Gelombang Rakyat

BLOW - Ketua UMNO Berikutnya Mudah Dijangka Pemenangnya..! Malaysiakini

Hishammuddin Hussein's infamous waving of the ...Image via Wikipedia

Zubli Zainordin








Selepas pengumuman Hishammuddin Hussein tidak pertahankan kerusi yang didudukinya, terdapat 3 pemimpin PEMUDA yang ingin menduduki kerusi Ketua Pemuda UMNO.

Khairy Jamaluddin

Mohamad Khir Toyo

Dan Mukhriz Mahathir.

Ini tidak ada kena mengena dengan kehendak Rakyat Malaysia. Jika pun ramai yang tidak nampak satu pun yang layak.

Kuasa mengundi ialah di tangan perwakilan pada 9 Mac 2009 ini.

Siapakah pilihan Perwakilan UMNO, jika pemilihan berlangsung dengan adil?

Pemimpin terbaik di antara mereka akan menang. Walaupun masing-masing tidak layak dibariskan sebagai sebahagian pemimpin negara.

Namun, bila dilihat dalam kerangka persaraan Presiden UMNO dan sah Presiden UMNO berikutnya, pemenang sudah boleh dijangkakan.

Ini dapat dilihat bila Naib Ketua kini tidak lagi lazim diangkat terus menjadi Ketua. Atau menang tanpa bertanding.

Hishammuddin Hussein pun kali ini tidak beriya-iya membuat endorsement seperti dahulu. Presiden UMNO terlepas, dia pulak yang kena.

Pada satu ketika yang panjang, ramai terlupa bahawa Hishammuddin Hussein masih Ketua Pemuda UMNO, ketika dia dibayangi Naib Ketua yang lebih ke hadapan.

Para penyokong Khairy Jamaluddin perlu melihat pemimpin ini maju ke atas tanpa dikaitkan sebagai menantu Presiden UMNO. Sebaliknya wibawa dirinya sendiri sebagai pemimpin.

Mampukah Khairy Jamaluddin muncul wibawa berdasarkan kepemimpinannya sendiri?

Mungkin tidak..!

Mohamad Khir Toyo pula, kita masih ingat lagi pendiriannya:

Tidak akan bertanding jika Hishammuddin Hussein bertanding.

Tidak akan bertanding jika Mukhriz Mahathir bertanding.

Kemudian ditawarnya diri untuk bertanding. Barangkali setelah mendengar suara akar umbi UMNO. Atau rakan rapat.

Adakah wibawa Mohamad Khir Toyo ini, atau sekadar memecah undi 2 pemimpin yang berjuang ke puncak?

Apapun sukar untuk Mohamad Khir Toyo untuk menang kerusi Ketua Pemuda UMNO kali ini.

Mukhriz Mahathir ada satu poin kelebihan dari aspek dirinya sebagai pemimpin. Namun dirasakan dia berada di platform yang salah.

Walaupun dia telah buat keputusan untuk tidak keluar, malah kekal dalam UMNO, perlu dilihat usahanya yang dikatakan menentang Presiden UMNO, hubungannya dengan Khairy Jamaluddin dan Mohamad Khir Toyo, serta sokongan padunya terhadap Mohd Najib Abdul Razak.

Melihat kepada senario 9 Mac 2009, endorsement terbuka atau tertutup Mohd Najib Abdul Razak dan Hishammuddin Hussein, maka Mukhriz Mahathir berpeluang menang kerusi Ketua Pemuda UMNO kali ini.

Pun begitu, menang tidak penting. apa yang penting ialah perjuangannya.

Dilema anak penuis buku Malay Dilema ini kelak ialah memegang prinsip perjuang dan kepemimpinan murni.

Ibarat memegang keris tanpa hulu kayu, yang semakin lama semakin panas, ketika Presiden UMNO yang baru memulakan kepemimpinan yang ramai pun sudah tahu betapa ngerinya.

Kepada pemerhati politik dan peminat kepemimpinan, semua 3 pemimpin ini, belum jelas dapat memanfaatkan khususnya memajukan Rakyat Malaysia dan memakmorkan Negara Malaysia.

Masing-masing masih tidak layak.

Dapatkah mereka merdeka, untuk memerdekakan orang lain, sedangkan UMNO, parti itu pun bakal "memenjarakan" mereka, dalam budaya yang tidak lagi sesuai di zaman kini dan kelak...

Menarik dari laporan Malaysiakini:

Khairy vs Mukhriz dan Khir Toyo
Feb 17, 09 10:47pm

Tiga calon Ketua Pemuda Umno berkongsi pentas malam ini dengan Khairy Jamaluddin menafikan yang Umno berada dalam krisis yang teruk, manakala Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pula sependapat bahawa Umno perlu pembaharuan dan perubahan untuk terus relevan...

mukhriz mahathir khir toyo khairy jamaluddin hujah dialogue 180209 01Pos penuh di sini:

http://www.malaysiakini.com/



InsyaAllah, sama-sama kita saksikan apa yang berlaku seterusnya...


Reblog this post [with Zemanta]

0 comments: