Gelombang Rakyat

biGlory - PPSMI - Tok Iskandar Seru Hishammuddin Sila Dengar..! Malaysiakini


Zizi Cucu Tok Bebayang Acheh













Tok Iskandar


tok iskandar seru...

Hishamudin dah kena tempias GMP(gerakan mansuhkan PPSMI).tak kena gaya berkuburlah impian sepupu Najib ni nak jadi Naib Presiden UMNO.

Ramai pemimpin UMNO tak suka dengan kelakuan menjolok mata Hishamudin yang derhaka pada arahan Pak Lah agar isu PPSMI ini diselesaikan segera.Muhyiddin sendiri sependapat dengan Pak Lah dan hari ini Rais Yatim pula bersetuju Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Melayu.

Hishammuddin Hussein's infamous waving of the ...Image via Wikipedia















Dalam seminggu dua ni,tok percaya Hishamudin akan dikritik oleh pemimpin-pemimpin UMNO.Lain kali buat lagi bodoh sombong.Setahu tok Hishamudin ni nenek moyangnya berketurunan Turki.Dia sendiri tak reti cakap Turki.Cubalah fikir,kalau dah sains dan matematik diajar dalam BI,lama-kelamaan generasi akan datang tak reti berbahasa Melayu.bukannya phobia tetapi ketaksuban sebahagian pemimpin UMNO dengan PPSMI menyakitkan hati rakyat semua.

Perancis,Jerman dan Jepun tak ada masalah belajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda mereka.tak payah jauh kat sini Thailand dan Indonesia pun tak ada masalah belajar sains dan matematik dalam BI.Di England dan AS berapa ramai yang menganggur,x ada keja dan buta huruf biarpun belajar sains dan matematik dalam BI.

Itulah UMNO.....kehendak bangsa sendiripun tak faham.Dengar lagi cakap mamak Mahathir tu.Dia sendiri tak reti cakap tamil biarpun keturunannya berasal dari India.

Bahasa jiwa bangsa.UMNO bukannya ada perjuangan nak memartabatkan bahasa sendiri.Membakulsampahkan bahasa sendiri adalah.Datuk Dr Hassan Ahmad yang mengetuai GMP bukan calang-calang orangnya.Pernah jadi ketua pengarah DBP dan bekas duta Malaysia ke UNESCO.nama-nama besar seperti sasterawan negara Datuk A.Samad Said dan Profesor Emeritus Nik Safiah karim dan lain-lain lagi.

Kalau cendekiawan dan tokoh bahasa Melayu sanggup turun ke jalan berdemo mempertahankan bahasa Melayu,maknanya masa depan bahasa Melayu semakin tergugat dan kelam.

Apa yang UMNO buat.cakap je perjuangkan nasib Melayu.buat bodo dan buat dono adalah.Kenapa tak yakin dengan bahasa sendiri.Tok tak nampak pun hari tu Pekida,Pewaris atau Perkasa turun berdemo.Mereka ni semua bukannya anak jantan.kalau dah bangga sangat dengan bahasa inggeris,korang mintaklah warganegara Australia,UK atau USA.

Kalau berani,tok nak hishamudin dedahkan segera hasil kajian PPSMI.Jangan lupa juga dedahkan berapa kos perbelanjaan untuk PPSMI.Kroni siapa yang dapat tender bekal cd,laptop,perisian,buku-buku dan macam-macam lagi.benarlah kata Profesor dr khoo kay kim,polisi pelajaran negara ditentukan oleh ahli politik dan bukannya tokoh akademik.

Isu PPSMI menjadi bukti UMNO bukanlah Melayu sebenar tetapi memelayukan bangsa Melayu.UMNO dah jadi haprak dan shit seperti buku yang dikarang sasterawan negara datuk shahnon ahmad.

generasi muda malu melihat UMNO dan malu menjadi ahli UMNO.Tok faham UMNO malu untuk memelayukan parti mereka menjadi pekembar.mana glamor nama tu.wakakakak.pinjam gelak raden jowo
...

Di Malaysiakini:

Demo anti-PPSMI dihujani gas polis
Jimadie Shah Othman & Abdul Rahim Sabri | Mar 7, 09 1:54pm
kemaskini 6.19pm Gerakan aktivis bahasa menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mencipta sejarah apabila turun ke jalan raya, mengulangi peristiwa perarakan Keranda 152 beberapa dekad lalu.


Bercakap kepada media selepas penyerahan tersebut, A Samad berkata rombongan pemimpin GMP pada asalnya merancang ke istana dengan kereta, bagaimanapun ia gagal kerana kesesakan.

"Saya berjalan (ke istana), sepatutnya diiringi dengan motokar," katanya.

anti ppsmi rally 070209 pak samad chokes
Tambahnya, inilah "pengalaman pertama" matanya pedih dan melalui keadaan tolak-menolak dalam kumpulan penentang PPSMI sewaktu menuju ke istana.

"Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa," katanya (dua dari kanan).

