Gelombang Rakyat

BLOW - Episod Perak Pos Cyberboron Penjelasan Nizar - Bezanya Najib Ngan Anwar..! Malaysiakini

Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Chief...Image via Wikipedia

ZiZi Cucu Tok Bebayang Acheh





Hek-eleh..!

Bebudak gitu ler.

Bila Mak iya tanya, nape kor debuk anak jiran. Iya jawap budak tu dedik dia dulu.

Mak iya pun nganga..!

Habeh cam ner lak, apa yang katakan hal katak lompat neh?

Anwar Ibrahim kata dia nak buat, dapatkan beberapa MP keluar Barisan Nasional join Pakatan Rakyat. Tapi dia tak buat pun.

Mohd Najib Abdul Razak yang cemoh, tapi dia yang buat. Nengok ler ape dah jadi kat Perak Darul Rampas.

Sekarang macam maner?

Zubli Zainordin

Berikut penjelasan Muhammad Nizar Jamaluddin perihal apa yang berlaku detik demi detik di Perak Darul Ridzuan.


Dari catatan Bloggawan cyberboron to jeritan minda politik malaysia 2/17/2009 06:35:00 PM petikan - kamparinn.blogspot.com -




Menurut Muhammad Nizar Jamaluddin:

Mohd Najib Abdul Razak


Tanggal rampasan pada 5 Februari 2009 (Khamis).

Sejarah hitam terlakar bagi Rakyat Malaysia di Negeri Perak Darul Ridzuan, apabila dengan zalim dan rakusnya Mohd Najib Abdul Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi
5 Februari 2009 untuk merompak hak rakyat melalui pintu belakang.

Pada 2 Februari 2009 (Isnin), Muhammad Nizar Jamaluddin mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan Jamaluddin (Behrang) dan Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Januari 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker - Sivakumar) kepada
SPR memohon dilaksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.

Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Mohd Najib Abdul Razak masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya Nasaruddin Hashim (ADUN Bota yang telah menyeberang ke PKR) pada
25 Januari 2009, dan ADUN Jelapang Hee Yit Fong.

Perhubungan dengan Jamaluddin dan Osman telah terputus mulai
26 Januari 2009. Keluarga dan orang terdekat termasuk ketua umum PKR (Anwar Ibrahim) juga gagal menghubungi dua ADUN tersebut. Hanya setelah surat perletakan jawatan dikemukakan barulah mereka berdua muncul bersama Mohd Najib Abdul Razak.

Semasa kemelut itu juga Nasaruddin Hashim dilaporkan hilang dibawa oleh 2 orang ADUN UMNO yang kononnya mereka diarah menjemput Nasarudin Hashim bertemu Raja Muda. Dia akur dengan pelawaan palsu tersebut dan bersetuju bersama kedua-dua ADUN UMNO itu menaiki kenderaan pacuan empat roda dan terus hilang entah ke mana. Khabarnya Nasarudin Hashim dilarikan kepada dakapan Mohd Najib Abdul Razak . Dilaporkan oleh isteri Nasarudin Hashim, yakni Umi bahawa suaminya hilang mengikut dua orang ADUN UMNO pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk dibelutkan oleh umno agar Nasarudin Hashim kembali semula kepada UMNO-BN walaupun telah bersumpah di khalayak ramai 10000-15000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO. Pertemuan Nasarudin Hashim dengan Muhammad Nizar Jamaluddin di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama beberapa ahli Exco dan pimpinan PKR Perak juga menjanjikan perkara yang sama. Bila ditanya oleh warga media adakah Nasarudin Hashim akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kepada Mohd Najib Abdul Razak, namun jawab Nasarudin Hashim "InsyaAllah, tidak".

Ketika itu didapati Hee Yit Fong dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, sehingga ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong
DAP memberi amaran mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah meletak jawatan.

Ketika itu, keputusan
SPR pula menafikan hak dan permohonan Speaker untuk diadakan pilihanraya kecil di Behrang dan Changkat Jering. Maka tiada pilihanraya kecil. Ini pun atas desakan dan campur tangan UMNO-BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO-BN di Kuala Terengganu ) untuk jangan diadakan pilihanraya kecil di Behrang dan Changkat Jering. (Bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Fasal 113).

