razak


Tanggal rampasan pada 5 Februari 2009 (Khamis).

Sejarah hitam terlakar bagi Rakyat Malaysia di Negeri Perak Darul Ridzuan, apabila dengan zalim dan rakusnya Mohd Najib Abdul Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi
5 Februari 2009 untuk merompak hak rakyat melalui pintu belakang.

Pada 2 Februari 2009 (Isnin), Muhammad Nizar Jamaluddin mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan Jamaluddin (Behrang) dan Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Januari 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker - Sivakumar) kepada
SPR memohon dilaksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.

Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Mohd Najib Abdul Razak masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya Nasaruddin Hashim (ADUN Bota yang telah menyeberang ke PKR) pada
25 Januari 2009, dan ADUN Jelapang Hee Yit Fong.

Perhubungan dengan Jamaluddin dan Osman telah terputus mulai
26 Januari 2009. Keluarga dan orang terdekat termasuk ketua umum PKR (Anwar Ibrahim) juga gagal menghubungi dua ADUN tersebut. Hanya setelah surat perletakan jawatan dikemukakan barulah mereka berdua muncul bersama Mohd Najib Abdul Razak.

Semasa kemelut itu juga Nasaruddin Hashim dilaporkan hilang dibawa oleh 2 orang ADUN UMNO yang kononnya mereka diarah menjemput Nasarudin Hashim bertemu Raja Muda. Dia akur dengan pelawaan palsu tersebut dan bersetuju bersama kedua-dua ADUN UMNO itu menaiki kenderaan pacuan empat roda dan terus hilang entah ke mana. Khabarnya Nasarudin Hashim dilarikan kepada dakapan Mohd Najib Abdul Razak . Dilaporkan oleh isteri Nasarudin Hashim, yakni Umi bahawa suaminya hilang mengikut dua orang ADUN UMNO pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk dibelutkan oleh umno agar Nasarudin Hashim kembali semula kepada UMNO-BN walaupun telah bersumpah di khalayak ramai 10000-15000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO. Pertemuan Nasarudin Hashim dengan Muhammad Nizar Jamaluddin di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama beberapa ahli Exco dan pimpinan PKR Perak juga menjanjikan perkara yang sama. Bila ditanya oleh warga media adakah Nasarudin Hashim akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kepada Mohd Najib Abdul Razak, namun jawab Nasarudin Hashim "InsyaAllah, tidak".

Ketika itu didapati Hee Yit Fong dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, sehingga ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong
DAP memberi amaran mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah meletak jawatan.

Ketika itu, keputusan
SPR pula menafikan hak dan permohonan Speaker untuk diadakan pilihanraya kecil di Behrang dan Changkat Jering. Maka tiada pilihanraya kecil. Ini pun atas desakan dan campur tangan UMNO-BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO-BN di Kuala Terengganu ) untuk jangan diadakan pilihanraya kecil di Behrang dan Changkat Jering. (Bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Fasal 113).

Maka pada 4 Februari 2009, selaku MB serta ketua DUN, Muhammad Nizar Jamaluddin mengadap DYMM Sultan Perak memohon perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak Rakyat Malaysia di Perak, membuat pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan Perak menyatakan akan mengkaji dan menghubungi Muhammad Nizar Jamaluddin kemudian. Muhammad Nizar Jamaluddin akur.

Keesokan harinya, 5 Februari 2009 (khamis) jam 10.00 pagi Muhammad Nizar Jamaluddin bersama-sama Abdullah Ahmad Badawi berada di Bagan Serai merasmikan majlis pertanian penanaman padi seluas sekitar 200 ekar secara moden oleh Sime Darby. Namun keseluruhan berita telah digelapkan walaupun ada liputan media meluas. Jam 11.45 pagi
Muhammad Nizar Jamaluddin menerima perintah DYMM Sultan Perak untuk mengadap di Istana Kinta. Maka Muhammad Nizar Jamaluddin memohon laluan dari Abdullah Ahmad Badawi dan terus menuju Istana . Sesampainya di Istana, DYMM Sultan Perak telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-Undang Negeri (LA). Muhammad Nizar Jamaluddin terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, Muhammad Nizar Jamaluddinlah yang akan menunggu DYMM Sultan di dalam bilik khas).

DYMM menyatakan kepada
Muhammad Nizar Jamaluddin:-

1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju terus dengan BN.

2. Adun Bota (Nasarudin Hashim) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN.

3. Ketiga ADUN (Behrang, Changkat Jering dan Jelapang) juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3).

4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.

Muhammad Nizar Jamaluddin sudah terlintas di hati yang sesuatu yang 'tak kena' akan terjadi, makanya Muhammad Nizar Jamaluddin mohon mencelah dari DYMM Sultan Perak dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-

i. Saya hanya memohon perkenan ke bawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan kepada saya sebagai MB dan ketua DUN.

ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan kuat.

iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.


InsyaAllah, bersambung...

Tok Bebayang Acheh Dan Cucunya Zizi





Tok Bebayang Acheh

Yang Haq akan Tegak, dan Yang Bathil pasti Tumbang!










Reblog this post [with Zemanta]

4 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Tuan, awat lambat benor penjelasan diberi - lepas nasi jadi buboq - lepas buat demonstrasi mengamoq - awat tak buat awai2.

Cantik skrip tu..

Gelombang Rakyat said...

Kluangman

Baguih ler ada penjelasan, daripada tak ada langsung.

Penjelasan ini elok untuk peringatan negeri lain, supaya tidak berulang.

Bila nak buat filem?

Quantum Metal Consultant said...

Sapa nak jadi pelakon, budak itam ni boleh, tapi bukan yemyaisee tau...

Tapi dia ni hebat...

Zambry beri keterangan kepada jawatankuasa DUN Perak
17/02/2009 7:00pm


IPOH 17 Feb. — Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir hari ini memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berhubung kenyataannya terhadap Speaker DUN V. Sivakumar.

Turut dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan adalah dua wartawan, masing-masing daripada akhbar The Star dan Sin Chew Daily.

Zambry ketika ditemui pemberita selepas memberikan keterangan itu berkata, kehadirannya adalah kerana menghormati speaker dan institusi jawatankuasa berkenaan yang memanggilnya untuk memberi keterangan.

“Saya datang kerana menghormati Speaker...kita ikut peraturan dan undang-undang,” katanya. - Bernama

Gelombang Rakyat said...

Kluangman

Jika bukan dari Yem pun, ramai ada pelakon yitam maniis.

Orait!

Sudah balance...

Sama-sama kita saksikan apa berlaku seterusnya...