Perjuangan menentang dasar ini tidak akan berhenti hari ini, katanya lagi, malah ia akan diteruskan pada masa akan datang.

InsyaAllah bersambung...


Reblog this post [with Zemanta]

BLOW - Ketua UMNO Berikutnya Mudah Dijangka Pemenangnya..! Malaysiakini

Hishammuddin Hussein's infamous waving of the ...Image via Wikipedia

Zubli Zainordin








Selepas pengumuman Hishammuddin Hussein tidak pertahankan kerusi yang didudukinya, terdapat 3 pemimpin PEMUDA yang ingin menduduki kerusi Ketua Pemuda UMNO.

Khairy Jamaluddin

Mohamad Khir Toyo

Dan Mukhriz Mahathir.

Ini tidak ada kena mengena dengan kehendak Rakyat Malaysia. Jika pun ramai yang tidak nampak satu pun yang layak.

Kuasa mengundi ialah di tangan perwakilan pada 9 Mac 2009 ini.

Siapakah pilihan Perwakilan UMNO, jika pemilihan berlangsung dengan adil?

Pemimpin terbaik di antara mereka akan menang. Walaupun masing-masing tidak layak dibariskan sebagai sebahagian pemimpin negara.

Namun, bila dilihat dalam kerangka persaraan Presiden UMNO dan sah Presiden UMNO berikutnya, pemenang sudah boleh dijangkakan.

Ini dapat dilihat bila Naib Ketua kini tidak lagi lazim diangkat terus menjadi Ketua. Atau menang tanpa bertanding.

Hishammuddin Hussein pun kali ini tidak beriya-iya membuat endorsement seperti dahulu. Presiden UMNO terlepas, dia pulak yang kena.

Pada satu ketika yang panjang, ramai terlupa bahawa Hishammuddin Hussein masih Ketua Pemuda UMNO, ketika dia dibayangi Naib Ketua yang lebih ke hadapan.

Para penyokong Khairy Jamaluddin perlu melihat pemimpin ini maju ke atas tanpa dikaitkan sebagai menantu Presiden UMNO. Sebaliknya wibawa dirinya sendiri sebagai pemimpin.

Mampukah Khairy Jamaluddin muncul wibawa berdasarkan kepemimpinannya sendiri?

Mungkin tidak..!

Mohamad Khir Toyo pula, kita masih ingat lagi pendiriannya:

Tidak akan bertanding jika Hishammuddin Hussein bertanding.

Tidak akan bertanding jika Mukhriz Mahathir bertanding.

Kemudian ditawarnya diri untuk bertanding. Barangkali setelah mendengar suara akar umbi UMNO. Atau rakan rapat.

Adakah wibawa Mohamad Khir Toyo ini, atau sekadar memecah undi 2 pemimpin yang berjuang ke puncak?

Apapun sukar untuk Mohamad Khir Toyo untuk menang kerusi Ketua Pemuda UMNO kali ini.

Mukhriz Mahathir ada satu poin kelebihan dari aspek dirinya sebagai pemimpin. Namun dirasakan dia berada di platform yang salah.

Walaupun dia telah buat keputusan untuk tidak keluar, malah kekal dalam UMNO, perlu dilihat usahanya yang dikatakan menentang Presiden UMNO, hubungannya dengan Khairy Jamaluddin dan Mohamad Khir Toyo, serta sokongan padunya terhadap Mohd Najib Abdul Razak.

Melihat kepada senario 9 Mac 2009, endorsement terbuka atau tertutup Mohd Najib Abdul Razak dan Hishammuddin Hussein, maka Mukhriz Mahathir berpeluang menang kerusi Ketua Pemuda UMNO kali ini.

Pun begitu, menang tidak penting. apa yang penting ialah perjuangannya.

Dilema anak penuis buku Malay Dilema ini kelak ialah memegang prinsip perjuang dan kepemimpinan murni.

Ibarat memegang keris tanpa hulu kayu, yang semakin lama semakin panas, ketika Presiden UMNO yang baru memulakan kepemimpinan yang ramai pun sudah tahu betapa ngerinya.

Kepada pemerhati politik dan peminat kepemimpinan, semua 3 pemimpin ini, belum jelas dapat memanfaatkan khususnya memajukan Rakyat Malaysia dan memakmorkan Negara Malaysia.

Masing-masing masih tidak layak.

Dapatkah mereka merdeka, untuk memerdekakan orang lain, sedangkan UMNO, parti itu pun bakal "memenjarakan" mereka, dalam budaya yang tidak lagi sesuai di zaman kini dan kelak...

Menarik dari laporan Malaysiakini:

Khairy vs Mukhriz dan Khir Toyo
Feb 17, 09 10:47pm

Tiga calon Ketua Pemuda Umno berkongsi pentas malam ini dengan Khairy Jamaluddin menafikan yang Umno berada dalam krisis yang teruk, manakala Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pula sependapat bahawa Umno perlu pembaharuan dan perubahan untuk terus relevan...

mukhriz mahathir khir toyo khairy jamaluddin hujah dialogue 180209 01Pos penuh di sini:

http://www.malaysiakini.com/



InsyaAllah, sama-sama kita saksikan apa yang berlaku seterusnya...


Reblog this post [with Zemanta]

BLOW - Pemilihan Pemuda UMNO Tiada Uja..! Malaysiakini

Bermula dengan Hishammuddin Hussein,
Pemuda UMNO sudah hilang Umpfh...

Hishammuddin Hussein's infamous waving of the ...Image via Wikipedia

Malaysian Insider



Zubli Zainordin

Pagi ini saya belum pos apa pun lagi. Saya hanya layar dan baca.

Kemudian saya terpandang gambar 3 Puteri.

Puteri? Nampak macam Pemuda..!

Oh Princes bukan Princess.

Jangan marah aargh...

Gambar di
Malaysian Insider itu menarik..!

Tapi tidak ada apa yang menarik pada rebutan kerusi Ketua Pemuda UMNO ini.

Dulu, di sinilah gilap gemerlapan bintang baru dalam memuncak pemimpin hebat parti hebat.

Kini, tidak ada apa yang hebatnya UMNO ini sebagai parti politik.

Calon bertanding pun, dari aspek kualiti kepemimpinan masih terlalu rendah.

Dari kenyataan media setiap seorang dari mereka sejak PRU 12, tiada yang menunjukkan kematangan.

Malah menjadi cemuhan di kalangan masyarakat.

Apakah mereka layak sebagai Pelawak sahaja?

Tiada nampak seorang pun yang mampu membawa perubahan.

Jelas sekali, mereka terperangkap dalam keUMNOan suatu budaya penuh keji, dan suatu platform yang rapuh, dan satu ruang yang tidak menarik untuk generasi muda sekarang, ketika suasana politik dan trend berparti politik sudah jauh berubah.

Trend popular ialah notoumno atau umnonomore atau seumpamanya.

Sama ada mereka keluar dari UMNO. Mungkin tak akan.

Atau mereka terkeluar dari arus generasi muda yang mencari selain UMNO sebagai wadah perjuangan mereka...

Entah Lah...

Bacaan berkaitan:

Malaysiakini:


Khairy vs Mukhriz dan Khir Toyo
Feb 17, 09 10:47pm


http://www.malaysiakini.com/



Reblog this post [with Zemanta]

Lawak UMNO Cara Menjawab Tuntutan Parti Komponen BN

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.


Bukan senang jadi Presiden atau pemimpin parti. Kekadang pemimpin parti komponen mintak macam-macam tuntutan.

Seperti biasa, ada cara nak jawab permintaan atau tuntutan ini sehingga peminta atau penuntut lupa, dan ianya lenyap begitu sahaja.

Mari belajar dari Cik Gu Hishammuddin Hussein...

UMNO: Kita akan layan semua tuntutan dan permintaan parti komponen. Tuntut Lah. Mintak Lah. Semua akan dapat!

Parti 1: Kami mahu dua Perdana Menteri Malaysia. Satu dari UMNO, lagi satu lagi bukan sahaja boleh cakap Mandarin, tetapi memang Mandarin.

Parti 2: Kami pun mahu satu lagi Perdana Menteri Malaysia. Terutama yang memang makan sireh, dan fasih berbahasa Tamil, dan memang Tamil pun.

Parti 3: Kami tidak mahu 3 Perdana Menteri Malaysia. Itu tak ada akal punya tuntutan. Apa yang kami mahu simple sahaja, iaitu 4 Perdana Menteri Malaysia. Terutama, yang tidak tidor di majlis rasmi, tapi boleh gerak punyia.

Ada 14 semuanya parti komponen, cerita panjang dipendekkan, tuntutan 14 orang Perdana Menteri Malaysia.

Jawapan cara Cik Gu Hishammuddin Hussein?

UMNO: Baik Lah, semua tuntutan ini akan dipenuhi ya. Sekarang, kita perlu kajian lanjut terlebih dahulu.

Pemimpin Parti komponen pun bersorak riang.

Soalan, tak kan 14 Perdana Malaysia kot? Apa yang akan terjadi???

Cik Gu Hishammuddin Hussein, (berbisik), tidak usah risau Lah. Kajian lanjut ini akan dilangsungkan selama 1000 tahun, dan kemudian kajian lanjut 10,000 tahun lagi.

Hehehehehe...

Jeng! Kuang!! Auw!!!

...

Rujukan:

Malaysiakini

MCA wants second deputy BN chief's post
Beh Lih Yi | Oct 17, 08 10:25am
MCA Youth has called for the Barisan Nasional leadership composition to be restructured, demanding for an additional No 2 post to be held by the Chinese-based party.


Proposal needs further study, says Hishammuddin
Oct 17, 08 3:55pm
MCA Youth's proposal that Barisan Nasional create a second deputy chief's post needs further study and discussion, said BN Youth chief Hishammuddin Hussein today.