Maka pada 4 Februari 2009, selaku MB serta ketua DUN, Muhammad Nizar Jamaluddin mengadap DYMM Sultan Perak memohon perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak Rakyat Malaysia di Perak, membuat pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan Perak menyatakan akan mengkaji dan menghubungi Muhammad Nizar Jamaluddin kemudian. Muhammad Nizar Jamaluddin akur.

Keesokan harinya, 5 Februari 2009 (khamis) jam 10.00 pagi Muhammad Nizar Jamaluddin bersama-sama Abdullah Ahmad Badawi berada di Bagan Serai merasmikan majlis pertanian penanaman padi seluas sekitar 200 ekar secara moden oleh Sime Darby. Namun keseluruhan berita telah digelapkan walaupun ada liputan media meluas. Jam 11.45 pagi
Muhammad Nizar Jamaluddin menerima perintah DYMM Sultan Perak untuk mengadap di Istana Kinta. Maka Muhammad Nizar Jamaluddin memohon laluan dari Abdullah Ahmad Badawi dan terus menuju Istana . Sesampainya di Istana, DYMM Sultan Perak telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-Undang Negeri (LA). Muhammad Nizar Jamaluddin terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, Muhammad Nizar Jamaluddinlah yang akan menunggu DYMM Sultan di dalam bilik khas).

DYMM menyatakan kepada
Muhammad Nizar Jamaluddin:-

1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju terus dengan BN.

2. Adun Bota (Nasarudin Hashim) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN.

3. Ketiga ADUN (Behrang, Changkat Jering dan Jelapang) juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3).

4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.

Muhammad Nizar Jamaluddin sudah terlintas di hati yang sesuatu yang 'tak kena' akan terjadi, makanya Muhammad Nizar Jamaluddin mohon mencelah dari DYMM Sultan Perak dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-

i. Saya hanya memohon perkenan ke bawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan kepada saya sebagai MB dan ketua DUN.

ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan kuat.

iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.


InsyaAllah, bersambung...

Tok Bebayang Acheh Dan Cucunya Zizi





Tok Bebayang Acheh

Yang Haq akan Tegak, dan Yang Bathil pasti Tumbang!










Reblog this post [with Zemanta]

BLOW - Tajam Renungan Tok Iskandar Congakan Langkah Seterusnya Di Perak..! Malaysiakini

Tok Bebayang Acheh Dan Cucunya - Zizi

Tok Bebayang Acheh nampak kematangan

(`•.¸♥ UmmiAnni ♥ ¸.•´)

menjejaki maklumat berharga, berguna, dan memanfaatkan.

Kali ini perihal Kerajaan negeri di bumi Perak Darul Ridzuan.

Setelah Baginda Sultan Perak membuat keputusan, Kerajaan Negeri Sebelum ini, ada pilihan 2 langkah.

Mendapatkan keadilan di Mahkamah.

dan
Mendapat keadilan di Dewan Undangan Negeri.

Diperhatikan bahawa mendapatkan keadilan di Mahkamah, memakan masa.

Sedangkan mendapatkan keadilan di Dewan Undangan Negeri, lebih segera.

Speaker DUN Perak sedang bersegera untuk mencapai penyelesaian, menghadap Baginda Tuanku Sultan Perak.

Sama segeranya pemimpin utama mereka memberi penerangan di Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu.

Menurut
(`•.¸♥ UmmiAnni ♥ ¸.•´) terdapat maklumat bernilai dibaca di Blog cyberboron dan cenangau supaya kita semua lebih memahami apa langkah seterusnya di bumi Perak Darul Ridzuan.

Individu yang penting kepada kedudukan di bumi Perak Darul Ridzuan sekarang ini, ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

Keselamatannya amat penting diberikan perhatian khusus.

Seterusnya Ini gambaran Oleh (`•.¸♥ UmmiAnni ♥ ¸.•´) 2/14/2009 04:53:00 PM

http://photos.friendster.com/photos/group/62/03/593026/163993554857s.jpg
-bicara tok iskandar

Pada pandangan Tok Bebayang Acheh, Tok Iskandar ini, orangnya lebih kachak sebenarnya, dan istimewa sekali komennya amat berharga. Maklumat yang dikongsinya dengan kita amat memanfaatkan.

Ketika bertapapun, difikirkannya mengapa parti politik mereka telah menarik pemimpin Ahli Dewan Undangan Negeri Jelapang nan membolehkan pembentukan kerajaan baru secara haram di bumi Perak Darul Ridzuan.

Ini berkaitan dengan kedudukan pemimpin ini sebagai Timbalan Speaker DUN Perak Darul Ridzuan.

Barangkali pemimpin utama pihak di sana, tahu.

Lantaran itu dipetik di sini:

GANTI SPEAKER - UMNO NAK CABUL

PERLEMBAGAAN SEKALI LAGI?



Pak Lah kata BN Perak ada pendekatan tersendiri bagi menggantikan Speaker DUN yang sekarang masih sah disandang oleh YB Sivakumar (DAP Tronoh)

Butir pendekatan itu masih dirahsiakan. BN juga belum memutuskan calon untuk mengisi jawatan itu. (berita asal DI SINI)

Apa lagi yang nak dibuat oleh UMNO?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimBkrKRwvd1p4Y833BuN7O5T3_gPASD_JpERahhvIvEGCKz4nSV6Ymy_0QjTCF_H4b7w-VZxpsn32CVnnS-mIx5hSk1gQotmtRQyaoE2wCXdmI304SxZcCH1jnzr6_B4N1n_wrv2YIu5xD/s1600/Jun+19+-+Sivakumar.jpg

Sivakumar

Sekarang perhatikan:

Ahli Dewan Undangan Jelapang:

Sumber foto: mSTAR OnLine.

Nampak jelas sudah, gambarannya.

Petikan Dari Catatan ~♥ UmmiAnni ♥~
ke (`•.¸♥ UmmiAnni ♥ ¸.•´) 2/16/2009 08:50:00 AM

BLOW - Speaker DUN Negeri Perak - Antara Yang Ikut Dan Langgar Prosedur..! Malaysiakini

Zizi - Cucu Tok Bebayang Acheh

Wa tak syiok kalau di satu pihak pemimpin, parti, dan pakatan ikut prosedur.

Kemudian prosedur itu dipatahkan mudah kerana dilanggari oleh pemimpin, parti, dan gabungan Apa Nama, yang mereka itu ada muslihat yang berlawanan prosedur tersebut.

Kornering gini diumumkan plak oleh pemimpin yang kununnya bercakap mengenai Integriti, Fantang Dicabar, Siapa Kata Jangan.

Semua inikah mimpi bila dia bangun dari tidori?

Ini yang Wa maksudkan:

Kelab Greenboc pos:

Speaker Boleh Keluarkan Waran Tangkap

Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah Selasa lepas akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Rabu ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar.

Sivakumar yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata, notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr. Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin telah dihantar pada pagi semalam melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong.

Selanjutnya di sini:

http://greenboc.blogspot.com/2009/02/speaker-boleh-keluarkan-waran-tangkap.html

Selanjutnya sila baca pos istimewa CyberBoron Di Blog Jeritan Minda Politik Malaysia

GANTI SPEAKER - UMNO NAK CABUL PERLEMBAGAAN SEKALI LAGI?

Pak Lah kata BN Perak ada pendekatan tersendiri bagi menggantikan Speaker DUN yang sekarang masih sah disandang oleh YB Sivakumar (DAP Tronoh). Butir pendekatan itu masih dirahsiakan. BN juga belum memutuskan calon untuk mengisi jawatan itu. (berita asal DI SINI)

Apa lagi yang nak dibuat oleh UMNO?

Sambungan di sini:

http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com/

Jeng! Jeng!! Jeng!!!

Kuat gak jeritan minda dak CyberBoron nii ye bang..?

Wa rasakan...

Ahmad Albab
ms.wikipedia.org

Undeng-undeng? Depa dok goreng dan depa bakal konering jadi Udeng!

Adeh!!!

Terkini dari Malaysiakini:

Speaker Sivakumar will write to Perak Sultan by 3pm - malaysiakini

Speaker Sivakumar will write to Perak Sultan by 3pm - malaysiakini. Speaker Sivakumar will write to Perak Sultan by 3pm for an emergency state assembly ...
oneluggage.blogspot.com/2009/02/speaker-sivakumar-will-write-to-perak.html - 104k - Cached - Similar pages